07 - Album

47 3 0
                                    

Original idea from: iamladykimtaehyung

SM Entertainment.

"Weh aku nak keluar kejap," kata Baekhyun kepada ahli kumpulan EXO yang lain. "Kau nak pergi mana?" tanya Suho kepada Baekhyun. "Adalah," jawab Baekhyun ringkas.

//skip//

Baekhyun berada di dalam sebuah kedai yang menjual CD. Tidak lama kemudian dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya. "Ha dah jumpa pun album Wings...tinggal satu je," belum sempat Baekhyun mahu mengambil album Wings itu, ada seorang perempuan sudah mengambilnya terlebih dahulu.

"Hey album Wings tu saya punya! Saya yang jumpa dulu," kata Baekhyun kepada perempuan itu. "Siapa yang ambil dulu dialah yang punya, jadi album ni saya punyalah sebab saya dah ambil dulu," balas perempuan itu. "Adakah awak tidak mengenali siapa saya?" Baekhyun bertanya kepada perempuan itu. "Saya tak peduli la kalau awak tu member EXO, saya tetap takkan bagi album BTS ni kat awak!!!" kata perempuan itu yang kemudiannya menjelir lidah kepada Baekhyun.

"Berani betul kau...takpe kau, aku tetap nak rampas jugak album tu dari tangan kau," kata Baekhyun lagi. "Cubalah kalau berani," balas perempuan itu yang kemudiannya melarikan diri daripada Baekhyun dengan pantas. "Licik betul perempuan tu...takpe kalau aku jumpa lagi dengan kau lepas ni nahas la kau," kata Baekhyun dengan suara yang perlahan. "Weh aku dengarlah," jerit perempuan itu.

'Pelik betul perempuan tu...macam mana dia boleh dengar padahal aku cakap perlahan je,' fikir Baekhyun.

//skip//

"Jadi kau tak dapatlah album yang kau nak sangat tu? Kesian kau," kata Chanyeol sambil menepuk belakang Baekhyun. "Dah minah tu sapu dulu...nak buat macam mana dah bukan rezeki aku kot," balas Baekhyun dengan nada tidak puas hati. "Tapi kan, aku tak sempat nak tanya nama dia tadi...aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertama kat dia la," Baekhyun menyambung ayatnya.

Sementara itu.

"Kau nak tahu tak aku berebut dengan siapa untuk dapatkan album ni? Kau kenal Baekhyun? Mesti kau kenal kan takkanlah tak kenal," Chaerin berkata kepada Yoora menerusi panggilan telefon. "Baekhyun EXO ke," Yoora bertanya kepada Chaerin. "Yelah siapa lagi...dia tu la," jawab Chaerin.

"Apa perasaan kau bila kau jumpa dengan dia, depan mata pulak tu? Yelah kau kan 'hater' dia," Yoora bertanya lagi. "Dia tu...takdelah angkuh sangat macam yang aku sangkakan, tapi itu takkan mengubah persepsi aku terhadap dia," Chaerin menjawab pertanyaan Yoora. "Tapi dia kan rapat dengan abang kau," kata Yoora kepada Chaerin.

//skip//

"Baekhyun, kau boleh tak tolong belikan air untuk kitorang? Kitorang dahagalah," Xiumin menyuruh Baekhyun membelikan air untuk ahli EXO yang lain. "Hmm baiklah hyung," Baekhyun hanya menurut. Kemudian, Baekhyun pun keluar dari rumah.

Pada masa yang sama.

"Weh kau pasti ke ni rumah dia?" Yoora bertanya kepada Chaerin. "Entah...abang aku ni bagi 'location' betul ke tak ni," Chaerin melihat pada skrin telefon pintarnya. Tidak lama kemudian...

"Awak buat apa kat depan rumah saya ni?" satu suara menegur Chaerin. "Weh Rin...tu," Yoora menunjuk ke arah seseorang. Chaerin memandang ke arah orang tersebut. "Err...hai, saya datang sini nak jumpa dengan awaklah," kata Chaerin kepada orang itu. Orang yang dimaksudkan itu ialah Baekhyun.

"Macam mana awak tahu saya tinggal kat sini?" Baekhyun bertanya kepada Chaerin. "Macam mana saya tahu itu nanti saya akan beritahu awak. Sekarang ni saya nak berkenalan dengan awak je dulu, erm nama saya Kim Chaerin," Chaerin menghulurkan salam perkenalan terlebih dahulu. "Err...awak tahu nama saya kan? Kalau macam tu, nice to know your name...hari tu tak sempat nak tanya nama awak dah terus blah macam tu je," kata Baekhyun sambil menyambut salam perkenalan yang dihulurkan oleh Chaerin.

"Dahlah, saya nak keluar ni...awak dah jumpa saya kan? Jadi sila berambus dari sini sekarang sebelum saya panggil D.O suruh dia baling kuali kat awak," Baekhyun meminta supaya Chaerin dan Yoora pergi dari situ. "Amboi menghalau nampak...okay saya pergi dulu, sayonara jumpa lagi lain kali kalau ada jodohlah," balas Chaerin. Tidak lama selepas itu, Baekhyun mendapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali.

"Awak kenal Kim Taehyung kan? Dia tu abang saya. – Kim Chaerin."

'Mesti dia dapat nombor aku ni daripada si V tu...agaknya V kot yang bagitau mana aku tinggal,' fikir Baekhyun. "Tapi...itu maknanya??? Heol apahal la nasib aku begini," Baekhyun menepuk dahinya.

//skip//

"Mana Baek ni tak sampai-sampai lagi lama dah aku tunggu," Chaerin merungut apabila Baekhyun yang ditunggunya sejak pagi tadi, tidak muncul-muncul lagi sedangkan sudah masuk waktu tengah hari. Tidak lama selepas itu...

"Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas dilanggar oleh sebuah treler dalam satu kemalangan jalan raya yang baru saja berlaku pagi tadi. Mangsa yang bernama Byun Baekhyun dan berumur 26 tahun kini sedang dikejarkan ke Hospital Seoul untuk menerima rawatan manakala pemandu treler itu sedang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gangnam untuk membantu siasatan. Byun Baekhyun merupakan salah seorang anggota kumpulan EXO..."

Sebaik saja menonton berita tersebut, Chaerin terus menahan sebuah teksi. Nasibnya ketika itu agak baik kerana teksi tersebut berhenti, kebetulan pula teksi itu tidak membawa sebarang penumpang. "Hospital Seoul," kata Chaerin kepada pemandu teksi tersebut. Pada masa yang sama...

"Hmm," tanpa Chaerin sedari, ada seseorang sedang memerhatikan dia dari jauh.

//skip//

Hospital Seoul.

"Tolonglah bangun. Aku janji kalau kau bangun, aku bagi album Wings ni kat kau. Jadi tolonglah sedar semula," kata Chaerin. Sudah beberapa hari Baekhyun berada di wad unit jagaan rapi. Pada masa yang sama, seseorang sedang menunggu di luar.

Tidak lama kemudian, Chanyeol tiba di situ. "Kau buat apa kat luar ni? Kau dah pergi jenguk dia ke," Chanyeol bertanya kepada orang itu. "Dah," ringkas sahaja jawapan yang diberikan.

//skip//

Rumah Chaerin.

"Kenapa bersepah je aku tengok rumah ni," kata Baekhyun apabila melihat keadaan rumah Chaerin yang bersepah. 'Baik aku pergi cari Rin cepat sebelum terlambat,' fikir Baekhyun. Akhirnya Baekhyun berjaya menemui Chaerin.

"Rin," Baekhyun memanggil Chaerin. "Baekhyun," Chaerin menoleh dan mendapati bahawa Baekhyun berada di belakangnya. "Saya datang sini nak jumpa awak buat kali terakhir," Baekhyun berkata kepada Chaerin.

"Apa maksud awak," soal Chaerin kepada Baekhyun. "Dah tiba masanya untuk saya pergi sekarang juga," kata Baekhyun lagi. Tiba-tiba, satu cahaya muncul dan tidak lama selepas itu, Baekhyun pun hilang begitu saja.

//skip//

Satu hari di sebuah taman.

"Aku benci musim sejuk," kata Chaerin sambil melihat salji turun. Tiba-tiba ada seseorang melanggarnya secara tidak sengaja. "Sumimasen," kata orang itu yang bermaksud 'maafkan saya' dalam bahasa Jepun. Alangkah terkejutnya Chaerin apabila mendapati orang yang melanggarnya itu ialah...

"Eh kejap...kau ni Fasha kan?" soal orang itu kepada Chaerin. "Kau ni...Farikha?" gilran Chaerin pula menyoal orang itu. Chaerin terkejut kerana orang yang melanggarnya itu, wajahnya mirip dengan Baekhyun. Rupa-rupanya orang itu ialah Farikha, kawan baiknya ketika di Malaysia.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Farikha bertanya kepada Chaerin. "Takdelah...aku teringatkan seseorang, muka dia sama macam kau cuma dia tinggi sikit," Chaerin menjawab pertanyaan Farikha. "Oh...okay," Farikha memberikan respon terhadap jawapan Chaerin.

"Tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini," kata Chaerin kepada Farikha. "Itulah...aku pun tak sangka jugak," balas Farikha.

-end-

random short storyWhere stories live. Discover now