05 - Love Letter

87 5 0
                                    

Requested by Nuyu_khelly

South Lake Middle School.

"Apa...benda ni???" soal Yoongi sambil memegang sehelai kertas. "Surat cinta apa macam ni? Pelik betul ayat yang kau guna," Yoongi menyoal lagi. "By the way, tulisan kau cantik...tapi bila baca balik, macam seram pun ada sebab kau tulis guna pen merah," Yoongi memuji tulisan penulis surat cinta tersebut.

Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba nak tulis surat cinta kat Yoongi. Nak kata aku suka kat Yoongi, takdelah suka sangat...tapi dia tu 'cute' macam 'teddy bear' la...walaupun dia tu takdelah kacak mana pun. Dah tu, pendek pulak tu.

Sejak dari hari tu, aku tak habis-habis kacau dia...buat prank kat dia dan macam-macam lagi. Aku pernah curi buku dia tapi lepas aku dah puas hati aku pulangkan balik. Tapi kan, tulisan dia lagi cantik daripada aku.

Masa balik pulak, aku selalu ekori dia dari belakang. Sampai dia pun rimas sebab aku asyik ikut dia je, padahal jalan nak ke rumah aku tu bertentangan dengan jalan nak ke rumah dia. Rumah aku kat sebelah kanan, rumah dia pulak kat sebelah kiri. Tapi jarak dari sekolah nak ke rumah dia tu lagi jauh kalau nak dibandingkan dengan jarak dari rumah aku ke sekolah.

"Kenapa kau suka sangat pandang aku? Aku ni bukannya hensem pun," soal Yoongi kepadaku. "Entahlah...aku pun tak tau kenapa aku suka tengok kau, padahal aku bukannya suka sangat kat kau pun," jawabku dengan selamba. "Kau ni cantik tapi perangai pelik, patutlah takde sape nak kat kau," kata-kata Yoongi itu membuat aku tersentap, namun memang betul pun apa yang dia cakap tu.

"Kau nak tak jadi 'yeochin' aku?" tiba-tiba saja Yoongi menanyakan soalan itu kepadaku. "Tak naklah," aku menolak untuk menjadi teman wanitanya. Bukannya apa, kalau dia jadi 'namchin' aku, nanti dia yang sakit hati dengan aku, jadi baik tak payah ajak aku jadi 'yeochin' dia. Masalahnya, dia tu memang dah terang-terang tak suka aku.

Setahun kemudian.

"Boleh tak kau jangan tiru aku lagi dah? Berapa banyak kali kau nak beli beg yang sama macam aku punya? Setiap kali aku tukar beg, mesti kau pun akan beli beg yang sama," Yoongi membebel kerana aku sering membeli beg yang sama dengan beg yang dia pakai. Masa ni, satu sekolah dah tahu yang aku suka kat Yoongi. Cikgu pun dah pening tengok aku.

"Macam manalah kamu ni boleh suka kat orang macam ni? Dahlah Matematik dia pun dapat 3% je," cikgu Matematik berkata kepadaku. "Kau tak payah la nak bengang kat aku, otak aku mana sama macam otak kau...kau tu tak belajar pun boleh dapat A," Yoongi memerliku kerana aku selalu dapat top 3 dalam kelas walaupun aku tak belajar pun kat rumah. Yelah, aku ni perempuan...dia tu lelaki.

Aku dah lama putus asa dengan perasaan aku ni, orang lain je yang tak tahu. Kadang-kadang aku rasa aku tak suka dia, ada masa yang lain pula aku rasa aku dah tergila-gilakan dia, aku pun tak faham dengan perasaan sendiri. Kenapa aku boleh rasa sakit hati walaupun perasaan aku terhadap dia tu tak serius pun. Sampai akhirnya aku jadi bencikan diri sendiri.

Aku sudahpun terperangkap dalam imaginasi aku sendiri. Aku mula menulis lagu, lagu yang menceritakan tentang kisah aku dan dia. Tetapi suara nyanyianku tidak sebagus dulu.

Satu hari, Yoongi memberikan sekeping nota kepadaku. Apa yang tertulis pada nota tersebut amat memeranjatkan aku. Aku memandang ke arah Yoongi dan berasa hairan.

"Don't hate yourself because of your feelings towards me, and don't hate me."

'Kau memang faham aku, Min Yoongi. Mana mungkin semudah tu aku nak benci kat kau?' aku berkata di dalam hati.

//skip//

"Aku nak minta maaf atas semua yang aku dah buat kat kau," aku meminta maaf kepada Yoongi. "Baiklah, aku maafkan kau. Aku pun nak minta maaf kat kau jugak, sebab aku layan kau kasar," Yoongi memaafkan aku, kemudian dia pula meminta maaf kepadaku. "Buat apa kau nak minta maaf kat aku? Kau bukannya buat apa-apa salah kat aku pun," kataku kepada Yoongi.

"Aku harap aku takkan jumpa kau lagi lepas ni, sebab aku dah penat tengok muka kau hari-hari kecuali hujung minggu," aku berkata lagi kepada Yoongi. "Tolong jangan lupakan aku," Yoongi meminta supaya aku tidak melupakannya setelah dia berpindah sekolah nanti. "Kau ingat senang ke aku nak lupakan kau macam tu je?" balasku.

"Yoon Ji Ae," Yoongi memanggil namaku. "Apa," sahutku. "Saranghae," Yoongi mengatakan bahawa dia cintakan aku. "Erm...nado saranghae," aku membalas dengan mengatakan bahawa aku juga cintakan dia.

Aku, Yoon Ji Ae...jatuh cinta dengan lelaki yang ada banyak masalah disiplin kat sekolah. Secara asasnya, dia dengan aku sama je. Tak buat kerja sekolah, cuma bezanya aku memang dilahirkan pintar. Tapi dia? Selalu ponteng kelas tanpa alasan yang munasabah, panjat pagar sekolah, selalu terlibat dengan kes gaduh kat luar sekolah, kaki lepak...sedangkan aku kalau ponteng sekolah, aku duduk kat rumah je tak pergi mana-mana pun. Kalau ponteng kelas pun sebab aku ada temujanji dengan kaunselor.

Dia, Min Yoongi...jatuh cinta dengan perempuan yang ada masalah mental. Perempuan yang lebih suka bersendirian. Semua orang kat sekolah kata perempuan tu gila. Perempuan yang sering menjadi mangsa buli oleh murid dari kelas lain. Tak pandai bersukan. Pemalas tapi mempunyai kepandaian luar biasa. Nampak je lemah-lembut tapi kata-katanya sangat tajam sehingga mampu membunuh. Perempuan yang mempunyai penglihatan yang semakin teruk. Dan perempuan itu adalah aku.

-end-

Maaf jika tak menepati citarasa...author takde idea yang bernas.

Cerita kali ini merupakan kisah saya sendiri (hoho) tapi banyak rekaan lorh. Jujur saya cakap, saya rindu sangat kat 'ex-crush' saya masa saya sekolah menengah dulu. Tapi sekarang ni saya tak tau apa jadi kat dia. Ok bye.

Kalau tak best bagitau je. 

random short storyWhere stories live. Discover now