Bab 2

1.7K 32 0
                                    

Sejak dari tadi Hikmah sibuk menyiapkan kerjanya. Langsung tidak memandang kiri atau kanan. Memang betul-betul fokus. Dalam sejam menyiapkan kerja, dia berehat seketika apabila penat menjengah. Dibuka laman Facebook untuk mengusya dan membaca informasi-informasi terkini yang diupdate oleh teman-temannya. Ada yang meluahkan perasaan, ada yang share benda-benda ilmiah dan ada juga yang berkongsi gambar untuk tatapan kawan-kawan Facebook.

Sedang asyik scroll down page Facebook tersebut, tiba-tiba matanya tertancap pada satu gambar profil. Gambar seorang lelaki yang dahulunya pernah bertakhta di hatinya sewaktu belajar di Universiti Putra Malaysia. Hatinya terdetik untuk melihat profil lelaki itu. Takut sekiranya dia tersalah orang. Memang sah!  Putera Rayyan. Gembiranya lelaki itu di samping gadis di sebelahnya. Sudah berkahwinkah dia? Hikmah mengetap bibir. Lelaki-lelaki yang dikenalinya selama ini semuanya sudah pun berumah tangga. Tetapi... Dia?

Sedih menerpa lagi. Sudahlah semalam terkenangkan Yusuf . Sekarang ni, Putera Rayyan pula. Untungnya menjadi seorang lelaki zaman kini. Tak payah pening kepala mencari pasangan sebab calon perempuan zaman sekarang ni ramai. Kalau diberi pilihan, yang baik tu ramai. Tak susah untuk memilih. Astaghfirullahalazim! Kenapa perlu menyesal menjadi seorang perempuan? Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lahir sebagai seorang perempuan atau lelaki, masing-masing ada bahagiannya.

Hikmah beristighfar. Dia seperti sudah putus harapan dengan manusia bernama lelaki. Nak kata dia ni seorang yang agak memilih, tidak pula. Dia tidak kisah siapa lelaki itu pun asalkan baik, bertanggungjawab. Dan yang paling penting, dia ada agama.

Mata Hikmah khusyuk melihat gambar-gambar di profil Putera Rayyan.

Hari terindah kami : 8 May 2011.

Hatinya terusik sedikit apabila melihat tarikh tersebut . Itulah tarikh yang dia pernah rancang dengan Putera Rayyan suatu ketika dahulu. Kata Putera Rayyan, tarikh itu adalah tarikh yang paling bermakna bagi mereke berdua. 8 bermaksud 8hb July 1985 sempena hari jadinya dan Disember sempena 25hb Mei 1985 yang merupakan tarikh hari jadi lelaki itu pula. Tetapi, mereka menjangkakan tarikh perkahwinan mereka pada tahun 2010. Namun, semuanya hanya perancangan semata. Ketentuan adalah dari Allah jua. Dia pasrah. Sebaik-baik perancangan adalah datangnya dari Allah. Dia tumpang gembira seandainya lelaki itu gembira.

Dum!

Terkejut Hikmah apabila dokumen sebanyak dua ratus muka surat itu dihempas di atas mejanya. Harraz! Kus semangat.

"What?!" tanya Hikmah, tidak berpuas hati. Pantang baginya bila disergah sebegitu rupa. Cubalah beri salam dulu. Ini, tidak. Lelaki itu masih dengan muka toya dan masamnya.

"What? You asked me what? I have warned you before, do not access any kind of social network during working hours! Ring a bell? " tanya Harraz dengan nada marah sambil mencekak pinggang.

Pergh! Speaking English konon! Satu perangai yang paling Hikmah benci. Berlagak bagus! Tahulah syarikat ni bukan syarikat Melayu. We have to speak in English all the time. Kalau bercakap dengan aku, tak perlu kut nak speaking bagai. Bahasa melambangkan bangsa. Kau orang Melayu, cakap Melayu sudah! Dah suka sangat nak ikut barat tu buat apa?

"Apa ni? Tak boleh cakap baik-baik ke? " getus Hikmah.

Harraz tersenyum sinis.

"You should speak politely! Please settle this SRS (Software Requirements Specification) and DFD ( Data-Flow-Diagram) by today. Understand? " Arah Harraz sebelum berlalu dari meja Hikmah.

Hikmah mengetap bibir. Sengal! Takkan aku nak berkampung kat ofis ni sorang-sorang? Membara aje rasa bila diperlakukan sebegitu. Kata hari ni overtime setengah hari aje. Kenapa mesti nak kena siapkan dokumen ni hari ni? Habis tu, dia buat apa? Bermalas-malas sambil hisap rokok? Macam la aku tak tahu perangai mamat tu yg selalu aje mengular time kerja.

Perfect Match!Where stories live. Discover now