Bab 26

461 14 0
                                    

"AKU terima nikahnya Hikmah Delisya biniti Khairi dengan mas kahwinnya dua puluh ringgit tunai.

Akad nikah akhirnya sempurna dilafazkan oleh Haqiem membuatkan Hikmah pasrah dengan kehendak Tuhan. Walaupun majlis pernikahan itu diraikan dengan penuh kegembiraan dan meriah namun , hanya Allah sahaja yang tahu betapa perit dan sakitnya menerima lelaki yang bukan dia cintai.

Haqiem mencium dahinya sebaik sahaja cincin disarung ke jari manisnya. Saat itu, tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya dicium oleh lelaki yang dibencinya. Kenapa harus Haqiem yang menjadi suami pilihan semua orang? Kenapa?

"Tahniah , Hikmah! Akhirnya hang kahwin dulu dari aku na...." ucap Nis usai majlis akad nikah.

Hikmah hanya mampu tersenyum walaupun tidaklah semanis mana. Dipaksa diri agar gundah-gulana dalam hatinya tidak disedari oleh sesiapa. "Terima kasih, Nisa. Korang bila lagi?"

"Dalam proses. Mungkin tahun depan. Kan, abang?"

Irfan di sebelah mengangguk setuju. "Insya Allah. Tak sangka, kan? Kami yang bertunang dulu tup-tup...kau yang single ni kahwin dulu dari kami. Dah tu, dengan abang tiri sendiri pulak."

Walaupun kata-kata Irfan itu bukan kata-kata perlian tetapi, menusuk ke dalam jiwa Hikmah.

Nisa mencuit pinggang tunangnya itu. Dia sedr yang Hikmah terasa. "Errrr....jom kita balik. Abang, pergi la salam dengan suami Hikmah tu."

"Hah? Okey...okey."

Sewaktu Irfan berlalu untuk bertemu dengan Haqiem, Nisa menasik Hikmah menjauhi orang lain. "Hang okey ka Hikmah?"

"Kau rasa aku okey ke?" balas Hikmah.

"Hang jangan buat muka lagu ni. Nanti orang tengok hang ni macam kena paksa kahwin aja."

"Memang pun..." Selamba sahaja Hikmah menjawab.

Sehingga ke hari ini hatinya masih separuh menerima apa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuknya.

Beberapa bulan sebelum berkahwin. Hikmah langsung tidak mengambil peduli soal persediaan majlis. Semuanya diuruskan oleh Haqiem dan keluarga. Dia tidak peduli apa ahli keluarganya akan fikir. Yang penting, dia puas dapat membuat Haqiem semakin sakit hti dengannya. Kau nak sangat kahwin dengan aku, kan? Kau terimalah sikap degil au ni! Padan muka!

"Hesy! Tak baik tau hang cakap lagu tu. Aku tengok Hqiem tu baik aja orangnya. Bersopan santun , cakap dengan orang tua pun tak meninggi suara. Hang patutnya lebih berbangga dapat suami macam tu," puji Nisa bertalu-talu membuatkan Hikmah rasa nak muntah mendengar.

Depan orang boleh la! Kau tengok bila dia dengan aku nanti, baru nampak perangai sebenar dia.

Entah kenapa tiba-tiba dirasakan tangannya digenggam oleh seseorang. Spontan darah naik mendadak membuatkan mukanya menjadi merah. Ditoleh ke sebelah. Hqiem dengan wajah selamba berdiri tercongok di sebelahnya sambil tersenyum.

"Ha, kami balik dulu na. Esok kami mai lagi. Tahniah Haqiem . Jaga kawan saya baik-baik na ! Dia ni walaupun degil tapi hatinya baik...."

"Hesy, kau ni!"

Mereka ketawa.

Haqiem memeluk bahu Hikmah dengan erat. "Insya Allah. Saya yang nak sangat kahwin dengan dia jadi saya kena sedia la terima baik buruk dia. Betul tak sayang?"

Haqiem memandang Hikmah membuatkan Hikmah mencebik.

Sayang? Pui! Meluat aku !

Sebaik sahaja kereta Nisa hilang dari pandngan, Hikmah segera menarik tangannya dari terus digenggam oleh Haqiem. Geli-gekeman pula rasanya bila disentuh oleh lelaki yang dibencinya ini. Nak menjaga air muka Haqiem punya pasal, ditahan sahaja.

Perfect Match!Where stories live. Discover now