03 - Dialogue

104 6 1
                                    

Joshua: Hai, Kai. Tahniah atas kemenangan awak dalam pertandingan tarian! Saya Joshua, kawan adik awak.

Kai: Hello, Joshua. Ya, sudah tentu. Adik saya, Sara, selalu bercerita tentang awak.

Joshua: Sara cakap saya boleh menulis artikel tentang awak untuk buletin sekolah. Boleh ke?

Kai: Boleh. Saya gembira yang awak nak tulis artikel tentang saya.

Joshua: Terima kasih. Pertama sekali, ceritakan kepada saya bagaimana awak boleh terlibat dalam bidang tarian, Kai?

Kai: Saya sentiasa suka menari. Di sekolah, saya suka tengok video Shinhwa menari. Saya suka lagu mereka dan saya suka dengan koreografi tarian mereka.

Joshua: Adakah awak mengambil bahagian dalam acara tarian di sekolah?

Kai: Ya, sudah pasti! Saya menari semasa konsert dan acara sekolah. Di rumah, saya selalu menari di dalam bilik saya. Saya memang nak jadi seorang penari.

Joshua: Ibu bapa awak tak risau ke?

Kai: Ya, sudah tentu mereka risaukan saya. Mereka tertanya-tanya jika saya boleh menyara hidup saya sebagai seorang penari. Mereka memberitahu saya untuk dapatkan diploma dulu, barulah boleh menari kemudian.

Joshua: Jadi apa yang awak buat?

Kai: Saya belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan keputusan cemerlang dalam SPM. Selepas itu, saya teruskan pengajian saya di peringkat Diploma. Sekarang saya bekerja sebagai pembantu makmal. Saya juga sebahagian daripada kumpulan yang diberi nama EXO.

Joshua: Selalu ke kumpulan tu buat persembahan?

Kai: Selalu juga. Kami mengambil bahagian dalam banyak pertandingan dan membuat persembahan di pelbagai acara. Kami juga berlatih bersungguh-sungguh sebab kami nak jadi kumpulan terbaik di dunia. Kami juga memenangi banyak anugerah!

Joshua: Wah! Hebatnya! Terima kasih banyak-banyak Kai, kerana sudi meluangkan masa awak. Saya doakan yang terbaik untuk awak di masa hadapan.

Kai: Terima kasih, Joshua. Semoga berjaya dengan artikel awak. Kalau awak nak lebih banyak info, awak hubungi saya.

Joshua: Okay, Kai. Selamat tinggal!

Kai: Selamat jalan!

-edited-

A/N: Adik aku yang tulis ni, aku translate je.

random short storyWhere stories live. Discover now