Bab 16

540 11 1
                                    

Haqiem berjalan sambil menjenguk apa yang boleh dibeli di sekitar dereran kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman. Matanya melilau mencari tudung yang sesuai. Kata-kata mama malam tadi berkaitan hari lahir Hikmah memaksa dirinya menapak ke sini. Asalnya, dia mahu berjumpa klien di SOGO namun, dibatalkan oleh klien pada saat-saat akhir. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjalan ke sini sebelum pulang ke pejabat semula.

Hmmm...apa tudung yang sesuai untuk minah tu ye? Bisik hati Haqiem sambil berfikir. Kalau ikutkan hati, takde masa dia nak belikan hadiah untuk Hikmah. Tapi, disebabkan mama dan papa nak buat makan-makan untuk gadis itu, terpaksa jugalah dia membeli hadiah. Nanti kalau tak beli, tentunya dia malu sebab abang long dan kak chik pun dah tanya dia pagi tadi nak kongsi hadiah ke tak.

Dalam fikiran dia, tentu abang long dan kak chik akan beli sesuatu dalam kemampuan mereka. Kalau tak barang-barang kosmetik, tentunya barang kemas. Maklumlah, kedua-duanya berjawatan besar. Cuma dia sahaja yang berjawatan biasa. Seorang marketing and sales manager yang dikatakan berkaliber dan pandai berkata-kata. Walaupun gaji agak beriban juga tetapi, dia jenis yang berjimat. Seandainya dia sudah berkahwin, tentunya hari-hari dia akan suruh isterinya masak.

Matanya tiba-tiba tertancap ke arah kain tudung dan pakaian yang sangat cantik di hadapannya. Terus dia tersenyum lebar. Rasanya set pakaian ini sangat sesuai untuk adik tirinya itu. Matanya mencari kelibat pekerja berhampiran. "Adik."

Remaja lelaki yang terdengar Haqiem memanggilnya segera mendekati lelaki itu. "Ada apa abang?"

"Minta tolong packkan set pakaian ni."

"Okey. Nak saiz apa abang?"

Alamak! Haqiem menggaru kepalanya. Hikmah tu sedang-sedang aje orangnya.

"Err...saiz M la," pinta Haqiem membuatkan remaja lelaki itu mengangguk faham.

"Nak beli untuk wife ke abang?" Tanya remaja lelaki itu tiba-tiba.

Haqiem tersentak. Hah? Wife? Erk!

"Eh,tak. Nak beli untuk adik," balas Haqiem membetulkan salah faham itu.

"Untung adik abang tu dapat abang macam abang, kan?" Puji remaja lelaki itu.

Haqiem ketawa. Untung ke? Gaduh aje selalu. Minah tu pun tak kisah aku wujud atau tak kat depan dia , seloroh Haqiem dalam hati.

Sebaik sahaja stok yang dicari telah dijumpai, Haqiem terus membuat bayaran.

SEPANJANG perjalanan, Haqiem menjeling ke arah set pakaian yang dibelinya itu. Walaupun tidak seindah yang bakal mama, papa, abang long dan kak chik hadiahkan tetapi.... hadiah pemberian ini dapat memberi seribu satu makna yang mungkin ataupun tidak mungkin mengubah persepsi Hikmah terhadap dirinya.

Sekilas dia tersenyum. Asalkan aku kasi, kan? Daripada tak kasi langsung.

Pedal minyak ditekan dan Honda CRV bergerak dengan pantas.

SAMPAI sahaja di rumah, Haqiem menjinjing bungkusan pakaian yang dibelinya namun, disorokkan dari pandangan keluarganya. Biarlah rahsia buat masa ini. Dia tak nak tunjuk sangat yang dia beli hadiah untuk Hikmah. Nanti kalau ditunjuk, tentu semua akan membahan dirinya.

Sebaik sahaja kaki menjejak lantai ruang tamu, dilihat kakaknya sedang sibuk menggayakan beg tangannya di hadapan mama. Ah, sudah! Bila masa pulak kak chik ada dekat sini? Dipanjangkan lehernya untuk melihat apakah yang dibeli oleh kakaknya itu? Bungkusan yang dipegang diselitkan di dalam beg galasnya.

"Mama...cantik, kan beg tangan ni? Kawan kak chik beli masa pergi US hari tu. Kak chik pesan kat dia," ujar Kak Chik Yaya sambil beria-ia tunjuk beg tangan itu kepada mama.

Perfect Match!Where stories live. Discover now