Bab 12

3.7K 248 1
                                    


Sniper. Pistol yang jenis boleh tembak dari jarak jauh. Agak besar bagi aku. Terpaksa lah aku angkat berat hari ni. Aku menyorok di sebalik sebatang pokok. Aku perhati muka masing masing yang hadir di majlis makan malam ni. Mana Ben? Ah muka dia pun aku dah lupa.

"Ben! Lama tak jumpa. Apa khabar kau?"

"Ben!"

Aku mengangkat wajahku. Dua orang lelaki berkot. Seorang berkot kelabu dan seorang lagi berkot hitam. Ben. Dia memakai kot hitam. Berkaca mata. Ya aku pasti itu dia. Mission begin.

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam hotel. Aku mencari tempat yang strategik untuk aku tembak pak cik tu. Di sebalik dinding tingkat atas. Ben duduk di meja makan. Jam tangan ditilik. 9:12 malam.

"Lagi tiga minit dia akan beri ucapan di atas pentas".

Saat dia beri ucapan tu aku akan tembak dia. 9:15 malam. Tepat pada jangkaan aku. Ben mengambil tempat di atas pentas. Dia sudah mula memberi ucapan. Mask aku pakai. Hoodie ditarik kemas menutup kepala. Sniper dibawa paras bahu.

"Goodnight Ben". Sebutir peluru dilepaskan. Tepat pada sasaran. Semua orang menjerit terkejut. Terutama mak cik dekat bawah sana. Dah macam kena histeria aku rasa. Highnote dia bukan main kuat lagi. Pecah cermin.

"Headshot". Tepat pada kepalanya. Aku beransur keluar dari hotel. Handphone dibawa keluar dari poket seluar. Contact Mark dicari lantas aku menelefonnya. Panggilan berjawab.

"Mission complete".

"Good job Aris. Datang sini. Jumpa aku sekarang". Panggilan ditamatkan. Teksi ditahan. Aku memberi alamat pada pemandu teksi. Dia agak terkejut sebab aku bawa something yang panjang dan besar ke dalam keretanya.

Rileks uncle. Bawa je aku ke alamat tu dan kau akan selamat.

Duit dihulurkan. Beberapa kali pak cik itu memanggilku untuk memulangkan baki. Aku buat tak dengar. Sedekah. Ambil je lah pak cik. Bising je.

Pagar dibuka. Aku terus menapak masuk ke dalam rumah Mark. Buat macam rumah sendiri bak kata Mark. Dia baring di atas sofa sambil menonton televisyen. Amboi santai nampak. Sniper dicampak ke atas tubuhnya. Dia memaling ke belakang.

"Aku dah tolong kau so mana Irsa?" Aku malas nak berbual panjang dengan dia. Nanti sampai ke esok tak habis. Irsa lagi penting sekarang. Aku tak dapat maafkan diri aku sebab kelakukan kejamku terhadap Irsa. Aku yang salah. Readers sekalian boleh marah aku. Silakan.

"Sabar lah dulu Aris. Kau ni tergesa gesa sangat. Kita rileks dulu". Mark menyilangkan kakinya sambil membelek sniper kesayangannya.

Rileks dia cakap?! Aku tak dapat kawal kemarahan aku lantas sniper dirampas dari tangan Mark. Aku mengacukan sniper padanya. Mark tersengih.

"Mana Irsa?!" Mark menghela nafas. Dia menolak sniper dengan kasar hingga aku sekali tertolak. Sniper terjatuh ke atas lantai. Mark menolak tubuhku ke dinding. Matanya merenung ke dalam anak mataku.

"Ah kau!! Irsa dah tak ada!! Dia dah mati lah!!"

Aku menumbuk perutnya. Mark memegang perutnya yang senak. Dia menapak ke belakang. Darah terpercik keluar dari mulutnya. Aku memegang bahunya. Jarum di atas meja aku ambil. Macam mana aku nampak jarum sehalus tu? Mata aku tajam. Harap maklum.

"Kurang ajar kau!!" Mark terbatuk batuk. Aku mencekik lehernya. Jarum disua tepat pada matanya.

"Mana Irsa?" Bila bila masa sahaja jarum ini akan dibenamkan ke dalam matanya. Mark menarik senyuman sinis.

Mataku mula berat. Aku terbaring ke atas lantai.

"Tidur dulu ya Aris".

Aris (3)Where stories live. Discover now