13 - Give My Spirit Back

40 2 0
                                    

-Park Jimin's POV-

Malam itu aku tidak boleh melelapkan mata. Mataku menjadi liat untuk ditutup. Aku sendiri tidak tahu malapetaka apa yang mengganggu. Peluh oleh hangat malam kian deras mengalir keluar dari liang-liang roma. Tilam yang menjadi lapik tubuhku mula terasa basah. Malam kian pekat seperti kopi 'O' ayah.

Aku perlu memilih antara dua; cinta atau pelajaran. Memilih cinta bermakna aku akan mengundang kegagalan sekiranya gagal mengawal diri. Memilih pelajaran bermakna aku akan dapat mengejar impian untuk menjadi seorang doktor. Memilih kedua-duanya? Bagaimanakah harus aku melakukan dua pekerjaan dalam satu waktu? Itulah persoalan yang bermain di benakku sejak akhir-akhir ini. Wajah Eri sering berulang tayang di fikiranku. Malah, kadang-kadang mengganggu pembelajaranku.

Sesekali aku menatap jam di dinding. Pukul 12:25 pagi. Esok aku mesti ke sekolah seperti biasa. Kalau tidak aku pasti akan ketinggalan dalam semua mata pelajaran. Peperiksaan CSAT tinggal dua bulan lagi. Mahu tidak mahu aku mesti tamatkan ulang kaji supaya aku tidak mengecewakan ibu bapaku. Aku tidak mahu menjadi anak yang mengecewakan ibu bapa. Aku mesti melakukan sesuatu untuk menebus kegagalan Jinyoung hyung.

-end of POV-

Jam berdenting sekali. "Pukul satu pagi," getus hati Jimin. Jimin mula resah kerana matanya masih belum mahu lena. Dia bangun dan menuju ke meja belajarnya. Dia mencapai buku Matematik. Buku itu dibelek berkali-kali. Beberapa minit kemudian buku itu dicampakkan ke meja. Jimin melepaskan nafas keras dan tubuhnya ke katil. Beberapa minit kemudian dia tidak sedar apa yang berlaku.

Sedar sahaja daripada tidur, jam di dinding biliknya menunjukkan pukul 7:45 pagi. Dia menggosok mata. "Ah, lambat lagi!" katanya. Antara percaya dengan tidak dia bergegas ke bilik air, membasuh apa yang patut, ke biliknya semula kemudian mengenakan uniform sekolah. Jimin melompat ke tanah, dia mencapai basikalnya kemudian sepantas kilat mengayuh basikal.

***

"Asyik-asyik kamu sahaja yang lambat. Kenapa?" tanya Cikgu Suzy.

Jimin tidak menjawab pertanyaan itu. Dia duduk di sebelah Jungkook, kemudian mengeluarkan buku teks Bahasa Inggeris. Cikgu Suzy berdiri tercegat di depan kelas sambil menanti kalau-kalau Jimin akan menyatakan sesuatu. Penantian Cikgu Suzy sia-sia. Jimin bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Loceng rehat berdering panjang. Seluruh warga sekolah keluar ke kantin. Jimin menguap berkali-kali. Dia masih di mejanya sambil membelek-belek nota Biologi di tangan yang sempat disiapkan malam tadi. "Ehmmm, ehmmm!" Jimin tersentak apabila terdengar suara orang berdehem yang bergema dari belakangnya. Dia segera berpaling. Antara yakin dengan tidak, saat yang tidak pernah terfikirkan menjelma di depannya. "Waeyo?" Pertanyaan yang tidak dirancang terkeluar dari mulut Jimin.

"Kenapa lewat lagi?"

"Bangun lambat."

"Tidur pukul berapa, malam tadi?"

"Tak tahu. Sedar-sedar je dah pukul 7:00 lebih."

"Lain kali jangan lambat lagi tau," jelas Eri seperti melontarkan nasihat kepada Jimin. "Apa kata kita jumpa di taman bunga lepas waktu sekolah. Ada sesuatu yang hendak saya katakan."

Jimin seperti tidak percaya Eri sanggup bercakap dengannya. Eri perempuan yang hadir dalam hatinya secara senyap itu meninggalkan kelas. Jimin terpana seketika.

"Aku mesti buktikan aku boleh dapat 'straight' A. Aku yakin, aku boleh," bisik hati kecil Jimin. Dia bangun meninggalkan kelas dan menuju kantin.

***

Suasana di kantin agak sibuk. Pelajar sedang sibuk beratur menanti giliran. Meja dan kerusi dipenuhi pelajar yang keluar awal. Matanya liar mencari seseorang. Sedang dia asyik mencari-cari itu, tiba-tiba bahu kanannnya dilanggar. "Sorry bro. You are not angry, right?" Ilai tawa sekumpulan pelajar lelaki bergema. Seluruh mata di kantin tertumpu ke arah Jimin dan kumpulan itu.

"Inilah dia Park Jimin, pelajar Cypher High School yang akan menjadi pelajar terbaik CSAT tahun ni. Kawan-kawan, berikan tepukan kepadanya," Bunyi tepukan bergema. Suasana kian gamat. Kim Seokjin yang terkenal sebagai pelajar bermasalah itu menolak-nolak bahu Jimin. Jimin tidak bergerak atau menjawab sebarang perlakuan Seokjin terhadapnya.

"Kim Seokjin, tak ada kerja lain? Asyik mengacau orang sahaja," Perempuan berbaju biru muda menegur perlakuan Seokjin.

Jimin yang cukup kenal dengan suara itu tersentak sekali lagi. Seokjin hanya memerhatikan gerak-geri Eri yang sedang menghampirinya. Belum sempat Eri sampai, Seokjin dan rakan-rakannya menjerit, "Lari, lari, ketua pengawas datang!"

"Gomawo, Eri." Jimin diam dan sebelum Eri sempat meninggalkannya dia sempat melepaskan kata-kata, "Saya rasa lebih baik kita ke perpustakaan petang ini. Kita boleh berbincang sama-sama. Bukankah itu lebih baik?"

Loceng menandakan tamat waktu rehat berbunyi. Jimin berasa ada sesuatu yang menyuntik dirinya untuk membuktikan kata-kata Seokjin tadi.

-the end-

This short story isn't mine. Tbh I originally got the idea from 'Ejen Ali'. I was a fan of the animation during the first season, but I haven't watched any single episode of Season 2 yet.

Source: Buku contoh karangan SPM kepunyaan adik aku *lol*

random short storyWhere stories live. Discover now