Bab 24

377 9 0
                                    

Hikmah tersenyum sendirian. Nasib baik Mr Akmal menerima keputusannya. Notis dua puluh empat jam telah diambil dan dia diarahkan untuk meninggalkan segala kerja dan barangnya di sini. Walaupun terpaksa membayar penalti kerana tidak mengikut kontrak, dia terima asalkan dia tidak lagi bertemu dengan Harraz.

"Are you serious, Hikmah?" tanya Adam.

Walaupun mereka bukanlah rapat sangat tetapi, Adam banyak juga memberi tunjuk ajar sekiranya dia ada masalah dengan coding yang dia lakukan. Adam juga duduk di meja bersebelahan dengannya jadi, mereka tidak segan-silu untuk berbincang, mengutuk bos dan meluahkan perasaan bersama.

Hikmah tersenyum pahit. "Yes, I'm serious Adam.  I have to. "

Hikmah nampak riak gelisah yang dipamerkan oleh Adam kepadanya.

"Why?  I thought you enjoy working here. " Luah Adam tidak berpuas hati. Baginya Hikmah membuat keputusan terlalu drastik. Segala kerja Hikmah terpaksa dilepaskan kepada dia. Maka, bertambah lah beban kerja yang dia perlu hadap.

"It's too personal to talk about. Maybe the time has come for me to move on. "

"I'm gonna miss you. "

"Thanks Adam. Me too.  Ni kerja yang I dah siapkan. Ada beberapa part yang masih belum siap. If you have any problem, just give me a call. "

Adam mengangguk. "Hikmah....  can I ask you something? "

Hikmah mengangkat keningnya. "What is it? "

"It's between you and Harraz. Do you have any serious relationship with him? "

Hikmah terdiam seketika. Tangannya sibuk memasukkan laptop ke dalam beg laptopnya. "Adam, that's too personal. I cannot share with you.  Sorry, I nak hantar laptop ni kejap. "

Hikmah bangun lantas meninggalkan Adam yang terpinga-pinga. Hikmah tak mahu satu pejabat tahu perihal dia dan Harraz. Yang berlalu biarkan berlalu. Dia mahu tutup buku. Dan biarlah hari ini hari terakhir dia bertemu dengan lelaki itu.

"GOOD LUCK Hikmah in whatever you do.  If you want to come back, the door is always open for you, " ujar Mr Akmal.

Kawan-kawan sepejabat yang lain semuanya sudah bersalaman dengannya.  Saat itu ada beberapa kawan lain yang tidak berada di pejabat termasuk Mr Syah dan Harraz. Takpelah. Itu lebih baik.

"Thanks Mr Akmal.  I will.... " balas Hikmah.

Hikmah memeluk Miss Connie dan Miss Yim.  Teman yang sering keluar makan bersamanya.

"We will miss you, " ujar Miss Connie.

Miss Yim hanya mengangguk.

"Me too. Take care girls. Hope to see you again, " pamit Hikmah.

Perpisahan ini begitu mengejutkan. Entah kenapa secara tiba-tiba Hikmah letak jawatan. Sehingga kini, masing-masing tertanya-tanya.

"Helo, Harraz... " ucap Mr Akmal sewaktu Hikmah sibuk berbual dengan rakan-rakannya.

Hikmah cepat-cepat memasang telinga saat itu.

"What? You cannot go to PD?  But why? "

Hikmah mengerutkan dahinya. Hairan. Kenapa Harraz tidak jadi pergi ke sana? Tentu Mr Syah marah lagi sebab hari itu, (waktu mereka ditangkap basah) mereka juga terpaksa membatalkan mesyuarat ke sana. Kali ini batal lagi. Haih!

"You are injured?  So, where are you now? "

Cedera? Kenapa tiba-tiba pulak cedera ni?

"Okay, you just rest. Hope you will get well soon. Don't worry,  I will handle this. Sure,  no problem. " Mr Akmal mematikan talian. "Harraz accident. Dia dekat klinik sekarang. "

Accident?  Masing-masing saling berpandangan.

Hikmah? Dia tenang sahaja.

"Mr Akmal, I have to go now.  Thanks for being my good boss. " puji Hikmah.

Mr Akmal hanya ketawa lalu menghantar Hikmah hingga ke pintu utama pejabat.

Pertama kali dia dilayan baik sebegini. Walaupun bos garang macam singa tetapi, sikap kekeluargaan masih ada dalam syarikat ni. Bos nak buat jamuan perpisahan pun dia tak mahu sebab dia takut dia akan ubah fikiran. Rasa berat nak tinggalkan syarikat yang sudah hampir tiga tahun dia berkhidmat di situ. Banyak kenangan manis di sini.  Daripada menjadi programmer biasa sehinggalah dia boleh uruskan projeknya sendiri.  Dia jadi cekal pun kerana didikan syarikat ini.

HARRAZ masuk ke dalam ofis dengan wajah yang bertampal dengan plaster. Semua terkejut bila melihat wajahnya yang luka sana sini. Harraz hanya diam membisu dan buat bodoh sahaja apabila ditanya oleh rakan-rakan sepejabatnya.

Sewaktu dia melintasi meja Hikmah, spontan matanya memandang meja itu. Kosong!  Mana Hikmah? Langkah kakinya terhenti seketika. Dipalingkan kepalanya ke arah Adam yang sedang sibuk menyiapkan kerja. "Where's Hikmah? "

Adam hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kenapa meja dia kosong? " Harraz tidak berpuas hati. Pagi tadi Hikmah ada aje dekat ofis.

"She has resigned, " jawab Adam bernada tegas.

Harraz terkejut. "What? "

"I've seen what happened between you and her. Sampai hati you buat macam tu pada dia! " marah Adam.

Pagi tadi secara tidak sengaja dia terdengar perbualan Harraz dan Hikmah di dalam bilik lelaki itu. Dia terkejut apabila Harraz mengherdik gadis itu. Hikmah baik tetapi, dia terjerat dengan cinta palsu Harraz. Kasihan Hikmah. Dan dia tahu sebab Hikmah berhenti kerja juga adalah kerana lelaki keji di hadapannya ini.

Harraz terdiam. Hikmah dah berhenti? Harraz segera masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas membuatkan semua terpinga-pinga.

Adam menggelengkan kepalanya. Stupid!

HIKMAH menongkat kepalanya sambil memandu. Kepalanya melayang memikirkan masalah yang dihadapinya itu. Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Aku buntu, Ya Allah. Aku dah tak tahu apa yang harus aku lakukan. Air mata mengalir deras membasahi pipinya.

Dia sudah tidak tahu mahu ke mana. Takkan nak pulang ke rumah mama?  Mama dan papa masih belum boleh menerima dirinya.  Nisa? Nisa!  Dia segera membelokkan stereng keretanya menuju ke pejabat Nisa di Presint 2. Dia betul-betul memerlukan sahabatnya saat itu.

"SERIUS masalah hang ni Hikmah.... " luah Nisa sewaktu mereka bertemu di lobi.

Mereka bertemu untuk sementara sahaja memandangkan waktu tengah hari sudah pun berakhir.

Hikmah mengangguk perlahan.

"Aku dah buntu, beb. Aku dah tak tahu nak buat apa dah... " kata Hikmah, lirih.

Nisa memeluk bahu Hikmah. "Sabaq Hikmah . Aku yakin masalah hang ni akan selesai. Allah takkan uji hamba-nya melainkan hamba-nya tahan diuji dengan dugaan tu. "

"Aku dah takde siapa dalam dunia ni. Aku cuma ada mama, papa, kau dan adik-beradik yang lain. Tapi, mereka macam dah tak terima aku lagi... "

"Jangan cakap lagu tu,  Hikmah. Walau benci macam mana sekalipun, mereka tetap keluarga hang. Hang balik la. Jumpa mereka, bincang cara baik. "

Hikmah terdiam. Apa yang Nisa beritahu adalah benar. Sampai bila dia nak lari dari masalah? Walau apa cara sekalipun, dia kena hadapi masalah ini juga. Soal sama ada papa dan mama sudi menerima silap dia atau tidak, itu belakang kira. Yang penting, mencuba.

"Thanks, Nisa. Kau memang kawan baik aku.  Aku harap aku boleh selesaikan masalah ni. " sahut Hikmah.

Mereka berpelukan. Lama.

Perfect Match!Where stories live. Discover now