02 - Unnoticed

191 5 6
                                    

Chat conversation between Daeryn Jung and Kim Taehyung.

June 5, 2015

Daeryn: Aku dah ada kat airport ni, tunggu kau dtg je.

Taehyung: Awalnya? Kitorg punya flight ptg ni, agak2 kitorg mungkin sampai kat sana mlm. Takpe ke kalau kau tunggu ni?

Daeryn: Oh. Takpe.

Taehyung: Nanti nak jumpa kat mana2 tak bila kitorg dah sampai sana?

Daeryn: Takpelah, aku dtg sebab nak tgk korg je. Nanti korg sampai sini mesti penat kan? Lagipun kalau kita jumpa nanti fan lain nmpk, dorg ckp apa pulak.

Taehyung: Ok la.

//skip//

8:00 p.m.

"Ramainya orang kat situ," kataku sebaik saja aku melihat gambar-gambar BTS yang sudah tiba di KLIA melalui Facebook, Instagram dan Twitter. Sebenarnya, aku tak pergi KLIA pun tadi. Mak dengan abah tak bagi aku pergi, walaupun berkali-kali aku merayu untuk pergi ke sana. Tapi akhirnya, aku tak jadi pergi sebab aku sangat risaukan keselamatan diri aku sendiri. Keselamatan diri harus diutamakan tak kira di mana-mana pun.

//skip//

10:00 p.m.

Aku menerima satu mesej daripada Taehyung.

Taehyung: Aku tak nampak pun kau kat airport tadi?

Daeryn: Memanglah kau tak nampak aku, aku kat belakang fans lain.

Taehyung: Esok kau mesti dtg kan? Ke kau tak beli tiket?

Daeryn: Aku dah beli tiket lah. Esok aku dtg.

//skip//

June 6, 2015.

Sekali lagi aku tipu dia. Mana ada aku beli tiket pun. Masa 'ticket launch' hari tu, aku takde kat KL. Lagipun masa tu abah cakap dia rancang nak buat 'family trip'. Tapi akhirnya tak jadi sebab tak cukup bajet. Agaknya mesti sekarang ni diorang tengah buat 'rehearsal'.

Daeryn: See you guys this evening.

Taehyung: Aku nak tanya, kau punya tiket tu zone mana?

Daeryn: Aku beli yang paling murah, aku ni manalah mampu nak beli zone depan tu.

Taehyung: Jauh tu dari stage.

Daeryn: Takpe, asalkan aku dapat tengok korang walaupun dari jauh.

//skip//

11:00 p.m

Akhirnya konsert tu tamat sudah. Walaupun aku tak berapa nak puas hati atas sebab tertentu, tapi lepas tu aku dah okay. Dapat dengar melalui 'live streaming' pun dah buat aku rasa macam aku ada kat Mega Star Arena tu. Aku membaca kembali mesej yang dihantar oleh Taehyung setengah jam lepas.

Taehyung: Kau dah balik ke? Aku nak jumpa kau ni.

Daeryn: Aku dalam perjalanan balik ni, aku rasa tak sempatlah kalau nak jumpa.

Taehyung: Oh yeke? Takpelah kalau macam tu.

Daeryn: Esok kau punya flight pukul berapa?

Taehyung: Malam. Pukul 8. Oh ya, esok aku ada schedule kat ASTRO, tempat tu dekat kan dengan rumah kau?

Daeryn: Kenapa, kau nak datang rumah aku ke lepas tu? Mana boleh. Esok aku takde kat rumah.

Taehyung: La yeke? Kau ada hal eh esok...hmm takpelah. Oh ya, esok kitorg live broadcast kat radio, make sure kau dengar eh?

Daeryn: Pukul berapa?

Taehyung: Pukul 1 sampai pukul 2.

//skip//

June 7, 2015.

Aku ingat nak bagi alasan yang aku akan ada kat KLIA awal pagi, tapi kalau aku bagitau macam tu, lepas tu mesti dia akan suruh aku 'stay' kat rumah je. Tapi aku memang tak pergi mana-mana pun hari ni. Ada sebab kenapa aku tak boleh benarkan dia datang ke rumah aku, lebih-lebih lagi aku tinggal di kawasan perumahan polis.

//skip//

ASTRO Bukit Jalil, 2:30 p.m.

"Boleh tak kalau saya nak singgah kejap kat tempat ni?" Taehyung bertanya kepada pemandu kereta MPV yang membawa BTS sepanjang mereka berada di Kuala Lumpur. "Kau nak jumpa jugak dengan dia ke?" soal Yoongi kepada Taehyung. Pemandu itu sedikit terperanjat apabila mendengar Taehyung dan Yoongi bercakap dalam bahasa Melayu. "Boleh tak?" sekali lagi Taehyung bertanya kepada pemandu itu.

//skip//

Perumahan Polis Desa Tasik.

Aku mendapat satu mesej daripada Taehyung. Sebaik saja aku membaca mesej tersebut...aku pun terkejut. "What? Seriously," kataku dengan nada separuh menjerit.

Taehyung: Aku dah ada kat depan rumah kau.

Selepas itu, aku pun keluar dari dalam bilikku dan menuju ke ruang tamu. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang ku lihat. Mereka semua berada di hadapan mataku!!!

"Korang...buat apa kat sini?" aku bertanya kepada mereka.

"Tak boleh ke aku datang sini nak jumpa dengan sepupu kesayangan aku?" salah seorang daripada mereka menjawab pertanyaanku.

Mesti korang tertanya-tanya, betul ke yang datang rumah aku tu BTS? Nak tahu jawapan sebenarnya? Baiklah, kalau nak tahu...meh sini aku nak bagitau korang.

Pertama, memang aku ada sepupu orang Korea, tapi sepupu aku tu perempuan. Aku takde sepupu lelaki orang Korea. Kedua, adakah orang yang aku chat tu Kim Taehyung yang sebenar? Tak semestinya. Ketiga, aku bukannya A.R.M.Y pun. Takkanlah BTS nak jumpa peminat yang bukan dalam fandom diorang. Kalau dapat jumpa pun, dalam mimpi bolehlah.

"Kenapa Liya tak bagitau awal-awal nak datang rumah mak?" soal mak kepada Liyana, sepupu aku yang mempunyai wajah mirip Taehyung. "Saja...Liya nak buat 'surprise' kat Kimi," jawab Liyana. "Aku ingatkan kau takkan datang...kan aku dah bagitau yang aku takde kat rumah hari ni," kataku kepada Liyana.

"Dah lama betul kitorang tak jumpa dengan kau...kau tak rindu kat kitorang ke?" Helmina, kawan baik Liyana yang mempunyai wajah mirip Jimin, bertanya kepadaku. "Mestilah aku rindukan korang...dah dua tahun kot," jawabku. "Kitorang Bulletproof Girls sentiasa rindukan kau tau tak," kata Helmina, mewakili rakan-rakannya. "Rindu nak kena buli dengan aku la tu," balasku sambil ketawa sinis.

"The real Kim Taehyung would never notice me," kataku dalam hati.

-end-

#apa punya one shot la ni.

random short storyWhere stories live. Discover now