Abah dibenarkan pulang ke rumah. Doktor memberitahu supaya abah banyakkan rehat. Aku bermalam di rumah abah untuk sehari. Aku beri alasan pada abah yang aku ni ada banyak kerja hendak diuruskan. Semuanya mengenai Irsa. Abah cadang untuk membuat report polis tapi aku bantah. Kalau polis dapat tahu, nyawa Irsa lagi dalam bahaya. Aku tak pasti mama Irsa tu kesah fasal Irsa ke tidak."Assalamualaikum".
Seorang wanita menoleh ke belakang. Riak wajahnya berubah serta merta bila melihatku. Dia menghampiriku dengan wajah bengisnya. Aku masih dalam keadaan tenang.
"Apa kau nak lagi? Anak aku dah hilang semua disebabkan kau. Tak puas lagi ke kau hancurkan keluarga aku? Ibu kau dah bunuh suami aku. Sekarang kau dah jual anak aku pada orang lain. Kau memang manusia tak berhati perut. Dasar anak pembunuh".
Habis aku dimaki hamun oleh wanita tadi. Aku menghela nafas. Tak guna aku nak melawan cakap dia. Semua kata kata dia aku hadamkan saja. Kalau aku lawan sampai bila bila aku tak dapat perbaiki hubungan aku dan Irsa.
"Aris datang sini bukan nak cari fasal dengan mak cik. Aris dah tak buat semua kerja gila tu. Aris tak tahu pun Irsa kena jual. Semua ni salah Aris sebab tak jaga dia. Kalau Aris tak muncul dalam hidup dia pasti semua benda ni tak kan terjadi".
Aku masih berharap yang masa dapat diputarkan kembali. Kalau boleh aku langsung tak nak hadirkan diri aku ni dalam hidup seorang perempuan yang bernama Putri Irsa Amani.
"Haa tahu pun. Sedar pun apa yang kau dah buat pada Irsa. Aku menyesal tahu tak. Menyesal sebab beri anak aku berkawan dengan anak pembunuh macam kau ni!"
Aku cuba pekakkan telinga aku ni. Secara jujurnya hati aku memang sakit sangat sekarang ni. Pertama kali aku dihina dengan teruk sampai macam ni sekali.
"Satu je Aris nak minta. Tolong jangan report polis. Aris cuba akan bawa Irsa jumpa mak cik. Aris janji".
"Selepas kau jumpa Irsa dan bawa dia balik sini, jangan harap kau dapat jumpa dia lagi lepas ni! Aku tak kan benarkan kau jejakkan kaki ke rumah ni lagi dah! Bayang kau pun aku tak nak tengok!"
Wanita itu menghempaskan paip ke bawah. Dia menapak masuk ke dalam rumah. Pintu rumahnya dihempas dengan kuat. Nafas berat dihela.
"Ya Allah...aku tak kuat".
******
Nada dering handphone menganggu aku yang sedang tidur. Panggilan diangkat. Aku masih dalam keadaan mamai. Siapa yang call tadi pun tak tak tengok.
"Lena tidur?"
Terus aku tersedar bila mendengar suara itu.
"Zero, mana kau sorok Irsa?!"
"Wow rileks. Buat apa kau nak cari dia? Kau ni buruk siku betul lah. Kalau dah beri tu jangan lah gatal tangan ambil semula. By the way kerja kau dah selesai. Mulai pada hari ini iaitu hari Selasa tepat pada pukul 6:11 pagi,urusan kau dan aku dah tamat. Kau dah bebas Aris".
Sempat pula dia tilik jam tadi.
"Nanti dulu. Kau cakap tiga bulan".
"Aku cakap je. Suka hati aku lah nak suruh kau kerja dengan aku sampai bila. Itu hak aku. Thanks sebab beri kerjasama pada aku. Misi kau dah habis".
"Belum! Kau beritahu aku mana kau simpan Irsa?!"
"Cakap perlahan la. Pekak telinga aku. Irsa? Dia sihat je. Nak dengar suara dia? Kejap eh. Irsa sayang sini kejap".
Okay dia dah melampau.
"Aris!! Tolong saya Aris!!"
"Irsa!"
"Dah dengar kan? Dia masih hidup kan? So kau pergi main jauh jauh. Goodbye".
Talian dimatikan. Tak guna Zero.
YOU ARE READING
Aris (3)
Mystery / ThrillerDia hilang tanpa khabar berita. Dia meninggalkan orang tersayang. Dia ingin menyendiri. Lari ke dunia luar. Hidup seperti manusia biasa. Menjalani kehidupan seharian seperti orang lain. Tetapi sikap psychonya masih ada dalam dirinya. Pisau menjadi m...