Bab 15

3.7K 239 8
                                    


Baju hoodie putih dipakaikan ke badan serta hoodie disarungkan ke kepala. Mask dipakai menutup sebahagian muka. Cermin mata hitam dipakai. Settle. Sekarang aku perlu cari lokasi terakhir Uncle Bear atau pun Mark.

Maya? Aku tinggalkan dia dekat rumah dia. Aku tak beri dia ikut aku cari Irsa. Menyemak je. Nanti habis terbongkar perangai sebenar aku. Kau nampak luaran seperti orang normal but inside psycho menguasai diri aku. Aku perlu kawal tangan aku daripada membunuh lagi. Malas dah nak famous. Malas dah nak masuk rumah besi tu. Setiap malam asyik dengar orang melalak sana sini. Aku nak tidur pun susah.

Okay stop kisah fasal pengalaman aku duduk dalam penjara.

Tempat pertama yang perlu aku tuju sekarang ialah rumah Mark. Di situ kali terakhir aku dan dia berbual. Lepastu dia campak aku masuk dalam bangsal. Sebab apa dia campak dalam bangsal? Ingat fasal mayat bergantung tu? Fasal dua orang lelaki badan tegap tu? Aku dapat rasa Mark upah mereka berdua untuk bunuh aku seperti mayat lain dalam bangsal tu.

Tak sangka bijak juga si Mark tu. Ingatkan dia guna kepala otak dia yang bijak tu untuk menipu. Banyak strategi dia rupanya. Plan dia memang cantik. Dia memang dah bersepakat dengan Uncle Bear. Dia nak lengahkan aku. Tapi sedikit pun aku tak takut. Irsa lebih penting. Dah ramai orang aku kalahkan. Zero, Uncle Bear dan Mark. Mereka bertiga memang kuat dan berpengaruh.
Anak buah mereka ada di mana mana sahaja. Mark, anak buah dia semua jenis yang menipu. Uncle Bear, semua anak buah dia badan besar besar. Dan aku dah pernah kalahkan seorang anak buah dia dekat belakang restoran. Zero, anak buah dia semua kuat. Tapi akal ke laut semua.

Rumah banglo dua tingkat milik Mark berada di hadapanku sekarang. Keretanya sudah tiada. Di pagar rumahnya terdapat sehelai kertas yang diselitkan. Aku membaca isi kertas itu.

Rumah untuk dijual
Call nombor di bawah jika berminat
0179150624

Kertas itu dikonyokkan lalu dibaling ke bawah. Mark dan anak buahnya dah larikan diri. Tapi mereka ke mana? Nombor phone tadi. Aku segera menyalin nombor itu lalu menelefon. Talian disambungkan dan panggilan berjawab.

"Hello? Ni nak beli rumah tu ke?"

"Bukan. Aku nak beli nyawa kau".

"Hah?"

Aku mematikan panggilan. Aku call dia sebab aku nak pastikan yang nombor tu aktif. Sesi menggodam bermula. Berdasarkan nombor phone dia aku dapat kesan lokasi dia berada sekarang. Memudahkan kerja aku untuk jejak Mark.

"Amsterdam".

Tak ada lah jauh mana kau lari. Aku ingatkan dia lari ke South Africa ke apa. Jauh sikit. Dekat lagi bagus. Aku segera mengemas beg dan terus ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan aku hanya berjaga dan makan. Tak perlu tidur.

Amsterdam Airport Schiphol

Beg disandang ke bahu. Sasaran sekarang ialah Mark. Aku akan cari dia sampai ke lubang cacing. Siap lah kalau aku jumpa dia. Kenapa firasat aku mengatakan ada someone yang ikut aku ke sini? Perasaan je.

"Mark.....Aris datang".

******

Aris (3)Where stories live. Discover now