Bab 20

446 10 1
                                    

SAMPAI sahaja di ofis, perkara pertama yang dibuat oleh Hikmah adalah pergi ke bilik Harraz. Entah kenapa dia sangat rindukan lelaki itu sedangkan semalam mereka sudah bertemu.

Kelihatan Harraz sedang khusyuk membuat kerja.

Hikmah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. "Harraz!"

Spontan Harraz mengangkat mukanya, memandang Hikmah yang menghampiri mejanya.

"Makan jom," ajak Hikmah sambil tersengih.

Namun, Harraz hanya diam membisu.

Hikmah kehairanan. Hai, apesal tiba-tiba lelaki depan dia ini diam aje? Marah ke?

"Awak okey ke Harraz?" tanya Hikmah lalu dilambai-lambaikan tangannya di hadapan Harraz.

Harraz mendengus. Dia sudah berjanji dengan Medina untuk tidak bertemu dan bercakap dengan Hikmah.

Tetapi, apa yang mampu dia lakukan? Mereka berdua sememangnya satu pejabat. Mustahil untuknya mengelakkan diri daripada Hikmah.

"I banyak kerja ni. Boleh tak you keluar and please dont interupt me at the moment," pinta Harraz dengan wajah yang sangat serius.

Berubah air muka Hikmah. Apakah sebenarnya yang dah berlaku ni? Semalam okey aje mamat ni. Tapi, kenapa sekarang nak buat muka tegang sebegini rupa? Tak faham la.

"Hmmm... okey la. I keluar dulu," pamit Hikmah.

Rasa kecewa pun ada dengan sikap Harraz itu. Bila dia suka, mula la gatalnya menyerlah. Bila diperlukan, masa tu la sibuk ambil hati dia. Tapi bila dah benci, pandang pun tak hingin! Macam ni ke lelaki zaman sekarang?

Belum sempat Hikmah keluar dari bilik Harraz tiba-tiba Mr Akmal datang menemui mereka.

"Thank God both of you are here."

Ketara riak lega terpamer pada wajah bos mereka itu.

Harraz bangun dari kerusinya. "Kenapa boss? Do we have any problem?"

Hikmah juga tertanya-tanya.

"Can you both meet Mr Syah at Port Dickson today?" pinta Mr Akmal membuatkan Hikmah dan Harraz saling berpandangan.

"For what purpose boss?" tanya Harraz untuk memahami lebih lanjut tujuan mereka perlu ke sana.

"Meeting with IT staff at Majlis Perbandaran Port Dickson. We will discuss about windows application's project. So, he needs you to be there," beritahu Mr Akmal.

"Kami berdua aje ke, Mr Akmal?" Tiba-tiba Hikmah menyampuk.

"Yes, at the moment. Dont worry. It's just a kick-off meeting. It will not take the whole day."

Mata mereka saling memandang sesama sendiri.

Hikmah tersenyum. Nampaknya dapatlah mereka berdua keluar dating sekejap lagi.

"By the way, please carpool. Kita kena jimat." Sempat lagi Mr Akmal berpesan sebelum meninggalkan bilik Harraz.

Ceh, kedekut betul syarikat ni. Nak pergi Port Dickson pun kena kongsi kereta ke? Bukannya luak sangat kalau setakat nak cover duit minyak dengan tol untuk dua kereta. Hikmah menggaru kepalanya. "Kita nak naik kereta siapa? Awak atau saya?"

Harraz berfikir sejenak. Bertambah serabut rasanya bila dapat berita secara tiba-tiba macam ni. Lebih-lebih lagi bila teringatkan amaran Medina semalam membuatkan hatinya berbelah bahagi. Bak kata pepatah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

"Errr... naik kereta I la." Balas Harraz.

Ah! Taram aje la. Nanti pandai la dia nak beri alasan dekat Medina. Bukan kehendak dia.

Perfect Match!Where stories live. Discover now