Bab 22 dan 23

375 9 0
                                    

"WHAT ? Kahwin ? Kita ? Nonsense! " bentak Harraz sekeras-kerasnya sewaktu Hikmah menyampaikan pesanan papa .

Rasa malu pun ada bila bertanyakan soal itu . Dia pun tidak pernah berbincang dengan Harraz pasal kahwin sebelum peristiwa hitam ini berlaku sebab dia tahu Harraz ada awek dan hubungan mereka tidaklah serius pun .

"Papa saya suruh . Dia cakap , apa pun terjadi saya dan awak kena kahwin ." Kata Hikmah walaupun dia tahu tiada gunanya membuat permintaan gila sebegitu .

"Hei , dengar sini . Walau papa you menangis air mata darah sekalipun , I takkan kahwin dengan you la . You ni I anggap kawan aje tau . Not more than that ! Tak pernah terlintas dalam hati I ni nak kahwin dengan perempuan macam you . You are not my taste . Fahan ?" Buntang mata Harraz menjawab soalan Hikmah .

Hikmah terpanar seketika . I am not his taste ? Dia ketawa sinis . "Huh , setelah apa yang berlaku baru sekarang awak cakap saya bukan taste awak ? So , before this ... awak panggil saya darling , sayang ... untuk apa ? Suka-suka?"

"You masih tak kenal I lagi . You tahu yang I ni ada awek dan macam mana rupa awek I tu . Dari situ patutnya you dah tau dah macam mana taste I . I memang suka-suka panggil you darling , sayang sebab you rasa seronok aje bila I panggil you macam tu . Tapi dalam hati I ni takde terniat sikit pun untuk bercinta dengan you tau!"

"Habis tu , awak bagi saya hadiah dan macam-macam lagi tu untuk apa?"

"Because you are my friend . Siapa lagi yang rapat dengan I kat ofis ni , selain you ? Sudah la , Hikmah . Kalau you nak bawak pendapat rubbish you dekat sini , forget about it ! I am not interested ! And please ! Don't expect too much from me . We're over !"

Hikmah menarik tangan Harraz . "Awak kena jumpa papa saya !"

Harraz menarik tangannya . "No ! Let go of my hand!"

Harraz lantas meninggalkannya .

"Harraz!"

Panggilan Hikmah langsung tidak diendahkan .

Hikmah mengetap bibirnya . Hatinya sedih . Fikirannya bercelaru saat itu . Kepalanya buntu . Apa lagi yang harus dia lakukan ? Harraz sendiri tak mahu beri kerjasama .

Aku ni bodoh ! Begitu senang aku jatuh cinta pada lelaki tak guna seperti itu . Dari dulu , sampai sekarang . Semuanya tak guna ! Aku benci lelaki ! Aku benci ! Jerit hati Hikmah . Dia jatuh melutut . Hatinya sebak . Dia memang bodoh !

HAQIEM mengangkat mukanya tatkala dia merasakan yang rambutnya diusap lembut oleh seseorang . Dia terkejut apabila melihat Serina tersenyum memandangnya dengan gaya manja . Haqiem membetulkan pakaiannya . Macam mana dia boleh tak sedar setiausaha bosnya itu masuk ke dalam biliknya .

"You buat apa dekat sini ?" tanya Haqiem tidak berpuas hati .

"Haqiem , you look so pale . Are you okay?"

Persoalan Haqiem tidak dijawab malah , disoal kembali kepada lelaki itu . Dari pagi tadi dia melihat yang Haqiem bermuram durja . Ada masalah ke ? Serina cuba mendekati Haqiem tetapi dihalang oleh lelaki itu .

"Serina , lebih baik you keluar sebelum orang lain ternampak kita ." Halau Haqiem . Dia paling tidak suka apabila Serina berani masuk ke dalam bilik dan cuba menggoda dirinya .

"Kenapa ? I cuma risaukan you aje ."

"I tak suka . Please ..." Haqiem bangun lantas segera ke pintu biliknya . Pintu itu dibuka dan dia mengharapkan Serina keluar .

Serina mencebik . Takpe , aku akan pastikan kau jadi milik aku nanti . Sewaktu dia menghampiri Haqiem , sempat lagi dia mencuit dagu lelaki itu . Wajah lelaki itu yang mempunyai kumis dan sedikit janggut membuatkan hati perempuannya terganggu . Dia suka lelaki seperti Haqiem . Kemas dan bergaya . Daripada dia melayan bos dia yang dah tua tak sedar diri , lebih baik dia layan Haqiem . Bujang dan kacak orangnya .

Perfect Match!Where stories live. Discover now