Aku segera keluar dari wad abah. Mataku melilau mencari Farid. Aku pasti dia yang culik abah. Dekat luar tadi dia dan Zero bertukar barang. Mungkin duit. Tapi tak kan lah Farid jual abah pada Zero? Atau pun Zero yang suruh Farid culik abah untuk diberikan pada Uncle Bear? Tapi betul ke abah kena culik?Apa motif diorang nak culik abah? Yang lagi hairan kenapa Irsa kena jual? Kenapa Irsa? Kenapa bukan perempuan lain? Zero arahkan aku untuk menculik Irsa dan bawa kepadanya. Tapi aku tak boleh. Hingga lah aku berjumpa dengan Uncle Bear. Segala galanya berubah. Aku seksa Irsa. Tapi aku rasa macam ada yang tak kena.
Selepas aku pengsan sebab Uncle Bear suntik ubat tidur,aku terus jadi lain macam. Apa yang Uncle Bear cakap cepat meresap masuk dalam kepala otak aku ni dan aku hanya menurut. Uncle Bear dah brainwash aku ke apa?
Ah lupakan Uncle Bear. Sekarang aku perlu cari kedudukan abah di mana. Kalau Farid nak seksa abah mesti dia berada di satu bilik yang tak ramai berani masuk. Bilik mayat.
Aku mengatur langkah ke bilik mayat. Sepanjang lorong itu langsung tiada sesiapa. Pintu bilik dibuka. Terdapat seseorang baring di atas katil dan badannya diikat. Aku rasa itu abah. Aku segera mendapatkannya. Mulut abah ditutup.
"Abah? Abah?"
Aku menampir pipi abah lembut. Abah membuka matanya. Dia agak terkejut bila melihatku di depan matanya. Apa perasaan abah sekarang? Gembira? Sedih? Marah? Gembira sebab anak abah dah pulang. Sedih sebab dah lama aku menghilangkan diri. Marah sebab aku seorang pembunuh.
"Kejap".
Aku cuba mencari pisau di serata bilik. Sebilah pisau yang tajam menarik perhatianku lantas aku terus mencapai pisau itu lalu mengerat tali. Aku membuka ikatan yang menutup mulut abah. Nafas abah tercungap cungap.
"Aris...".
"Tak ada masa. Jom keluar".
Aku menarik tangan abah keluar dari bilik mayat. Badan abah kelihatan kurus berbanding dulu. Dari jauh kelihatan Farid menapak ke arahku. Dia masih tidak perasan kehadiranku sebab asyik dengan handphone di tangannya. Aku membawa abah di sebalik dinding.
"Kena...."
"Shhh...".
Kedengaran pintu bilik mayat tadi dikuak. Pasti Farid dah masuk ke dalam. Aku memerhati keadaan sekeliling. Line clear. Aku menarik lengan abah ke tingkat tujuh. Aku membawa abah ke wadnya semula.
Abah duduk di atas katil. Melepaskan lelah. Kesihatan abah masih lemah. Aku menapak keluar dari wad.
"Aris".
Langkahku terhenti. Aku menapak semula ke arah abah. Abah terus memeluk tubuhku erat. Aku rindu abah. Seteruk mana pun layanan abah terhadap aku selama ni, dia tetap abah aku.
"Aris...abah minta maaf. Abah abaikan Aris. Abah mungkir janji arwah ibu. Abah tak jaga Aris dengan baik. Abah langsung tak cara fasal Aris. Maafkan abah, Aris".
Aku meleraikan pelukan lalu menolak abah perlahan supaya duduk. Aku melutut di depan abah. Sekali lagi empangan air mataku pecah.
"Aris yang salah. Aris derhaka pada abah. Aris tak hormat abah. Aris tak dengar cakap abah. Aris tengking abah. Aris langsung tak hormat keluarga tiri Aris. Aris minta maaf dengan abah".
"Abah dah lama maafkan Aris. Abah pun cari Aris selama ni. Abah siap upah orang untuk cari Aris. Abah cuma kesiankan Irsa. Selama Aris hilang, Irsa langsung tak putus asa cari Aris. Abah dah janji dengan dia nak bawa Aris pada dia".
Abah menyeka air matanya. Senyuman terukir di bibir abah.
"Sekarang abah dah jumpa Aris. Abah nak beritahu Irsa".
"Irsa dah tak ada abah".
"Apa Aris cakap ni?"
"Irsa kena jual".
YOU ARE READING
Aris (3)
Mystery / ThrillerDia hilang tanpa khabar berita. Dia meninggalkan orang tersayang. Dia ingin menyendiri. Lari ke dunia luar. Hidup seperti manusia biasa. Menjalani kehidupan seharian seperti orang lain. Tetapi sikap psychonya masih ada dalam dirinya. Pisau menjadi m...