12 - Closer

47 2 0
                                    

(A/N: One shot ni ditulis berdasarkan MV Love Warning by Third Lapat)

Seorang gadis berkaca mata, dibuli oleh sekumpulan jejaka. Tidak lama kemudian, seorang jejaka kacak muncul. Tetapi malangnya jejaka kacak itu bukannya datang sebagai penyelamat, malah dialah ketua pembuli.

Jeon Somi. Disebabkan penampilan luarannya yang kelihatan 'nerd', dia sering dibuli oleh pelajar lain. Kalau bukan sebab si pembuli tu, kehidupan sehariannya takkan jadi begitu.

Kim Mingyu. Harap muka je hensem, tapi...hmm. Somi kelihatan begitu lemah di matanya, kerana itu dia dan rakan-rakannya gemar membuli gadis itu.

(A/N: asalnya nak letak Vernon sebab dia dengan Somi sama-sama Caucasian tapi Mingyu lagi hensom heuheuheu)

Pada suatu hari...ketika Somi sedang berjalan, dia terlanggar batu lalu hampir terjatuh ke tanah. Tetapi selepas itu Somi berlanggar dengan Mingyu pula. Mingyu dan Somi berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat, kemudian Somi menolak Mingyu sehingga Mingyu pula yang terjatuh ke tanah. Dan akhirnya Somi pun berlalu pergi meninggalkan Mingyu sendirian di situ.

"Hmm..." Mingyu bangun lalu memandang ke arah Somi. Tiba-tiba Mingyu merasakan suatu perasaan yang aneh. Manakala Somi pula menghentikan langkahnya. "Kenapa ya?" bisik Somi dalam hati.

Hari berikutnya...Somi terserempak lagi dengan Mingyu dan kawan-kawannya. Mingyu hanya menjeling ke arah Somi sambil tersenyum sinis. Kemudian Somi memandang ke hadapan, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Poster wajahnya ditampal pada dinding serta sebuah basikal yang rosak dengan pelekat ditampal pada bahagian tempat duduk.

//skip//

"Tak puas lagi ke nak kacau aku hah?" jerit Somi. Nampaknya Somi benar-benar marah. Kemudian Somi pergi meninggalkan Mingyu dan kawan-kawannya. "Biarkan jelah dia tu," kata Mingyu.

Beberapa hari kemudian...Mingyu datang berjumpa dengan Somi di kantin. "Lepas ni saya takkan ganggu awak lagi dah...this will be the last time I see you," kata Mingyu kepada Somi. Kemudian Mingyu pun pergi meninggalkan Somi sendirian. "So finally you will leave me alone huh? But...why suddenly he said like that?" Somi bermonolog sambil melihat ke arah Mingyu.

(A/N: Author tak tengok habis video tu...sebab video tu ada orang hantar tak habis, nak tengok kat YouTube masa author tulis one shot ni line takde)

Sudah seminggu berlalu sejak kali terakhir Mingyu bercakap dengan Somi. Selepas itu, Somi tidak lagi nampak kelibat Mingyu di sekolah. Itu membuatkan Somi berasa hairan, tetapi Somi malas mahu memikirkan perkara itu. Somi masih lagi dibuli oleh pelajar lain cuma sudah tidak sekerap dahulu.

//skip//

"Jeon Somi?" seorang lelaki muncul lalu menyapa Somi. "Ya, saya. Awak ni siapa ya? Macam mana awak boleh kenal saya?" Somi bertanya kepada lelaki itu. "Saya Kim Samuel. Adik Mingyu. Mingyu suruh saya bagi ni dekat awak," lelaki itu memberikan sepucuk surat kepada Somi.

"Saya tahu ianya mungkin tak penting bagi awak, tapi bacalah dulu isi kandungan surat tu. Saya pergi dulu," kata Samuel lalu dia kemudiannya pergi meninggalkan Somi. Mungkin jawapan bagi persoalan yang bermain dalam fikiran Somi, ada dalam surat itu.

Beberapa hari yang lalu, Somi ada berjumpa dengan kawan-kawan Mingyu.

//flashback//

"Kau datang jumpa kitorang ni mesti nak tanya pasal Mingyu kan? Masalahnya kitorang pun tak tahu ke mana dia menghilang. Dia pun tak bagitahu kitorang apa-apa," kata Wonwoo mewakili rakan-rakannya.

//end flashback//

To: Jeon Somi.

Kalau awak dapat surat ini, maknanya mungkin saya sudah tiada di dunia ini lagi. Ada banyak benda yang saya nak beritahu pada awak cuma...saya tak tahu bagaimana saya hendak beritahu awak. Saya harap lepas ketiadaan saya, awak takkan bersedih lagi. Akhir sekali, maafkan saya untuk semuanya.

From: Kim Mingyu.

(A/N: my ex-schoolmate has just passed away the moment I wrote the letter part)

Air mata Somi mengalir keluar sebaik saja dia selesai membaca surat itu. Selepas itu Somi menggumpal surat itu menjadi ronyok lalu membalingnya.

'Mingyu...dah takde,'

Sebulan kemudian.

"Kau masih tak dapat lupakan dia?" Wonwoo bertanya kepada Somi. Somi hanya mendiamkan diri. "Kalau dia ada lagi mesti dia terkejut tengok kau yang sekarang ni," kata Wonwoo lagi.

Setelah mendapat tahu bahawa Mingyu sudah tiada, Somi membuat keputusan untuk mengubah penampilannya. Selepas itu, tiada siapa lagi berani membuli Somi. Somi juga telah berbaik-baik dengan Wonwoo dan kawan-kawannya.

Seorang lelaki kemudiannya muncul di hadapan Somi dan Wonwoo serta kawan-kawannya.

"Lama tak jumpa, Jeon Somi..." lelaki itu bersuara. Siapakah gerangan lelaki itu?

"Lucas?" lelaki itu mengangguk apabila Somi menyebut namanya. "Wah...awak dah lain sekarang," kata lelaki itu kepada Somi. "Kau lagilah dah lain...sampai aku hampir tak boleh cam muka kau," balas Somi.

-fin-

(recommended song: Never)

random short storyWhere stories live. Discover now