06 - Sweeter Than Sugar

77 3 2
                                    

Shining Diamond High School.

"Hyerin, tengok tu...Wonwoo la, hensem kan dia tu?" kata Fira kepada kawan baiknya iaitu Hyerin. "Kau ni, tak habis-habis dengan Wonwoo tu. Kau tak payahlah berangan jadi 'girlfriend' dia, bukannya kau tak tau dah banyak perempuan dia 'reject' tau?" balas Hyerin sambil menggeleng kepala melihat gelagat Fira yang terlalu gilakan jejaka bernama Jeon Wonwoo. "Biarlah," kata Fira lagi.

Jeon Wonwoo adalah antara murid yang paling popular di Shining Diamond High School. Bukan sahaja kacak dan pintar dalam akademik, tetapi dia juga aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Namun begitu, ada rahsia yang tidak diketahui oleh kebanyakan murid lain di sekolah itu yang menyebabkan identitinya dilihat agak misteri. Agaknya apakah rahsia yang misteri tu?

"Wonwoo tu, muka hensem tapi sampai sekarang pun takde lagi 'girlfriend'. Agaknya dia tu memilih sangat ke?" kata Hyerin kepada Fira. "Erm, entahlah...manalah aku tau," balas Fira sambil mengangkat bahu menandakan bahawa dia tidak tahu. "Kau tak bosan ke hari-hari 'stalk' dia?" soal Hyerin kepada Fira. "Tak kot," jawab Fira ringkas.

"Apa kata kau cuba ajak dia jadi 'boyfriend' kau, manalah tahu dia sudi ke?" tiba-tiba Gyuwoon, rakan sekelas merangkap kawan baik Hyerin dan Fira, mengemukakan cadangan. "Bagus jugak cadangan kau tu, kalau dia 'reject' pun sekurang-kurangnya dia tahu yang aku ni ada perasaan kat dia, ye tak?" Fira nampaknya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Gyuwoon. "Kalau kau dah cakap macam tu...aku rasa okay jugak," Hyerin sepertinya tidak membantah.

Tanpa mereka bertiga sedar, ada seseorang telah mendengar perbualan antara mereka bertiga. Orang itu merupakan seorang murid lelaki yang sekelas dengan Fira, Hyerin dan Gyuwoon. Siapakah dia?

'Memang tak la Wonwoo tu nak terima...bukannya diorang tu tau siapa Wonwoo tu sebenarnya,' kata orang itu dalam hati. Baiklah, nama murid lelaki itu ialah Choi Seungcheol, dan dia merupakan kawan rapat kepada Wonwoo.

//skip//

Keesokan harinya...

"Wonwoo tak datang sekolah la hari ni...susah jugak bila minat kat orang yang jarang ada kat sekolah ni, nak luahkan perasaan pun payah," Fira mengomel sendirian. "Agaknya Wonwoo tu anti dengan perempuan ke sampai semua perempuan kat sekolah ni dia 'reject' macam tu je?" Fira mula tertanya-tanya. 'Oh ya, lagi satu kan, sampai sekarang aku tak pernah tahu Wonwoo tu dari kelas mana, aku tak tahu nak tanya kat siapa lagi,' Fira berkata di dalam hatinya.

Sedang Fira berjalan-jalan, tiba-tiba dia berlanggar dengan seorang murid lelaki. "Err...sorry," Fira meminta maaf terlebih dahulu. "Kwaenchanha," kata murid lelaki itu. Fira berasa sedikit terperanjat sebaik saja dia memandang wajah murid lelaki itu. 'Jeon Wonwoo,' kata Fira dalam hati.

"Awak tak apa-apa?" Wonwoo bertanya kepada Fira. "Tak, saya okay je...awak pulak? Sorry sebab saya tengah berangan tadi sampai terlanggar awak pulak," kata Fira kepada Wonwoo. "Oh yeke...err, saya pun nak minta maaf jugak, tadi saya jalan tak pandang depan jadi terlanggar awak pulak," balas Wonwoo.

'Alamak...macam mana ni? Dia dah ada kat depan mata ni,' jantung Fira berdegup dengan agak laju. "Err, saya pergi dululah ya...kejap lagi kan kelas dah nak mula, saya nak masuk kelas dulu," kata Wonwoo kepada Fira. "Err, kejap...awak kelas apa ya?" Fira bertanya kepada Wonwoo. Tapi Wonwoo terus berlalu pergi tanpa menjawab soalan Fira.

'Bukan ke aku dengan dia tu satu kelas? Oh, lupa pulak...dia tak tahu pun yang aku sekelas dengan dia,' fikir Wonwoo.

//skip//

Kelas 4 Carat.

"Korang nak tahu tak, tadi aku terlanggar Wonwoo...dia tu baik la," kata Fira kepada Hyerin dan Gyuwoon. "Memang la dia tu baik, dia tu nampak je macam sombong," balas Gyuwoon. "Aku tanya kat mana kelas dia tapi dia terus pergi macam tu je, hmm tapi masa tu pun memang dah lambat nak masuk kelas," Fira menyambung ceritanya.

random short storyWhere stories live. Discover now