Bab 15

553 16 0
                                    

HIKMAH membuka pintu rumah sewanya.

Nisa Sahira yang sedang menonton televisyen ketika itu terkejut apabila melihat kelibat Hikmah di muka pintu.

"Eh, hang ka Hikmah! Terkejut aku dibuatnya. Aku ingat siapa la. Baru nak pi ambik kayu penyapu kat belakang tu tadi," seloroh Nisa Sahira membuatkan Hikmah ketawa tiba-tiba.

Minah ni asal dia balik aje ade aje lawaknya.

"Nisa....rindu dekat aku tak?" tanya Hikmah lantas didepangkan tangannya. Mengharapkan agar Nisa Sahira memeluknya saat itu. Entah kenapa dia sangat perlukan Nisa Sahira waktu ini.

"Haruslah! Hang dah sebulan tak balik tau! Mati kutu aku dekat sini sorang-sorang!" Luah Nisa Sahira lantas memeluk Hikmah seerat-eratnya.

Rindu benar dia kepada best-friend-forevernya itu. Mana tidaknya. Rakan serumah mereka, Marlisa sudah dua minggu pindah. Dan dia pula takde hati hendak mencari rakn serumah baru. Bosan betul dia duduk di rumah bila Hikmah tidak ada. Nasib baik Irfan rajin ajak dia keluar makan setiap kali balik kerja. Kalau tidak, lagi stres dia di rumah.

"Aku pun rindu dekat kau!"

Pelukan mereka dileraikan. Hikmah menari begnya masuk ke dalam dan menutup pintu rumah mereka . Mereka bergerak ke ruang tamu.

"Hang okey ka ni Hikmah?" soal Nisa Sahira tiba-tiba.

Hikmah tersenyum hambar. "Okey aje."

"Aku tak percaya la. Aku tengok hang ni macam ada masalah. Hang gaduh lagi dengan abang tiri hang?" Teka Nisa Sahira.

Entah kenapa kali ini Hikmah tidak boleh nak selindung perasaannya itu. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jatuh ke pipi. Terus dia memeluk sahabatnya itu.

Nisa Sahira mengeluh. Hikmah... Hikmah. Faham benar dia dengan perangai Hikmah.

"Kenapa dia benci sangat dengan aku ye? Apa salah aku pada dia?" Luah Hikmah. Dia sudah tidak tahan lagi.

Nisa Sahira mengusap perlahan belakang badan Hikmah bagi melegakan perasaan gadis itu. Dia sangat bersimpati dengan Hikmah. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana dia sendiri tidak mengenali siapa Haqiem yang sebenarnya. "Apa lagi yang dia buat dekat hang?"

Hikmah meluahkan semua yang terbuku dalam hatinya sejak pulang ke rumah mama. Apa yang dia tidak puas hati. Segala-galanya diluahkan agar hatinya yang serabut dengan Haqiem hilang malam tu juga. "Aku tak tahu apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku."

"Aku rasa dia bukan tak puas hati."

Hikmah berkerut dahi. "Maksud kau?"

"Aku rasa dia suka hang la...."

"Hah???!!"

Rasa nak tergelak bila Nisa Sahira mengatakan yang 'pak cik tua' itu suka padanya. 'Pak cik tua' itu suka dekat dia? Suka dia?! Simpang malaikat 44. No way!

"Aku cakap betul la!" Serius muka Nisa Sahira bila Hikmah tidak mempercayai kata-katanya.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

Nisa Sahira mengeluh.

"Hang nikan... cuba hang pikiaq balik. Kenapa abang tiri hang tu bertungkus lumus pi baiki hang punya kereta sampai sanggup ambik half day? Kenapa dia tiba-tiba marah dekat hang bila hang cakap yang hang dah jatuh cinta dekat Harraz? Hang tak perasan ka?"

"Dia marah sebab dia jealous. Dan dia tolong aku pun sebab dia nak tunjuk dekat mama yang dia tu anak yang baik! Kononnya..." Hikmah meluat. Matanya dijulingkan ke atas.

"Nope! Hang salah! Firasat aku mengatakan yang dia suka dekat hang. Dan dia buat semua tu sebab nak tarik perhatian hang. Dan malam tu dia marah hang maybe sebab dia jealous. Jealous sebab hang suka orang lain. Bukan dia. Full stop!"

"Hesy kau ni! Aku cerita semua kat kau, sebab aku nak kau sama-sama tolong aku cari jalan penyelesaian. Bukan menambahkan serabut kat kepala aku ni!"

"Ni sama-sama cari jalan penyelesaian la...."

Hikmah tidak faham apa yang Nisa Sahira cuba sampaikan. "Maksud kau? Aku tak faham!"

"Hang sabaq aja la, Hikmah. Layankan aje abang hang tu...."

Hikmah mendengus lantas bangun dari duduknya.

"Ni bukan jalan penyelesaian. Isy, kau ni! Malas aku nak fikir. Aku naik atas dulu la! Serabut...serabut!" bentak Hikmah lantas mengangkat beg pakaiannya masuk je bilik. Baik dia mandi dan sejukkan badannya. Stres bila fikir soal Haqiem.

"Eee... aku cakap betul la! Sabaq tu separuh dari iman tahu dak?" Gurau Nisa Sahira namun, kata-katanya itu tidak dilayan oleh Hikmah. Sekejap sahaja gadis itu hilang dari pandangannya. Mak aih, berdesup masuk ke bilik.

Kedengaran pintu bilik ditutup. Nisa Sahira menggelengkan kepalanya. Hai la Hikmah, aku cakap hang tak caya! Hang tengok la nanti betoi atau tak apa yang aku habaq kat hang ni, bisik hati Nisa Sahira. Dia percaya yang abang tiri gadis itu betul-betul sukakan Hikmah.

ESOKNYA, Hikmah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sempat lagi Nisa Sahira menyiapkan sarapan untuknya.

Nisa Sahira agak terkejut bila melihat mata sahabatnya itu sembap. Ni mesti menangis semalam ni. Alahai, kesian dia. "Hang menangis lagi ka malam tadi?"

"Mana ada..." jawab Hikmah perlahan sambil mencapai roti di dalam plastiknya kemudian diambil majerin berhampiran. Tiba-tiba dia menggosok hidungnya. Seperti selesema lagaknya.

"Hang nak tipu aku la...kan?"

Hikmah tersenyum nipis. Sudah lama mereka duduk serumah. Nisa Sahira sudah boleh baca perasaannya melalui wajahnya. Nanti , kalau Nisa Sahira dah berkahwin tentunya dia tiada kawan untuk berkongsi rasa. "Aku masih tak boleh lupa."

Nisa Sahira menggelengkan kepalanya. "Kenapa hang nak ambil perkara ni terlalu serius, Hikmah? Hang hanya perlu berdoa semoga dibukakan pintu hati abang hang tu untuk terima hang seadanya."

"Aku tahu....tapi..."

"Tak apalah. Hang pi kerja, hang pi layan marka hang... Si Harraz tu. Confirm hang lupa masalah hang." Usul Nisa Sahira lalu memasukkan roti yang telah disapu kaya ke dalam beg kertas bersama dengan air kopi panas yang dibuatnya. "Aku pi kerja dulu na. Jumpa petang nanti. Bye!"

"Bye." Sepatab sahaja yang dibalas oleh Hikmah.

Apa yang dikatakan oleh Nisa Sahira itu ada betulnya. Daripada dilayan rasa tidak puas hati tu, memang sampai esok pun takkan habis. Lebih baik dia pergi kerja. Sekurang-kurangnya dapat dia lupakan sekejap masalah keluarganya itu.

#korang dengar la dulu lagu tu

Perfect Match!Where stories live. Discover now