Bab 4

1.1K 24 2
                                    

  Hikmah meletakkan dokumen yang diberikan oleh Harraz tempoh hari di atas meja lelaki itu. Seharian dia menyiapkan DFD (Data-Flow-Diagram) dan sunting sikit ayat dekat dokumen SRS (Software Requirements Specification) itu semalam. Nasib baik sempat siap.

  Baru sahaja dia hendak keluar dari bilik itu, mereka berdua bertembung. Mata mereka saling memandang antara satu sama lain. Lama. Beberapa saat kemudian, mereka tersedar. Masing-masing malu.

  "Errr..maafkan saya, Harraz. Saya dah siapkan kerja yang awak bagi tempoh hari. Saya dah letakkan kat atas meja awak tu," kata Hikmah gugup sambil menunjukkan dokumen setebal dua ratus muka surat di atas meja lelaki itu.

  Harraz mengangguk. Dia segera masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa. Pintu ditutup sebaik sahaja Hikmah keluar dari bilik itu.

  Hikmah terdiam. Kata terima kasih pun tidak! Sakit pula hati ni diperlakukan sebegitu. Hikmah menegluh lantas bergerak menuju ke mejanya. Sebaik sahaja duduk, dia membuka e-mel. Alangkah banyaknya e-mel yang masuk pagi itu. Kebanyakannya daripada bos mereka Mr.Syah. Hikmah membuka satu e-mel yang sememangnya ditujukan kepadanya.

Hikmah,

Kindly refer the attachment. Need to settle the additional requirement from Quantum Feeze Consortium. Any problem please let me know.

Thanks.

Mr.Syah.

  Dibuka lampiran yang diberikan. Sekilas dia terkejut. Hampir sepuluh muka surat penambahan yang diminta oleh client mereka. Semuanya nak kena siapkan secepat mungkin. Hai, tak tidur lagi la dia malam ni.

  Hikmah mengeluh. Dia menongkat kepala. Dipandang rakan sekerjanya di sebelah. Lelaki itu juga stres bila membaca e-mel yang diberikan oleh bos mereka. " Are you stress too , Adam?"

  Adam juga seorang programmer. Dia tersenyum pahit.

  "Yes! I'm deperessed now. Your boss is too crazy. He wants me to settle the code by today! What a nonsense!" kutuk Adam.

  "Pity you..." balas Hikmah. Bersimpati dengan nasib rakan sekerjanya itu. Tapi, nak buat macam mana? Mereka hanya makan gaji. Tak buat kerja,takde gaji.

  Kadang-kadang nak aje berhenti kerja dan cari kerja lain. Tetapi, disebabkan dengan masa yang dipenuhi dengan kerja, dia takde masa nak memohon kerja lain. Balik rumah, bila otak dah penat sah la terus tidur.

  Tiba-tiba Harraz keluar dari biliknya. "Hikmah!"

  "Masuk kejap!"

  Hikmah berkerut dahi. Aik? Pandai pulak berbahasa melayu dengan aku?

  Hikmah segera bergerak ke bilik Harraz. Sebaik sahaja sampai ke pintu, lelaki itu menyuruhnya duduk. Seperti lembu dicucuk hidung, dia duduk atas arahan. Macam bos pulak lagaknya. Wajah Harraz agak serius membelek-belek dokumen yang disediakan oleh Hikmah itu sehelai demi sehelai. Hikmah menanti dengan penuh sabar. Dalam hati rasa takut pun ada. Mamat ni nak puji aku ke nak marah aku?

  "Good job! I like your work! Thank you so much!" ucap Harraz lantas tersenyum ke arahnya.

  Hikmah mengetap bibirnya. Alahai....

  "But i need you to do something for me." Muka Harraz kembali serius.

  Hikmah berkerut dahi. Something? Lain macam aje dengar? "What?"

  Harraz tersenyum sinis.

  "Please don't say anything during meeting this morning. Let me present the details alone," pinta Harraz dengan serius.

  Hikmah terdiam. Ni kes nak beritahu yang kerja tu kau yang buat la ye? Hatinya jadi sakit tiba-tiba. Dia yang penat-penat buat tetapi, senang-senang aje lelaki itu yang dapat nama.

Perfect Match!Where stories live. Discover now