Bab 17

591 19 3
                                    

MALAM itu Hikmah membelek hadiah-hadiah yang diberikan oleh ahli keluarganya. Walaupun badan agak kepenatan membersihkan rumah tadi namun, apabila melihat hadiah-hadiah di hadapannya membuatkan rasa penat itu hilang tiba-tiba.

Kotak pertama, hadiah daripada papa dicapai. Sebaik sahaja kotak itu dibuka, Hikmah tersenyum lebar. Papa belikan dia gelang emas dari Habib Jewel. Harganya mesti dalam lingkungan ribuan ringgit ni. Ala, papa kan pengarah syarikat Harris Holdings. Setakat habiskan dua tiga ribu apa ada hal , kan? Dipakai gelang emas itu ke tangannya. Sangat sesuai! Pandai papa beli gelang emas yang sesuai dengannya. Ni mesti beli dengan mama sebab mama lebih arif apa yang dia mahukan. Tak sia-sia mama kahwin dengan papa. Dapat la dia menumpang tuah. Ha ha ha!

Kotak kedua, hadiah daripada mama dibuka. Matanya berkaca-kaca apabila melihat baju sejuk berwarna pink yang dikait oleh mama dilipat kemas di dalam kotak itu. Dia mengeluarkan baju sejuk itu dak dipakai. Sangat cantik! Kaitan mama sangat kemas. Mama memand dari dulu suka mengait. Inilah pengorbanan kasih sayang mama yang sanggup bersengkang mata mengait tiap-tiap malam hanya untuk dia. Dan haruslah mama tahu saiz badannya sebab sejak kecil lagi mama yang jahitkam baju kurung hari rayanya. Mama tak pernah beli. Hikmah membuka baju tersebut dan dilipat semula sebelum diletak kembali ke dalam kotak.

Okey! Hadiah ketiga daripada Kak Chik Yaya dan keluarga. Tadi semasa Kak Chik Yaya beri hadiah ni memang dia dah menjerit gila-gila. Beg tangan Coach berwarna coklat terang itu betul-betul memukau perasaannya. Kalau dekat Malaysia ni mahu harganya lebih dari seribu ringgit. Dia mencium beg tangan itu lantas dipeluknya. Terima kasih Kak Chik Yaya!!

Hadiah daripada Abang Long Asyraf dan keluarga. Tiket percutian ke Pulau Redang. Alahai.. walaupun kecil tapi, bermakna. Cuma dia terfikir, dia nak ajak siapa pergi bercuti ni? Dia bukannya ada pakwe. Eh, suami!

Hadiah daripada Nisa dan Irfan pula merupakan hadiah paling simple baginya. Sengaja dia memerli Nisa tadi yang mengatakan hadiah tu hadiah yang 'besar' bagi dia. He he he! Sebuah buku motivasi bertajuk ' Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia' membuatkan Hikmah terkejut. Wah! Sengaja aje Nisa nikan? Tetapi, memang dia tak suka bersedih sangat. Dia nak jadi wanita paling gembira dan bahagia abad ini. Hikmah tersenyum lebar.

Hmmm... hadiah dari siapa lagi ye? Mata Hikmah melilau mencari hadiah lain. Dia rasa ada sesuatu yang kurang. Tapi, rasanya semua dah ditengok. Papa dah kasi, mama , kak chik , abang long , Nisa , Harraz errr... Haqiem?! Dia mengetap bibirnya. Ah! Mamat tu mana pernah ingat hari jadinya. Tahun lepas pun dia tak pernah bagi hadiah. Jadi, dah tentu la dia takkan kasi hadiah tahun ni jugak!

Hikmah mendengus. Tapi... baru dia teringat. Apa motif Haqiem masuk ke bilik dia dan menyentuh barang peribadinya? Isy, tak boleh jadi ni. Mesti ada something ni. Takkan sesuka hati aje Haqiem nak masuk bilik dia bukan?

Tiba-tiba matanya tertancap ke arah beg pakaiannya. Entah-entah dia ada letak something dalam beg itu tak?

Hikmah segera mencapai beg pakaiannya. Dibelek beg pakaian itu satu per satu. Adoi, malu sungguh dia bila terkenangkan apa yang Haqiem nampak sewaktu lelaki itu membelek beg pakaiannya. Sengal betul! Macam takde tempat lain nak buka.

Hikmah mengeluarkan satu per satu pakaiannya. Tiba-tiba dia tersentuh satu beg plastik di dalam beg pakaiannya. Dikeluarkan beg plastik itu. Lantas dibuka beg plastik tersebut dan dikeluarkan satu bungkusan yang berbalut. Apakah ini? Balutan tersebut dikoyakkan.

Dan... mata Hikmah membuntang. Sehelai jubah dan tudung? Diletakkan jubah dan tudung itu di atas katil. Mak aih! Jubah berwarna putih dan berkerawang hitam itu sangat cantik. Kainnya lembut. Tetapi tudung ni... tudung labuh. Apakah Haqiem sengaja nak memerlinya? Ada sekeping nota disisipkan bersama dengan jubah dan tudung tersebut. Hikmah segera membaca nota tersebut.

Perfect Match!Where stories live. Discover now