Bab 18

3.3K 231 5
                                    


Laptop di atas meja segera dibuka. Roti disumbat masuk ke dalam mulut. Dah berapa hari aku tak makan. Badan pun kurus kering macam lidi. Okay tipu. Setakat six pack tak hilang lagi tu okay lah. Ah aku banyak merapu. Skrin laptop aku fokus. Semua maklumat tentang Mark tertera pada skrin. Sesi menggodam.

Uncle Bear.... Uncle Bear..... Mana beruang tu? Puas aku cari tak jumpa juga maklumat fasal Uncle Bear. Laptop ditutup. Nafas panjang dihela. Aku menapak ke mayat Mark. Handphone di dalam poket seluarnya aku keluarkan. Kenapa la aku tak terfikir sebelum ni? Senang sikit kerja aku.

Contact Uncle Bear aku cari lantas aku terus menelefonnya. Panggilan tidak berjawab. Aku dapat rasa mereka rancang sesuatu. Mark lengahkan aku untuk selamatkan Irsa. Dia suruh aku bunuh Ben tanpa sebab. Nasib baik aku tak tinggalkan sebarang bukti. Kalau tidak tidur dalam penjara lah aku malam tu.

Mark seperti dah tahu aku akan ke sini tapi siapa yang beritahu dia? Mark memang nak korbankan diri dia? Tapi kenapa? Aku rasa tak. Kalau aku tak bunuh Mark, dia tetap tak beritahu di mana kedudukan Irsa. Kalau aku bunuh....memang dah bunuh pun...aku tetap tak tahu di mana Irsa berada sekarang.

Pintu utama rumah dikuak. Seseorang menapak masuk ke dalam. Bergema ruang tamu bawah. Rumah pun kosong. Memang dapat dengar lah. Aku dapat rasa hanya seorang saja yang masuk tadi dan dia naik ke tingkat atas.

"Mark!! Mark!!"

Bergema ruang di dalam rumah. Aku menyorok di bawah meja. Lelaki tadi masuk ke dalam bilik di mana aku berada sekarang.

"Mark?!"

Ah lupa pula nak sorokkan mayat Mark tadi. Dia menapak ke meja. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku mencari sesuatu di atas lantai. Terdapat dawai besi.

Aku merangkak perlahan lahan keluar dari bawah meja. Lelaki tadi sedang menelefon seseorang. Dia membelakangiku. Aku menapak ke arahnya tanpa membuat sebarang bunyi. Aku terjumpa penyuntik ubat tidur di atas meja Mark lantas menyuntik pada tengkuknya. Dia rebah ke atas lantai.

"Beratnya dia ni".

Aku mengangkat lelaki itu duduk di atas kerusi. Kedua belah tangannya diikat ke belakang kerusi dengan menggunakan dawai besi tadi.Sementara tunggu dia sedar aku mengambil handphonenya tadi.

Siapa yang dia call tadi?

"Zero".

Dia ada kena mengena dengan Zero. Mesti dia tahu rancangan Zero dan Uncle Bear. Fasal Irsa mesti dia tahu. Lama pula dia ni nak sedar. Aku melabuhkan punggung di atas lantai. Badannya tergerak gerak. Cepat betul dia sedar. Mungkin ubat tidur tu tak terlalu kuat.

"Kau siapa hah?! Kau yang bunuh Mark kan! Cakap!" Bersembur air liurnya pada muka aku. Nasib kau lah Aris siapa suruh duduk bawah kan dah kena mandi hujan.

"Kau orang Zero?" Matanya membulat seakan akan hendak terkeluar. Soalan aku mengejut sangat ke?

"Macam mana kau kenal Zero?" Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Apa punya ini orang.

"Mana Irsa?" Terus ke soalan utama.

"Kenapa kau nak tahu?"

Aku tidak menjawab soalannya. Aku turun ke makmal Mark. Lelaki tadi aku biarkan dia diikat pada kerusi. Bukan boleh lepas pun. Aku dah ikat cukup ketat tu. Aku mencari sesuatu yang boleh dijadikan bahan seksaan yang cukup seronok. Terdapat dua cawan yang berisi cecair.

"Hydrofluoric acid".

Aris (3)Where stories live. Discover now