09 - Forgotten

68 2 5
                                    

(A/N: continuation to 01 – Kahwin Lari)

Saya tertanya-tanya...apakah perasaan seseorang idola itu apabila mereka mendengar perkataan yang berbunyi seperti begini, "Satu hari nanti anda akan dilupakan,"?

Damia sedang mengemas barang-barangnya, selepas itu...dia terjumpa sehelai baju berwarna hitam, yang tertulis 'BTS' di bahagian hadapan dan di bahagian belakangnya pula tertulis 'V 95' (baju aku lol).

"Kau masih simpan lagi baju tu," seorang lelaki menegur Damia dari belakang. "Hmm,"itu saja yang dibalas oleh Damia. "Sekurang-kurangnya kau beruntung jugak, walaupun kau tak dapat dia...tapi kau lebih beruntung kalau nak dibandingkan dengan perempuan lain kat luar sana. Lantak la apa orang nak cakap," kata lelaki itu kepada Damia.

"Mesti kau rasa sedih kan? Yelah...bila korang semua buat keputusan nak ikut haluan masing-masing," soal Damia kepada lelaki itu. "Hmm...nak buat macam mana, semua dah dewasa. Tak semestinya nak kena bersama buat selama-lamanya," jawab lelaki itu.

"Tapi aku kesianlah kat kawan kau yang kat wechat tu...siapa entah namanya tu? Mesti dia yang paling 'heartbroken' bila dapat tau yang kitorang nak berpecah," lelaki itu berkata kepada Damia. "Hmm...kalaulah dia tahu yang kau sekarang ni dengan aku, lagilah dia meroyan kot," balas Damia. "Eh...dia tau kan yang kau dulu anti dengan aku kan?" lelaki itu menyoal lagi. "Tau la kot," jawab Damia.

"Tapi dia ingat lagi ke tak dengan aku ni...entah-entah dia dah ada 'life' sendiri dan dah lupakan kenangan dia dengan aku," kata lelaki itu. "Manalah aku tau," balas Damia. "Yang kau pulak...kau tak lupakan semua tu? Yang sampai orang kata kau terlebih obses la apa la...tengoklah apa dah jadi sekarang, kau berjaya buktikan yang kau boleh dapat apa yang kau nak," kata lelaki itu lagi.

"Aku tak percaya yang kau dah jadi suami aku...padahal aku memang anti dengan kau, aku benci tengok muka kau, aku benci dengar suara kau, aku benci tengok kau menari...hmm last2 aku tersangkut jugak dengan kau," kata Damia kepada lelaki itu. "Aku pun tak percaya yang kau dah jadi milik aku," balas lelaki itu.

"Orang akan fikir kau ni tamak. Kau dah pernah kahwin dulu, dah ada anak dua orang pulak tu. Lepas tu kau bercerai, tapi takde siapa sangka yang aku ditakdirkan untuk jadi pengganti dia," kata lelaki itu pula. "Yelah...kau tu pun dulu bukannya berkenan sangat dengan perangai aku yang 'childish' ni kan?" Damia menyoal lelaki itu. "Sebab kau 'childish' la aku suka kau. Kau seorang yang penyayang. Kau tak berpura-pura. Walaupun kau ni pemalas dan selalu cepat putus asa tapi akhirnya kau tak mengalah. Walaupun kau nampak lemah tapi sebenarnya kau seorang yang kuat semangat. Walaupun kau banyak merungut tapi itu sebab kau nak buat yang terbaik," lelaki itu memberitahu Damia.

"Kau beruntung sebab dia sudi terima kau seadanya walaupun kau ada banyak kelemahan," lelaki itu menyambung lagi. "Aku ingatkan korang semua ni jenis yang cerewet," kata Damia. "Ye memang pun...tapi tak ada yang sempurna kat dunia ni," balas lelaki itu.

(A/N: apa aku melalut ni jauh bebenor hah)

"I will never forget this word. Once you go in, you can't go out forever. I will never forget the most beautiful moment in my life when I was fangirling over K-Pop idols, including your groups...even though I might not be a K-Pop fan anymore. The memories will be keep in my mind forever and ever," kata Damia. "Well, I'm happy with my life now," Damia menyambung.

Oh ya. Lelaki itu ialah Jeon Jungkook. Lelaki yang sangat dibenci oleh Damia suatu ketika dahulu hanya kerana kedengkian yang melampau. Lelaki yang punya segalanya, bakat, rupa, suara yang merdu dan peminat yang ramai. Entah bagaimana Damia boleh menerima Jungkook dalam hidupnya setelah dia bercerai dengan Min Yoongi. Lebih-lebih lagi, Jungkook dua tahun lebih muda daripada Damia. Jungkook pula, entah bagaimana hatinya boleh terpaut pada Damia, sedangkan Damia seorang janda anak dua. Tapi nampak gayanya, Damia masih tak dapat Taehyung seperti yang diimpikannya selama ini (lmfao).

(A/N: hanya mampu berangan. sorry.)

-end-

random short storyWhere stories live. Discover now