Bab 12

632 19 0
                                    

SEBAIK sahaja keluar dari lif , Haqiem segera masuk ke dalam pejabat. Tali leher yang tidak kemas di lehernya dibetulkan sambil berjalan melalui meja setiausaha, merangkap gadis paling hot di pejabat mereka.

Serina yang sedang sibuk membetulkan rambutnya di hadapan cermin tersedar kehadiran Haqiem lalu segera memanggil jejaka itu . "Haqiem!!"

Langkah Haqiem terhenti seketika. Apa lagi minah gedik ni nak? Dia memusingkan badannya lalu memaksa diri tersenyum memandang ke arah Serina yang ketika itu sedang berjalan mendekatinya. Serina yang memakai dress hitam dan berskirt pendek paras paha amat 'menyesakkan' mata Haqiem. Lagi lama dipandang paha gadis itu, bertindan-tindan la dosa yang perlu ditanggung.

Serina memegang kemeja biru yang dipakai oleh Haqiem.

"Lambat you masuk hari ni?"tanya Serina lembut dan manja.

Berdesir telinga Haqiem bila gadis itu cuba membuat aksi menggoda dengannya.

" I hantar adik I pergi kerja tadi," jawab Haqiem . Badannya masih kaku tidak bergerak. Hanya Serina yang berjalan mengelilinginya. Tangan lembut gadis itu masih lagi memegang baju kemejanya. Bau wangi gadis itu menyengat hidungnya.

"Ohh... I see. You dah breakfast? Jom kita pergi breakfast?" ajak Serina.

Haqiem memandang jam di tangan.

"Sorry Serina. I'm quite busy now. You ajak orang lain aje la ye? I ada kerja," tolak Haqiem denga baik sebelum meninggalkan Serina terkapai-kapai di situ lalu bergerak masuk ke dalam biliknya.

Serina mendengus geram! Tidak pernah lagi ada orang yang menolak pelawaannya. Tetapi, kali ini lelaki yang diidamkan sangat berbeza. Haqiem bukan seperti lelaki yang dia kenali. Kebanyakan lelaki yang mendampinginya umpama sekali petik, sepuluh yang mari. Serina mengetap bibirnya. Lelaki sekacak Haqiem amat sukar ditawan. Lelaki itu terlalu mahal tetapi, dia suka! Satu cabaran buatnya.

Serina tidak mengaku kalah. Dia menghampiri bilik Haqiem lalu diketuknya. Apabila Haqiem memberi kebenaran untuk masuk, dia segera membuka pintu. "Do you want coffee, Haqiem?"

"Oh, it's okay. I dah suruh tea lady sediakan. You tak perlu susah-susah."

Sekali lagi Haqiem menolak membuatkan hati Serina bengkek. Dia mula membuat muka cemberutnya itu. Dilihat sekeliling . Macam biasa, orang akan mengata dan berbisik tentang perangainya. Huh, do I care?"

"So, if you need anything...just call me. Okay?" Pamit Serina sebelum menutup pintu bilik Haqiem.

Haqiem terpaksa membuat muka manis sebaik mungkin agar tidak terlalu ketara perasaan menyampahnya dengan telatah Serina itu. Tak cukup skandal dengan bos sendiri, masih lagi nak mengurat orang lain. Oh, please!

Haqiem menggelengkan kepalanya lalu membuka lap-top untuk memulakan kerjanya. Seperti biasa, pagi itu dia hanya makan biskut dan Milo panas sahaja kerana dia perlu menyiapkan rekaan untuk backdrop pameran produk baru syarikatnya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

MESYUARAT mereka pagi itu akhirnya selesai sudah.

Hikmah melepaskan nafas lega. Walaupun dia lewat supuluh minit namun, hasil kerja yang dia lakukan begitu memuaskan hati Mr.Akmal . Nasib hari ini mood Mr . Akmal agak baik, ditambah pula apabila melihat keadaan sistem yang mampu berjalan dengan stabil. Bertambah-tambah la bersinar muka Mr.Chan ni.

"Good job, Hikmah. I'm impressed!" puji Mr.Akmal.

"Thanks, Mr.Akmal."

"Well done, Hikmah! I'm also impressed dengan sistem yang you buat ni." Kali ini Mr. Syah pula memuji.

Perfect Match!Where stories live. Discover now