" Esok Hyfa dah boleh mula sekolah. Tapi mama minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak teman Hyfa pergi daftar kat sekolah sebab mama kena outstation ke Amsterdam.
Nanti mama minta tolong Adam untuk daftarkan Hyfa ye?? " kata Datin Aini seolah-olah memujuk anak daranya itu.
"Eh, takpelah mama. Hyfa tak kisah pun kalau daftar sorang-sorang." bantah Hyfa.
" Takpe, mama akan cakap dengan Adam tu. Lagipun Hyfa mana tahu selok-belok sekolah tu. " tungkas Datin Aini.
Hyfa mengeluh perlahan.
" Oklah kalau tu yang mama nak ." akhirnya Hyfa mengalah.
Dia bukannya apa, tapi bila mama kata nak minta tolong Adam dia jadi takut.
Setelah seminggu dia menetap di rumah nie, Adam tak pernah pun suka atau melayan dia dengan cara yang baik.
" Mama nak kena jumpa dengan kawan mama nie, lepastu nak ke mall. Hyfa nak ikut?? " tanya Datin Aini.
" Boleh jugak, lagipun Hyfa tak de benda untuk dibuat sekarang."
" Kalau Hyfa nak ikut, pergi naik atas siap-siap cepat."
Hyfa mengangguk dan berlari naik ke tingkat atas.
Datin Aini pula masih berada di ruang tamu; memikirkan alasan untuk diberikan kepada Adam supaya menolong Hyfa.
" Adam,nanti jap lagi kitorang pi lepak rumah kau je lah. Lama tak jumpa mama nini." ucap Naufal mewakili sahabat yang lain.
Forty-tri-es mengangguk berjemaah.
Forty-tri-es ialah geng jejaka-jejaka hot walau dimana mereka berada.
"Tak payah lah datang rumah aku hari nie." balas Adam.
Kalau boleh taknak kawan-kawannya kenal Faryn Haifa.
"Alah..kenapa pulak dah?" tanya Faqih.
" Takde, kitorang lepak rumah kau gak hari nie." Hanif pula beri kata putus.
Adam mengeluh berat.
" Suka hatilah" Adam mengalah.
" Thanks mama untuk semua nie." ucap Hyfa dengan senyuman lebar di bibir.
Mana taknya masa keluar shopping dengan Datin Aini tadi semuanya dibeli. Apabila Hyfa menolak mulalah mama buat ayat sebak.
Semua keperluan dari barang sekolah hingga ke keperluan harian. Tadi ada juga Datin Aini tanya nak phone ke??
Hyfa pula dah sehabis daya menolak tapi dibeli juga iPhone 7 goldrose keluaran terbaru tu.
Bila Hyfa tengok harga rasa macam tercekik biji rambutan.
Lebih RM 3000 kott?!?
Tapi Hyfa bersyukur sebab ada yang ingin menjaga keperluan hariannya.
Kalaulah dia diletakkan di rumah anak yatim, takdelah dapat semua benda-benda nie.
Hyfa menanggalkan converse highcutnya.
" Aikk?? Banyaknya sneakers?" gumam Hyfa perlahan bila melihat banyak kasut lelaki di hadapan rumahnya.
Datin Aini dari tadi lagi dah masuk, meninggalkan Hyfa sendirian di luar rumah.
Hyfa masuk ke rumah dengan membawa beg-beg kertas hasil shopping tadi.
"Mana tetamunya?? Takde pun." gumam hyfa sendirian lagi. Floor 1 yang tiada seorang manusia pun diperhati.
Tangga untuk ke tingkat atas didaki. Nak sampai di tingkat 2 Hyfa mula dengar suara-suara lelaki.
YOU ARE READING
Faryn Hyfa (ON HOLD)
Roman pour AdolescentsDijadikan sebagai anak angkat keluarga Tengku bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Dihina,dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Hyfa tetap bersabar dan abaikan semua itu kerana ada cita-cita yang perlu dikejar. " Pe...