Bab 21

3.2K 228 10
                                    


Pendrive dicucuk pada laptop. Semua data dan maklumat tentang Zero dipaparkan pada skrin laptop. Zero menetap di China. Nama ke Zero memang sesuai lah dengan otak dia yang zero tu. Nama sebenar dia Samad tapi itu nama kampung. Nama gangster dia Zero. Dia dah anggap aku sebagai anak dia sendiri tapi aku tak pernah anggap dia sebagai bapak aku.

Loceng rumah berbunyi mengganggu kerja aku yang baru suku jalan. Aku segera melangkah keluar rumah. Maya tercegat di depan pagar rumah serta bungkusan di tangannya. Selipar disarung lalu aku mendapatkan Maya.

"Nah". Bungkusan dihulurkan kepadaku.

"Apa ni?"

"Makanan lebih. Saya ada masak tadi. Lepastu alang alang rumah awak sebelah je saya masakkan untuk awak sekali. Ambil lah".

Bungkusan bertukar tangan. Aku sekadar memberi senyuman lalu menapak masuk ke dalam rumah semula. Bungkusan makanan diletakkan di atas meja. Aku kembali menatap laptop.

Pandanganku beralih pada bungkusan makanan di sebelah laptop. Kenapa Maya baik sangat dengan aku? Sebab aku ni kawan baik Irsa? Atau pun dia ada hati pada aku? Aku rasa macam ada yang tak kena pada Maya. Tapi apa? Dia baik.

"Nak makan ke tak?"

Riak wajah Maya tadi macam mengharap sangat aku dapat makan masakan dia. Dia ada letak something ke dalam makanan ni? Kenapa aku buruk sangka sangat pada Maya? Bagi aku nama Maya tu semua budak jahat. Tak pernah aku dengar nama Maya budak baik. Aku terlebih baca novel ke apa ni?

Bungkusan makanan dibuka. Nasi putih serta ayam merah. Baunya memang naikkan nafsu makan aku. Nada dering handphoneku mula berbunyi. Siapa la call masa aku tengah makan ni? Panggilan dijawab.

"Abang Aris! Abah masuk hospital!"

Aku tersentak bila mendengarnya lantas aku segera bersiap dan ke hospital. Makanan tu lantak lah. Yang penting sekarang ni abah. Aku risau kalau perkara sesuatu yang buruk pada abah.

Aku membuka langkah seribu masuk ke dalam hospital. Lif aku tuju. Tingkat tujuh ditekan. Aku segera mendapatkan Iqbal yang berada di luar wad. Kenapa dia seorang je? Mana abang dan mak dia?

"Kenapa dengan abah?"soalku dengan nafas yang tercungap cungap.

"Abah pengsan tadi. Iqbal pun tak tahu kenapa". Iqbal berjalan mundar mandir di hadapan wad. Aku membawa Iqbal duduk di kerusi. Aku cuba menenangkannya.

"Mana abang dan mak kau?"

Riak wajah Iqbal berubah seratus peratus. Kenapa? Salah ke apa yang aku tanya?

"Diorang dah tak ada".

"Dah tak ada?"

"Diorang kemalangan tahun lepas. Tinggal abah dan Iqbal je".

Iqbal menunduk. Terdengar esakan daripadanya. Teragak agak aku nak memaut bahunya. Aku sekadar menepuk perlahan bahunya. Banyak perkara dah terjadi pada keluarga aku sepanjang aku berada di China dulu.

Pintu wad dikuak. Doktor menapak keluar dari wad. Aku dan Iqbal mendapatkan doktor.

"Macam mana keadaan abah saya?" Aku sekadar menjadi pendengar di sisi Iqbal.

"Encik Hanafi tak ada apa. Dia cuma penat dan stress. Dia hanya perlukan banyak berehat".

"Terima kasih doktor".

Doktor itu memberi senyuman pada Iqbal dan aku lalu beredar. Aku menjelingnya tajam. Aura doktor tu sangat kuat. Macam ada yang tak kena. Aku melihat doktor itu hingga bayangnya hilang dari pandanganku.

"Abang Aris jom masuk tengok abah".

"Kau masuk lah". Aku berlalu meninggalkan Iqbal yang terpinga pinga. Doktor tadi. Aku perlu cari dia. Aku memerhatinya di kerusi.

"Anak buah Zero".

Aris (3)Where stories live. Discover now