Bab 30

444 9 1
                                    

HIKMAH masuk ke dalam bilik sewaktu Haqiem sedang menunaikan solat asar. Dia terkejut. Kata balik lewat tetapi, kenapa lelaki itu pulang awal?

Haqiem memberikan salam terakhir sebelum dia memandang tajam ke arah Hikmah.

Hikmah pura-pura tenang seperti tidak ada apa yang berlaku. Beg tangannya diletakkan di atas katil. Dia membuka tudung.

Haqiem bangun dari sejadah dan menyidai sejadahnya di atas palang penyidai. "Kau ke mana?"

Lembut tetapi, tegas soalan itu.

Alamak!  Apa nak jawab ni?

"Errr... keluar kejap... " jawab Hikmah tergagap.

"Kenapa tak beritahu aku yang kau nak keluar?"

"Kejap aje. Bukan lama pun. " Hikmah menjawab.

Haqiem memegang kedua-dua belah bahu isterinya.

Mata mereka bertentangan. Entah kenapa hatinya rasa lain. Ya Allah, janganlah Kau lahirkan perasaan ini andai pengakhirannya aku akan terluka.

"Kejap ke, lama ke... Kau tetap kena mintak izin aku. Kalau tidak, selangkah kau keluar...  dosa yang akan kau tanggung, " tegur Haqiem. "Lain kali jangan buat lagi. "

Haqiem mencapai tuala lalu membuka baju di hadapan Hikmah.

Buntang mata Hikmah melihat. Isy, dia ni!  Nak bukak baju, pergilah ke tempat lain.

"Jangan nak malu sangat la!  Kau dengan aku bukan siapa-siapa pun... " perli Haqiem lalu masuk ke dalam bilik air.

Hikmah mencebik. Geram sungguh bila Haqiem selamba cakap macam tu. Matanya dijulingkan ke atas. Apa-apa aje la!

Haqiem membiarkan dirinya disirami air dari shower. Hatinya terdetik kecewa. Dia tahu Hikmah mesti berjumpa dengan Harraz. Hatinya kuat mengatakan perkara itu walaupun Hikmah tidak berkata apa-apa. Ah!  Kenapa harus dia cemburu? Dia bukan sukakan adik tirinya itu.

Eh? Aku perlu cemburu. Dia isteri aku!  Dan aku tak boleh biarkan dia buat benda tak baik di belakang aku!

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk kasar. Oh, mak kau terkejut! "Apa hal? "

"Aku turun bawah! Nak sediakan makan malam! " Jerit Hikmah dari luar.

"Yelah! "

Ganas betul minah ni. Nak turun bawah boleh pulak minta izin aku. Keluar tadi, tak minta izin pun. Ke.... Dia perli aku ni?  Cis!

SEBAIK sahaja solat berjemaah di masjid selesai, Haqiem mencari tempat di hujung penjuru. Papa yang sudah selesai berdoa mendekatinya.

"Haqiem, papa nak balik ni. Ada hal. Kamu nak balik sekali ke?" tanya papa.

"Takpe la papa. Haqiem ingat nak tunggu Isyak baru balik. Kalau papa nak balik, papa balik la dulu... " ujar Haqiem.

"Okey, kalau macam tu papa balik dulu ye. Tu along kamu pun ada, " pesan papa lantas menuding ke arah Abang Long Asyraf yang sedang menunaikan solat sunat.

Haqiem mengangguk. Matanya mengekori gerak langkah papa keluar dari masjid. Dia bersandar di dinding. Menanti Abang Long Asyraf selesai sembahyang. Dalam pada menunggu, dia terlelap seketika.

"Haqiem... " panggil Abang Long Asyraf membuatkan Haqiem terjaga.

"Oh, along. " Mata Haqiem terpisat-pisat. Dia membetulkan duduknya lalu memberi laluan Abang Long Asyraf duduk di sebelah.

"Penat sangat kau ni. Balik solat dekat rumah aje."

Haqiem tersengih. "Kalau balik rumah, confirm aku tidur. At least lepas solat Isyak ni lega sikit. Sampai rumah aku nampak katil aje... "

Perfect Match!Where stories live. Discover now