Bab 5

4.6K 289 3
                                    


Aku menuruni tangga bersama Reza. Reza memberitahu yang orang itu berada di bangku luar rumah. Hoodie putih disarungkan ke kepala. Aku menapak ke luar rumah. Seorang lelaki berbaju lengan panjang biru duduk di bangku.

"Kau siapa?"soalku tanpa melihat wajahnya. Dia membuka cermin mata hitamnya lalu disangkut pada kolar bajunya.

"Kau mungkin tak kenal aku tapi aku kenal kau. Never mind. Kau boleh panggil aku Mark". Tangan dihulurkan tapi aku hanya memandang sahaja. Dia menarik balik tangannya.

"Kau still sama macam dulu. Berhoodie dekat luar rumah. Patut lah kau putih kan". Mark tergelak sendiri. Aku masih berwajah serius. Aku tak ada masa nak gelak sekarang.

"Kau nak apa?" Aku segera ke topik utama. Aku malas nak bazirkan masa aku dengan dia ni.

"Aku tak nak apa pun. Aku just nak beri amaran pada kau itu pun kalau kau nak dengar lah". Aku mengambil tempat duduk di hadapannya. Mark memaling padaku. Asap rokok dihembuskan ke mukaku.

Aku menahan nafas daripada terhidu bau asap rokok tu. Aku tak suka bau rokok. Buat aku loya.

"Aku tahu kau bunuh budak Uncle Bear. Nasib baik lagi dua orang budak dia tak ingat wajah kau. Kau datang sini pun sebab ada tugas daripada Zero". Puntung rokok dicampakkan ke bawah. Mark memijak puntung rokok itu.

"So?"

"Aku datang dari jauh semata mata nak tengok kau. Uncle Bear belum kenal siapa kau tapi dia sentiasa memerhatikan kau. Ramai lagi orang berpengaruh dekat luar sana. So kau jangan nak selesa sangat duduk sini. Ramai orang perhatikan kau. Apa kau buat semua diorang tahu. Tugas kau maybe susah sebab kena culik orang and bawa dia jumpa Zero. Tapi kalau kau tak buat, nyawa kau bye bye lah".

Semua tentang aku dia tahu. Dia ni siapa sebenarnya? Pengintip upahan?

"Kau nak suruh aku buat apa?"

"Aku nak upah kau. Aku boleh tolong kau dari terjebak dengan Zero dan Uncle Bear. Aku tahu kau tersekat dengan diorang kan. Kau kena bekerja untuk diorang. Selagi diorang perlukan kau selagi tu kau tak boleh lari dari diorang".

Aku menghela nafas. Memang serabut sekarang. Aku memang dah lama nak berhenti kerja dengan Zero dan Uncle Bear.

"Kau kena tolong aku. Itu pun kalau kau nak. Fikir lah dulu. Kalau kau dah buat keputusan datang jumpa aku. Aku pergi dulu. Jaga jaga Aris. Kau diperhatikan". Mark menapak ke luar dari pagar rumah. Dia terus masuk ke dalam perut kereta dan beredar.

Tawaran itu memang berharga buat aku. Kalau aku tolong dia aku boleh bebas dari Zero dan Uncle Bear. Aku boleh jalani kehidupan seharian aku seperti biasa. Tapi betul ke apa yang dia cakap?

"Apa hal dengan dia tadi?" Reza datang ke arahku.

"Siapa Mark?"

"Mark...erm...ouh Mark. Aku kenal. Dia tu ibarat macam pengintip. Dia tak diupah oleh sesiapa. Dia jarang balik Malaysia. Dia selalu ada dekat Australia sana tu".terang Reza tapi penerangan dia tak cukup bagi aku. Aku perlukan information lagi detail.

"Thanks". Aku masuk ke dalam rumah. Bilik aku tuju. Laptop diambil lalu dibuka. Masa untuk menggodam telefon seseorang. Lama tak buat kerja macam ni.

Maklumat Mark tertera pada skrin laptop. Aku baca satu per satu. Dia bukan sekadar pengintip tetapi pembunuh upahan. Siapa upah dia?

Aris (3)Where stories live. Discover now