11 - Love You My Trainer

52 3 2
                                    

Requested by SunJinnie

(A/N: Sorry for the late update, I have some things that need to be settled. Hope you'll understand.)

Studio latihan Big Hit Entertainment.

"Girls, I have something to tell you. Starting from today, there will be a new member in your group," Bang Si Hyuk, penerbit merangkap bos di Big Hit Entertainment, memberitahu kepada sekumpulan pelatih wanita bahawa akan ada seorang ahli baru yang bakal menyertai kumpulan mereka.

"This is YoonJ, the new member of Bulletproof Girls Project. I hope that you girls will treat her well," kata Bang PD lagi.

"Hello, my name is YoonJ...sila beri tunjuk ajar," YoonJ memperkenalkan dirinya.

"Hi YoonJ, I'm the leader of this group. My name is Jung Yoo Jin, but you may call me Danee," salah seorang pelatih di situ memperkenalkan dirinya sebagai ketua kumpulan.

"Saya Min Soo Ah. But people call me Marsha," seorang lagi pelatih memperkenalkan dirinya.

"Oh ya...dan yang itu Jeon Haru. Nama panggilan dia Fari," Danee menunjuk ke arah seorang pelatih yang sedang duduk di penjuru studio.

"Hi...nice to meet you all," kata YoonJ sambil tunduk hormat.

"PD-nim said that Nam Joon will be assigned as your trainer," Danee memberitahu kepada YoonJ bahawa Nam Joon akan ditugaskan untuk melatih YoonJ.

"Anyway...welcome to Bulletproof Girls Project," Marsha mengalu-alukan kedatangan YoonJ sebagai ahli baru.

"Terima kasih," YoonJ mengucapkan terima kasih kepada Marsha.

//skip//

"Berapa banyak kali saya nak kena bagitau awak? Awak ni selalu buat kesilapan yang sama berulang kali," seorang lelaki sedang memarahi YoonJ.

"Maafkan saya, sunbaenim..." YoonJ meminta maaf.

"Maaf, maaf...itu jelah yang awak boleh cakap, tapi tak 'improve' jugak," kata lelaki itu.

Lelaki yang baru sahaja memarahi YoonJ, itulah Kim Nam Joon. Ketua kumpulan BTS. Lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Rap Monster.

'Dah kenapa dia marah-marah tak tentu pasal,' kata YoonJ dalam hati.

Kalau diikutkan, memang setiap kali ada latihan, mesti ada saja yang Nam Joon tak puas hati dengan YoonJ. Tiap-tiap kali itu jugalah YoonJ sering dimarahi oleh Nam Joon. Sehinggalah pada suatu hari...

"Aku tak boleh fokus la macam ni," YoonJ mengeluh.

"Kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah bagitaulah kat kitorang," Fari bertanya sama ada YoonJ mempunyai masalah, dan mahu YoonJ memberitahu kepada ahli yang lain.

"Kalau awak terus buat perangai macam ni macam mana awak nak terus 'keep up' dengan ahli yang lain?" tiba-tiba Nam Joon bersuara.

"Sunbaenim! Saya dah tak tahan lagi dah! Sunbae asyik marah saya je! Dahlah saya nak keluar dari sini," jerit YoonJ lalu kemudian dia pun keluar dari bilik latihan.

BTS yang melihat keadaan itu semuanya terkejut.

"Kau ni pun satu la...kau tu selalu sangat marah dia, tengok apa yang dah jadi," kata Seok Jin kepada Nam Joon.

Nam Joon kemudiannya keluar dari bilik latihan untuk mencari YoonJ.

"Hope everything is gonna be okay," kata Danee.

//skip//

Sedang Nam Joon merayau mencari YoonJ...dia terdengar suara seorang perempuan menangis teresak-esak, datangnya dari salah sebuah bilik kecil.

"YoonJ...?" Nam Joon memanggil gadis itu.

"Erm...okay, saya minta maaf sebab saya selalu marah awak, tapi saya buat semua tu sebab saya...saya suka awak sejak kali pertama saya nampak awak, maafkan saya," luah Nam Joon.

"Saya pun nak minta maaf kat sunbaenim...saya terlalu ikutkan emosi, saya tahu sunbae cuma nakkan yang terbaik daripada saya...dan sebenarnya saya pun sukakan sunbae," balas YoonJ.

"Hoi...dah sudah ke belum tu?" jerit Danee dari jauh.

"Makcik ni tak habis-habis nak menyibuk lah," rungut Nam Joon. "Dah...jomlah, sebelum makcik tu membebel," Nam Joon menghulurkan tangannya kepada YoonJ.

YoonJ mengesat air matanya lalu menyambut huluran tangan Nam Joon.

"I love you, my trainer..." – YoonJ.

"I love you too, my trainee..." – Kim Nam Joon.

-fin-

#maaf jika tak macam yang awak nak...and sorry lmbt publish

(recommended song – Oh Little Girl)

random short storyWhere stories live. Discover now