Bab 19

346 13 0
                                    

  Harraz membuka pintu rumahnya. Dia berasa sangat gembira hari ini. Dia dapat keluar bersama Hikmah dan menghabiskan masa bersama. Namun, dia kehairanan. Sebaik sahaja pintunya dibuka, lampu rumahnya menyala. Eh? Ada orang di rumah? Adakah Medina sudah pulang?

  Kakinya melangkah masuk dan menutup kembali gril dan pintu. Medina yang sudah tercongok duduk di atas sofa memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam. Harraz agak terkejut apabila melihat beg pakaian Medina yang disandarkan di tepi dinding.

  "Medina... bila balik?" tanya Harraz . Dia hairan. Kenapa Medina tidak menelefon dia terlebih dahulu untuk pulang?

  "Where have you been?"

  Spontan Medina bertanya sambil kakinya yang putih melepak tanpa cacat cela itu disilangkan. Mukanya masih tenang memandang Harraz namun, ada sedikit kemerahan seperti menahan marah.

  "Errr... keluar dengan kawan." Harraz gusar.

  Pertanyaan Medina kali ini seolah-olah serius pula.

  "Dengan siapa?"

  "Kawan la. De....dengan Arif," bohong Harraz.

  Takkan nak cakap yang dia keluar dengan Hikmah? Nak mampus?

"You're lying to me!" suara Medina, agak keras.

  "What's wrong with you, Medina? Kenapa balik tak beritahu I?" Harraz cuba menukar topik.

Medina tersenyum sinis. Dia bangun. "Should I? Kalau I beritahu you, tentu you akan menipu I lagi!"

"Tipu apa ni? I tak faham....."

"Sudah la Harraz! Enough! Sampai bila you nak curang di belakang I?"

Wajah Harraz berubah. "What do you mean?"

"Huh! What do I mean?" Medina mengajuk. Dia mengambil sampul surat di atas meja lalu dikeluarkan beberapa keping gambar lantas dilemparkan ke arah Harraz. "Look at this! Who's that girl? Sampai hati you mainkan I ye!"

Harraz hanya melihat gambar dia bersama Hikmah yang bertaburan di atas lantai. Sekilas, dia tersenyum sinis.

"So, you don't trust me? Look, Medina. She's only my friend. Not more than that."

Harraz cuba menjernihkan keadaan . Kalau boleh dia tidak mahu Medina berfikir yang dia curang di belakang gadis itu.

"Friend? Cukuplah Harraz! I dah tak larat tau! Kalau you dah tak suka pada I, why not we break up aje daripada you selalu sangat tipu I."

"I takde apa-apa perasaan pada dia. Sayang, i know you mad at me. But please. I buat semua ni sebab I..."

"Sebab apa?!!"

Harraz mengetap bibirnya. Ditelan liur untuk mengurangkan rasa serba salahnya. "Sebab I sunyi. You selalu travel sana sini. You takde masa untuk I. And I need someone to be with me, to take care of me. Kebetulan I baik dengan dia, sebab tu kami selalu keluar bersama."

"Itu bukan penyebab untuk you curang dengan I, Harraz. I pun sayangkan you. You ingat I travel sana sini, I lupakan you? You are always on my mind. Kalau I fly pun, I selalu hantar e-mel pada you. Semua ni tak cukup ke pada you?!"

" I need you to be here! Not anywhere!"

Medina menggelengkan kepalanya. "How long have we been together?"

"Five years. Why?"

"Five years... dan you masih tak memahami I, sayang!"

Harraz terdiam.

"Begini la, Harraz. If you love our relationship, promise me not to see her again."

"Macam mana I nak elak jumpa dia sedangkan kami bekerja kat tempat yang sama?"

Perfect Match!Where stories live. Discover now