BAB 9

714 20 2
                                    

Harraz masuk ke dalam pejabat. Hatinya berlagu girang.

"Hai, Harraz? Late today?" tegur Miss Celina, salah seorang staf di situ.

"Emergency la. Mr Syah dah ada kat ofis ke?" tanya Harraz untuk mendapatkan kepastian. Mati la kalau Mr Syah sampai awal daripada dia.

"No. He has a meeting outside. Maybe he will be here after lunch," beritahu Miss Celina.

Harraz menarik nafas lega. Nasib menyebelahi dia hari ini. Dapat la dia berehat seketika di bilik nanti. Harraz berjalan melalui meja Hikmah sebelum ke biliknya. Dia rindukan gadis itu. Sehari tidak menjenguk, rasa lain pula . Senyuman yang sentiasa terukir kembali kendur. Hikmah tak ada di tempatnya. Dia mengerling ke arah Addy yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya.

"Where is Hikmah?" Tanya Harraz kepada Addy.

Lelaki itu tidak membalas. Hanya mengangkat bahunya sahaja tanda tidak tahu.

"Is she around?"

"I don't see her this morning." Addy masih lagi fokus dengan kerjanya.

Harraz menggelengkan kepalanya. Lelaki di hadapannya ini memang tak berkawan dengan orang. Susah hidup kalau sering buat hal sendiri.

Kakinya segera melangkah ke bilik. Briefcase diletakkan di atas kerusi. Dia mencapai telefon bimbitnya. Rasanya tadi dia baru sahaja bercakap dengan Hikmah . Dia ingatkan gadis itu sudah berada di pejabat. Punat nombor ditekan. Dia perlu tahu di mana Hikmah berada sekarang.

Panggilannya berjawab.

"Helo, Hikmah. You dekat mana?"

"Saya dekat luar."

Kening Harraz berkerut. "Buat apa dekat luar?"

"Client's site. Ada masalah sikit."

Harraz melihat jam yang terletak kemas di tangan kirinya. Baru pukul sembilab setengah pagi sudah ada dekat site? "Okey... masuk ofis tak?"

Diam seketika.

"Helo, Hikmah. Are you there?"

"Saya call awak kejap lagi. Saya busy ni. Bye!"

Klik! Belum sempat dia membalas, Hikmah sudah nemutuskan talian. Harraz mendengus kasar.

Addy yang berada di situ hanya menggelengkan kepala. Satu lagi pasangan bercengkerama di hadapannya. Semak betul! Matanya mengekor langkah Harraz yang menahan marah masuk ke biliknya. Dia tersenyum sinis. Macam-macam hal!

Hikmah menghela nafas panjang. Sibuk betul pak cik ni telefon aku pagi-pagi. Nak buat kerja pun susah. Dah la seawal lapan setengah pagi tadi telefon minta aku beritahu Mr Akmal yang dia masuk lewat. Ingat aku ni secretary cabuk dia ke? Desis hatinya. Bihun goreng di hadapannya disuap ke dalam mulut. Nak makan pun tak senang!'

Sedang Hikmah sibuk melayan bihun goreng seorang diri di kedai makan berhampiran ofisnya itu, tiba-tiba dia terpandang seseorang. Terbujat dia melihat lelaki yang amat dikenalinya itu. "Haqiem?"

Diperhatikan lelaki yang memakai baju kemeja biru dengan vest hitam serta bertali leher biru gelap. Sekilas dia mencapai sapu tangan dari dalam beg sandangnya lalu ditutup separuh mukanya dengan sapu tangan tersebut.

Haqiem berjalan melaluinya tanpa menyedari akan kewujudannya di situ. Haishh.. hilang mood dia seketika bila terpandang abang tirinya itu. Tapi, handsome pulak dia tengok. Haqiem memakai cermin mata berbingkai tebal. Walaupun nampak macam nerd namun, tetap smart. Tapi sayang. Muka aje handsome tapi poyo! No good.... no good!

Perfect Match!Where stories live. Discover now