Bab 3

1.2K 24 0
                                    

Hikmah membelek baju longgok yang berselerakan di wagon pakaian. Kepalanya masih lagi memikirkan kenapa tiba-tiba Harraz mengajaknya keluar? Apa mimpi mamat tu agaknya? Tak pernah pun selama ni mereka berborak. Hanya bercakap tentang hal kerja sahaja.

Tetapi, kalau dia terima pelawaan lelaki itu tadi, confirm tak tahu apa yang nak dibualkan. Yelah, syarikat diorang tu mana la ada gosip-gosip sangat. Kawan berborak pun dia takde. Setakat Sila dengan Wawa aje. Itu pun budak sales. Jarand ada dekat ofis.

"Weih, awat hang ni? Dari tadi dok berangan aku tengok?" tegur Nisa sekali gus mematikan lamunannya.

Minah nikan, kalau nak tegur tu langsung tak bagi salam. Geram betul aku!

"Takde apa-apa la!" jawab Hikmah. Tangannya masih sibuk membelek baju pelbagai warna dan saiz. Haih, semua baju saiz kecil. Takde langsung saiz yang dia nak.

"Hang masih fikirkan hal budak lelaki tu ka?" tanya Nisa. Tadi, dalam perjalanan ke Jusco, Hikmah dok cerita pasal officemate dia, Si Harraz tu. Dari segi dia cerita macam Hikmah tu syok habis kat mamat tu.

"Eleh, aku dari tadi dok peratikan hang. Hang tak payah nak selindung dekat aku na. Hang tu kawan baik aku, tau. Jadi, aku dah faham sangat-sangat perangai hang tu. Kuat berangan," perli Nisa dengan selamba.

Amboi, minah ni! Cubit kang baru tau. Mulut tu kalau cakap macam takde insurans. Sabar aje la! Hikmah buat bodoh aje dengan kata-kata Nisa tu.

"Awat? Hang suka kat dia, kan? Betui dak?" Sekali lagi Nisa cuba mengorek rahsia hati Hikmah.

"Takdelah! Berborak pun tak pernah. Macam mana nak suka?" nafi Hikmah.

"Hang nikan, selalu sangat nak sangkalkan apa yang ada kat hati hang tu. Perasaan suka ni bukan setakat berborak aja, kadang-kadang orang cakap dari mata turun ke hati. Tu yang orang dok cakap cinta pandang pertama. Bila hati terpikat, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah tu.... hang tau dak?"

Bermadah pujangga pulak Si Nisa ni. Tersengih Hikmah mendengarnya. Kawan dia yang seorang ni memang bila bercakap, ada bunganya. Kalau yang bukan kaki jiwang dan sastera ni confirm tak faham maksud tersirat dia tu.

Hikmah tersenyum. Benda yang belum berlaku, tak tahu la nak cerita lebih-lebih. Nanti orang cakap buat cerita pulak. Lagipun memang betul aku dan Harraz tu tak pernah sekali pun berborak. Asyik bertikam lidah aje. Sama-sana ego. Nak tunjuk bagus. Tambahan pulak, aku bukannya suka sangat perangai si Harraz tu. Asyik baran tak bertempat. Tengah hari tadi, tak pasal-pasal mengamuk kat tempat aku. Dapat kerja baru lagi. Kerja dia pulak tu! Tak pasal-pasal aku jadi 'mak sanggup'. Geram pun ada lagi ni. Tapi, bila tengok muka handsome mamat tu tadi, sejuk pulak hati ni. Hilang segala kemarahan yang bersisa akibat stres dengan kerja yang bertimbun. Haih, malas la nak fikir. No cintan-cintun okey!

  Sedang asyik mencari baju pilihan, tiba-tiba matanya tertancap pada satu pasangan di bahagian pakaian lelaki. Dilihat begitu mesra pasangan dua sejoli itu. Apabila lelaki itu menghadap ke arah dia, Hikmah tersentak. Harraz!!? Dia buat apa dekat sini? Errrr... cun jugak awek dia. Macam model. Tapi, seksi banget sih!

  Hikmah tersenyum sinis. Lelaki! Pantang nampak perempuan seksi, semua dia kebas. Awek dia kut? Dasar lelaki gatal! Dah ada awek, masih sempat nak ajak aku pergi hi-tea tadi. Nasib baik aku tak terima pelawaan dia. Kalau tak, aku ni stok awek yang ke berapa agaknya? Eh? Apesal aku nak perasan tiba-tiba ni? Dia baru aje ajak minum. Bukannya mengurat aku pun! Entah-entah dia memang ikhlas nak belanja aku tadi? Itu pun hanya sebagai seorang kawan sekerja. Tiba-tiba nak tacing bagai apesal? Lantak dia la nak keluar dengan awek mana. Entah-entah itu memang awek dia. Sepadan la tu. Dia pun handsome. Tinggi dan bergaya. Kalau nak padankan dengan aku ni, memang tak sesuai la kut. Aku ni bukan pandai bergaya sangat.

Perfect Match!Where stories live. Discover now