Bab 18

400 10 3
                                    

" BILA kamu nak berkahwin, Harraz?"

Tiba-tiba sahaja persoalan itu keluar daripada mulut mama.

Eh? Sejak bila mama begitu ambil berat pasal kahwin ni? Jarang sekali mama nak bertanya.

"Kenapa mama tiba-tiba tanya ni?" Soal Haqiem mendapatkan kepastian.

Mama tersenyum. "Kamu dah 29 tahun, kan? Tahun depan dah 30. Tak terfikir ke nak kahwin?"

"Ala mama ni, Haqiem masih muda lagi..." sungut Haqiem. Bukan dia tak mahu kahwin tapi, entah la. Hatinya seolah-olah tertutup untuk siapa-siapa pun.

"Muda? Umur macam kamu ni sepatutnya dah ada anak dua tahu?" Sengaja mama membakar perasaan Haqiem.

Rasa nak tergelak pula bila mama cakap umur dia dah ada anak dua. Muda lagi kut? Haqiem tersenyum sinis.

"Mama teringin nak tengok anak mama ni kahwin. Mama tahu yang kamu tak boleh lupakan arwah Fatihah tapi, hidup ini perlu diteruskan walaupun jodoh kamu dengannya takde di dunia. Haqiem tak boleh terus menghukum diri."

Kata-kata mama membuatkan senyuman Haqiem mati tiba-tiba. Terbit rasa sedih dalam hatinya. Walaupun sudah hampir 5 tahun berlalu namun, kejadian hari itu masih segar dalam ingatannya. Bagaimana harus dia melupakan kisah cintanya itu? Masih teringat kata-kata terakhir Fatihah kepadanya.

"Kalau Allah tak tetapkan jodoh kita di sini, adakah abang akan lupakan Tiha?"

Haqiem tertunduk. Sehingga kini, dia masih belum mampu melupakan tunang kesayangannya itu. Kenangan bersama arwah terlalu indah hinggakan tiada siapa yang mampu menggantikan Fatihah dalam hidupnya.

"Mama minta maaf sebab sebut pasal Fatihah tiba-tiba. Mama tak nak tengok Haqiem sedih macam ni," pujuk mama membuatkan Haqiem tergelak kecil.

"Takde apa-apa la, mama. Apa yang mama cakapkan tu betul. Sampai bila Haqiem nak hukum diri Haqiem atas pemergian arwah, kan?"

"Anak mama ni kuat. Jadi, mama harap Haqiem tak mudah berputus asa," sokong mama.

Haqiem mengangguk. "Mama dah ada calon ke untuk Haqiem?"

"Haqiem yang nak kahwin, mama tak tahu ciri-ciri yang Haqiem cari. Adakah seperti arwah atau sebaliknya?"

"Arwah tiada tolok gantinya , mama. Nak cari gadis macam dia memang susah zaman sekarang ni."

Mama mengangguk.

"Hikmah?" Duga mama tiba-tiba.

Erk! Kenapa mama sebut nama itu?

"Hesy, mama ni. Dia, kan anak mama. Adik Haqiem. Takkan nak berkahwin? Tak mungkin kut?" tolak Haqiem beria-ia. Takkan nak berkahwin dengan adik sendiri?

Mama tersenyum nipis.

"Hikmah tu mama tak berapa risau tetapi, kalau boleh mama nak dia dapat suami sebaik kamu. Yang boleh membimbing dia ke arah yang baik," luah mama tiba-tiba.

Haqiem diam. Tak faham dengan apa yang cuba mama sampaikan. Dia yang macam hantu ni mama kata baik? Nak tergelak pun ada bila mama cakap macam tu.

"Mama jangan risau. Hikmah, kan ada Harraz. Lelaki itu insya-Allah, boleh bimbing dia." Balas Haqiem menyedapkan hati mama walaupun dalam fikirannya Harraz bukanlah lelaki yang terbaik untuk adiknya.

"Hopefully la, kan? Tapi, entah la. Haqiem, kamu buat la solat hajat. Tak pun solat istikharah kalau kamu ada calon kamu sendiri. Mama doakan yang terbaik untuk kamu."

Istikharah? Calon?

HIKMAH menutup pintu kereta Harraz. Puas betul hari ni dapat berjalan-jalan seharian. Kalau ikutkan hati, dia nak stay lama di situ. Lebih-lebih lagi dapat bersama dengan Harraz, jejaka kesayangannya.

Perfect Match!Where stories live. Discover now