10 - Let Me Love You

59 2 0
                                    

Kisah ini mungkin kelihatan agak klise...memang klise pun. Kisah antara dua orang pelajar pintar yang berebut untuk mendapatkan tempat pertama dalam kelas, yang dulunya saling membenci antara satu sama lain...namun satu kejadian telah mengubah segalanya dalam sekelip mata. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Jangan terlalu membenci seseorang, nanti menyesal. Manalah tahu, perasaan benci tu boleh bertukar menjadi cinta suatu hari nanti?

Kwon Ra Yeon, atau nama panggilannya Rei...dahulunya merupakan pelajar terpintar di Inner Circle High School. Namun semuanya berubah sejak Brian Kang Young Hyun, atau lebih dikenali sebagai Young K, berpindah ke sekolah itu beberapa bulan yang lalu. Tiba-tiba saja Young K berjaya meraih perhatian guru-guru di sekolah kerana tahap kepintarannya yang setanding dengan doktor falsafah, sedangkan dia baru berumur 18 tahun! Apa yang membuatkan Rei bertambah bengang adalah...Young K juga merupakan jiran yang tinggal di hadapan rumahnya!

Setiap hari, setiap masa...pantang dapat peluang, sudah semestinya Rei akan mengganggu Young K. Sama ada di sekolah mahupun di kawasan kejiranan. Sehinggakan Young K berasa rimas dengan semua gangguan yang dihadapinya setiap kali dia bertemu dengan Rei. Kerana itulah, Young K dan Rei telah membuat keputusan untuk menjadi musuh ketat.

"Kalau kau nak tahu, sebelum kau pindah sini...aku tak pernah pun tengok Rei 'happy' macam tu. Dulu muka dia asyik serius 24/7...jarang nak tengok dia senyum. Tapi sejak kau muncul, dia nampak ceria je. Aku rasa kan, dia tu suka kat kau la," kata Won Pil, kawan baik Young K. "Aku tak rasa macam tu la, Won Pil...tak mungkin la Rei tu suka kat Young K," Sung Jin, seorang lagi kawan baik Young K, membantah kata-kata Won Pil. Namun Young K hanya berdiam diri, tidak membantah mahupun mengiyakan apa yang dikatakan oleh Won Pil.

"Sejak kebelakangan ni aku tengok kau macam stress je...kau tengah fikir pasal Rei lagi ke?" soal Won Pil kepada Young K. "Won Pil...kalaulah aku boleh jadi macam kau kan bagus?" Young K mengeluh. "Maksud kau?" Won Pil tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Young K. "Haa...aku dah dapat satu idea!" tiba-tiba saja Young K menjadi bersemangat. Agaknya apalah idea yang muncul dalam fikiran si genius itu ya?

-skip-

Peperiksaan pertengahan tahun telahpun berakhir. Masing-masing sudah tidak sabar mahu mengetahui keputusan peperiksaan yang sudahpun ditampal pada papan kenyataan kelas. Sebaik saja mereka melihat kedudukan di dalam kelas, semuanya terlopong. Terkejut kerana kali ini Young K berada di kedudukan ke-7, bukan lagi tempat pertama seperti kebiasaannya.

"What the..." itulah ayat yang keluar dari mulut Rei apabila melihat senarai kedudukan itu. Rei terus bergegas keluar dari dalam kelas. 'Apa sebenarnya yang dah jadi?' fikir Rei.

"Dengar sini Rei, aku tak tau kenapa dengan Young K tu tapi aku rasa dia buat semua tu untuk puaskan hati kau," kata Won Pil kepada Rei. Sementara itu...

"Aku tak taulah apa yang kau buat dekat tepi reban ni...tapi baik kau pergi masuk kelas kau sekarang," kata Yu Jin, senior kepada Young K. "Sunbae pergilah dulu, saya nak bersendirian kat sini. Nanti kalau sunbae ada terserempak dengan Rei, cakap saya ada kat sini," balas Young K.

-skip-

"Kang Young Hyun," Rei memanggil nama penuh Young K. Tapi Young K tak dengar sebab dia tengah pakai 'earphone'. Jadi Rei pun duduk di hadapan Young K.

"Kenapa pandang macam tu?" soal Young K yang kehairanan dengan cara Rei memandangnya. "Kenapa? Tak boleh ke?" Rei menyoal balik. "Kau mesti dah tengok 'result exam' tu kan? Aku takkan bagitau kenapa aku buat macam tu," kata Young K kepada Rei. "Kau tak payah bagitau aku, aku dah tahu dah," balas Rei. "Kalau dah tahu tak apalah," kata Young K lagi.

"Kau tak payahlah buat sampai macam tu sekali," giliran Rei pula berkata kepada Young K. "Takdelah...memang kali ni aku malas gila nak tengok buku," balas Young K. "Kau ni boleh tahan jugak eh? Tak tengok buku pun masih boleh dapat top 10 dalam kelas," kali ini Rei memuji Young K.

"Rei," Young K memanggil Rei. "Apa," sahut Rei. "Jom kahwin nak tak?" tiba-tiba saja Young K menyoal begitu. "Macam budak-budak ah kau. Ajak kahwin macam tu je. Jomlah," Rei bangun lalu menghulurkan tangannya kepada Young K. Young K menyambut tangan Rei lalu dia pun bangun.

"Kan betul aku cakap, Young K tu pun suka kat Rei...kau tak nak percaya," kata Won Pil kepada Sung Jin. "Ini...tak mungkin berlaku, adakah ini mimpi?" Sung Jin seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Young K dan Rei saling berpegangan tangan. Tiba-tiba...Won Pil mencubit lengan Sung Jin dengan kuat.

"Woi sakitlah...apasal kau cubit aku? Jap, jadi ini bukannya mimpi..." kata Sung Jin yang akhirnya tersedar juga. "Aku harap diorang bahagia selamanya," kata Hyo Jung, kawan baik Rei merangkap teman wanita Won Pil.

Begitulah kesudahan kisah ini. Sangat klise bukan? Nasib baiklah cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah tiada di dunia ini.

-END-

#ok aku tak tau apa kena-mengena dengan tajuk.

random short storyWhere stories live. Discover now