04 - Situation

100 4 2
                                    

Requested by someone via WhatsApp. Tak berani ahh nak mention.

Situasi 1: Di dalam tren.

Hyerin dikerumuni oleh sekumpulan lelaki seramai tiga orang yang memakai pakaian seragam sekolah tinggi. Salah seorang daripada mereka ternampak Hyerin membawa raket tenis lalu menegur Hyerin. "Hai cik adik, cik adik ni pemain tenis eh? Saya pun pemain tenis jugak kat sekolah...oh ya, nama saya Choi Hansol. Tapi panggil saya Vernon je," lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"Dah lama ke awak belajar main tenis? Kalau tengok gaya awak ni, awak macam kurang handal...apa kata kalau saya tunjukkan pada awak beberapa asas dalam bermain tenis," kata Vernon kepada Hyerin. "Kalau pegang raket, macam ni caranya...tengok macam mana cara saya pegang ni," Vernon menunjukkan cara memegang raket tenis.

"Cara awak pegang raket tu salah la," tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang duduk bertentangan dengan tempat Hyerin duduk, menyampuk percakapan Vernon. Lelaki tersebut yang berpakaian sukan seperti pemain tenis itu menegur Vernon, mengatakan bahawa cara Vernon memegang raket tenis adalah tidak betul.

"Kau ni siapa?" Vernon menyoal lelaki itu. "Siapa aku, tak penting. Yang penting sekarang ni, boleh tak kau pergi jauh-jauh dari pandangan aku? Buat semak jelah. Dan berhenti kacau perempuan tu," lelaki itu menyuruh Vernon dan rakan-rakannya pergi meninggalkan Hyerin. "Err, jomlah blah dari sini...daripada aku terus dapat malu," kata Vernon sambil berjalan pergi meninggalkan Hyerin di situ.

//skip//

Situasi 2: Di stesen keretapi.

Hyerin sedang menunggu kedatangan seseorang, tiba-tiba ada orang memanggilnya. "Err, awak...boleh saya tanya sesuatu?" kata orang itu kepada Hyerin. "Eh...awak rupanya, err saya nak ucapkan terima kasih sebab tolong saya tadi," rupa-rupanya itulah lelaki yang menolong Hyerin di dalam tren tadi.

"Erm, saya nak tanya...kalau nak pergi ke Shining Diamond High School, nak keluar ikut pintu mana ya?" lelaki itu bertanya kepada Hyerin. "Err, saya pun nak ke sana juga...apa kata awak tunggu je kat sini sampai nenek saya datang?" Hyerin memberikan cadangan supaya lelaki itu menemani Hyerin yang sedang menunggu neneknya. "Err, saya dah lambat ni...cepatlah bagitau," lelaki itu sepertinya mahu cepat. "Err...pintu B rasanya," Hyerin memberitahu kepada lelaki itu.

Hyerin ternampak nama yang tertera pada beg lelaki itu. 'Jadi nama dia Mingyu...tapi apa dia punya last name ya,' fikir Hyerin. Tidak lama kemudian, nenek Hyerin pun muncul.

"Dah lama ke kamu tunggu halmeoni?" soal nenek Hyerin. "Takdelah lama sangat," jawab Hyerin. Kemudian apabila nenek Hyerin berjalan ke arah yang bertentangan dengan pintu B...

"Bukan keluar ikut pintu B ke?" Hyerin bertanya kepada neneknya. "Bukanlah...keluar ikut pintu A lah," neneknya memberitahu bahawa mereka sepatutnya keluar ikut pintu A dan bukannya pintu B. "Kenapa ni?" neneknya pula menyoal Hyerin. "Takde papelah," jawab Hyerin.

'Alamak...macam mana ni??? Dah tersilap bagitau ni, kalau aku terserempak dengan dia nanti habislah aku,' fikir Hyerin.

//skip//

Situasi 3: Shining Diamond High School.

"Halmeoni nak kenalkan, ini anak kepada anak murid halmeoni...nama dia Kim Mingyu. Mingyu, kenalkan ini cucu saya...Park Hyerin," kata nenek Hyerin. "Dia ni...anak kepada anak murid halmeoni???" Hyerin terperanjat apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang menolongnya di dalam tren tadi merupakan anak kepada anak murid nenek Hyerin.

"Awak tahu tak, sebab awaklah saya terlambat tadi tau tak???" Mingyu memarahi Hyerin, kerana baginya Hyerinlah punca Mingyu lambat. "Maafkan saya...tadi kan saya dah suruh awak tunggu, tapi awak yang nak cepat sangat kan?" balas Hyerin dengan perasaan bersalah. "Maaflah, saya tak tahu pun yang awak ni cucu Coach Park...macam ni jelah, apa kata awak belanja saya minum? Ada 'vending machine' kat hujung sana tu, saya nak awak belikan saya Coke...boleh kan?" kata Mingyu kepada Hyerin.

random short storyWhere stories live. Discover now