Requested by someone via Fateng12
Pada suatu hari, ketika Jimin sedang dalam perjalanan ke sekolah, tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang gadis dari arah bertentangan sehingga kedua-duanya terjatuh di atas jalan. Kemudian, gadis itu bangun dan meminta maaf kepadanya lalu gadis itu pun terus berlalu pergi dari situ.
"Sorry, tak sengaja...nak cepat ni," kata gadis itu kepada Jimin. 'Lah...main blah camtu je? Tak patut,' fikir Jimin. Jimin pun meneruskan perjalanannya ke sekolah.
'Tapi dia nak ke mana tu? Bukan ke sekolah arah sana?' Jimin berasa hairan.
//skip//
Rumah Eira.
"Saya dah balik," kata Eira. "Eira...mari ke sini sebentar, ada perkara penting yang omma nak bincang dengan kamu," ibu Eira memanggil Eira. "Apa dia omma?" soal Eira.
"Omma nak jodohkan kamu dengan anak kawan omma, kalau tak silap omma...dia tu satu sekolah dengan kamu, nama budak tu Park Jimin. Tak taulah kalau kamu kenal ke tak," ibu Eira memberitahu Eira bahawa dia mahu menjodohkan Eira dengan Jimin. "What? Mamat blur tu?" Eira menyoal lagi. "Jadi kamu kenal la dia ya...baguslah kalau macam tu," kata ibu Eira.
'Dahlah pagi tadi aku terlanggar dia...rupa-rupanya itu satu petanda bahawa aku akan dijodohkan dengan dia tu,' fikir Eira.
//skip//
Atas bumbung sekolah.
"Apasal kau asyik pegang gambar aku tu...bagi balik gambar tu," Eira cuba untuk merampas gambar polaroidnya daripada tangan Jimin, tetapi kemudiannya gambar itu terlepas dari pegangan Jimin lalu gambar itu pun terbang ditiup angin dan akhirnya jatuh ke tanah, betul-betul di hadapan kawan-kawan Jimin (tapi diorang tak perasan).
"Kau nak buat apa tu? Kau jangan buat kerja gila kat sini," kata Eira sebaik saja melihat Jimin yang kelihatannya bertindak mahu terjun dari atas bangunan semata-mata untuk mengambil kembali gambar tersebut. "Aku nak ambil gambar tu balik la," balas Jimin. "Kenapa kau sanggup buat macam tu?" soal Eira kepada Jimin. "Sebab aku sayang kau...dahlah aku pergi dulu," Jimin terus terjun dari bangunan tanpa membuang masa dan berfikir panjang.
Beberapa minit kemudian.
"Oi, kau tak apa-apa ke?" Eira bertanya sama ada Jimin okey ataupun tidak. "Janganlah risau pasal aku...aku okey je," jawab Jimin dengan selamba. "Kau ni...bahayalah tau tak? Tengok tu...luka sana sini, buat orang risau jelah," kata Eira kepada Jimin. "Tak sangka kau risaukan aku sampai macam ni, sayang jugak kau dekat aku ya?" Jimin memberikan renungan tajam kepada Eira. "Siapa kata aku sayang kau? Aku benci kaulah!!!" tak lama kemudian Eira pun berjalan pergi dari situ.
"Yang korang ni...apa lagi? Bawak la aku pergi bilik rawatan," kata Jimin kepada kawan-kawannya. "Wah...hebatlah kau tadi, kau nampak 'cool' masa terjun tadi," Jungkook iaitu salah seorang daripada kawan Jimin, memuji Jimin sambil yang lain bertepuk tangan. "Kau boleh bangun kan? Kau pergilah bilik rawatan tu sendiri," Taehyung pula berkata kepada Jimin.
Di bilik rawatan.
"Lain kali kau tak payahlah buat sampai macam tu sekali...bahaya tau tak? Kalau apa-apa yang lagi teruk jadi kat kau macam mana? Aku jugak yang susah kan," bebel Eira. "Kau membebel macam ni buat aku lagi tambah sayang kat kau...comel la kau ni bila marah," kata Jimin kepada Eira. "Sudahlah...kau nak makan apa-apa tak? Aku boleh tolong belikan," Eira bertanya sama ada Jimin mahu makan sesuatu. "Kau tolong ambilkan nasi kari kat kantin tu je," Jimin menjawab pertanyaan Eira.
//flashback//
"Kau kena ingat, kita kahwin ni sampai tamat sekolah. Lepas tu aku nak kau lepaskan aku," kata Eira kepada Jimin ketika majlis resepsi perkahwinan mereka. "Okay...aku boleh lepaskan kau, tapi jangan menyesal pulak lepas tu...that's the deal," balas Jimin.
//end of flashback//
Peristiwa itu masih segar dalam ingatan Eira, seperti baru semalam kejadian itu berlaku. 'Menyesal pulak aku cakap macam tu kat dia hari tu,' Eira berkata di dalam hatinya.
//skip//
Bilik Jimin.
"Jimin," Eira memanggil Jimin. "Apa," Jimin menyahut panggilan Eira. "Kau ada rasa menyesal tak kahwin dengan aku?" soal Eira kepada Jimin. "Adalah sikit," jawab Jimin ringkas. "Kata sayang aku...kenapa pulak ada sikit rasa menyesal tu?" Eira menyoal lagi. "Bila fikir balik yang aku kahwin dengan kau sebab...lupakan jelah," Jimin ingin mengatakan sesuatu namun ada perkara yang menghalangnya.
"Macam mana pulak dengan kau?" giliran Jimin pula menyoal Eira. "Menyesal jugak...tapi sebab aku terpaksa ikut cakap omma aku, nak buat macam mana kan," Eira menjawab pertanyaan Jimin. "Okey la, aku nak tidur. Selamat malam," Jimin mengucapkan selamat malam terlebih dahulu kepada Eira.
//skip//
Malam prom.
"Mana pulak dia ni," Jimin mencari-cari kelibat Eira. Tidak lama kemudian, barulah Jimin nampak kelibat Eira di dalam kelasnya. Ketika itu Eira sedang merenung ke luar tingkap.
"La...kat sini rupanya kau, puas aku cari tau tak?" kata Jimin kepada Eira. "Kau cari aku ke? Sorry," balas Eira sambil mengesat air matanya. "Kau menangis sebab aku lagi kan?" soal Jimin kepada Eira.
"Aku tak fahamlah...kenapa mesti kau? Kau tu dahlah 'nerd', 'blur' pulak tu...tapi setiap kali aku pandang kau, jantung aku berdegup laju...rasanya aku dah hilang akal," kata Eira sambil air matanya tak henti-henti mengalir. JImin kemudiannya memeluk Eira dengan pelukan yang erat. "Kau nak tahu tak...kau pilih tempat yang paling sesuai untuk tengok bunga api dari jarak dekat," Jimin berkata kepada Eira. Tidak lama selepas itu, pertunjukan bunga api pun bermula.
Selepas pertunjukan bunga api tamat, Jimin mengajak Eira keluar dari dalam kelas. "Jomlah, kita keluar dari sini...ramai orang tunggu kita kat bawah," kata Jimin kepada Eira. "Kau takkan tinggalkan aku kan?" soal Eira kepada Jimin. "Aku takkan tinggalkan kau selagi kau tak lepaskan aku pergi," Jimin menjawab soalan yang diajukan oleh Eira.
"Aku benci kau," kata Eira kepada Jimin. "Tapi aku sayang kau," balas Jimin. "Aku paling benci bila kau cakap macam tu," kata Eira lagi. "Tapi aku suka," Jimin membalas kata-kata Eira.
-end-
Aku paling benci bila terlepas dateline. Bila baca tajuk ff teringat pulak kat lagu TaeTiSeo tu.
YOU ARE READING
random short story
NouvellesBeautiful cover by @CHERRYLUCY status: closed. Some ideas that popped out of nowhere. Nak request? Boleh saja (tengok status). Jangan request genre smut sudah. started: 161206 ended: - highest ranking: #66 in Short Story - 170112 © ryuelle- 2016