Bab 5

1K 22 4
                                    

  HIKMAH memarkirkan keretanya di pekarangan rumah. Pintu kereta dibuka. Kalau ikutkan hati, malas betul nak jejak kaki ke rumah ini. Lebih-lebih lagi bila jumpa mamat sengal tu.

  "Baru ingat nak balik ke?"

  Hikmah sudah dapat agak siapa yang menegurnya dari dalam rumah.

  Haqiem hanya berT-shirt tanpa lengan dan berseluar pendek keluar dari ruang tamu rumah. Dia bercekak pinggang memandang Hikmah.

  "Apa mimpi kau tiba-tiba balik ni?" tanya Haqiem seolah-olah memerli Hikmah.

  Hikmah buat bodoh aje. Semalam Nisa menasihatinya supaya dia tidak pedulikan abang tirinya itu. Hikmah membuka pintu belakang keretanya untuk mengambil beg pakaian dan beg lap-topnya.

  "Tak sangka, kan? Aku bercakap dengan orang pekak rupa-rupanya..." perli Haqiem lagi.

  Sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. What on earth is he doing here? Semak okey!

  Hikmah menutup pintu lalu menekan punat penggera untuk mengunci pintu kereta Proton Saga FLXnya. Dia langsung tidak pedulikan Haqiem yang tercongok di depan pintu sambil memeluk tubuh.

  "Hikmah!" Jerit mama dari dalam rumah.

  Hikmah tersenyum. Rindu benar dia pada mama. Dia berlari lalu memeluk dan mencium pipi mana. "Mama apa khabar? Sihat?"

  "Of course la mama sihat. Anak mama ni lama tak balik. Rindu mama..." luah mama lalu mencium pipi anak tunggal kesayangannya.

  Mata Hikmah mencari kelibat seseorang. "Ayah mana, ma?"

  Sejak tadi hanya nampak mamat sengal tu aje dekat rumah ni. Rajin pulak dia lepak dekat rumah hari ni. Kalau tak, memanjang hilang. Kalau dia takde dekat rumah, kan best? Takdelah sakit mata ni memandang dia.

  "Ayah keluar ke pasar tadi. Kejap lagi balik la tu," jawab mama. "Jom, ikut mama ke bilik kamu. Mama dah hias bilik Hikmah cantik-cantik tau."

  Hikmah teruja. Lama betul dia tidak melihat bilik kesayangannya itu. Dulu masa baru masuk rumah ni, ayah dah sediakan satu bilik khas untuk dia. Ayah suruh Hikmah sendiri yang menghias biliknya. Tetapi, setelah dia bergaduh teruk dengan Haqiem suatu ketika dulu, dia sudah jarang balik ke rumah.

  "Mama..." panggil Haqiem tiba-tiba.

  Masing-masing menoleh ke arah Haqiem.

  Menyampah pula dia bila memandang muka lelaki itu. Harapkan muka aje handsome tetapi, perangai macam.... malas nak cakap.

  "Ada apa, sayang?" tanya mama.

  Lembut sungguh suara mama. Mana la ayah tak jatuh cinta dengan lemah lembut mama tukan? Kalau nak bandingkan dengan anak perempuan dia ni, memang jauh panggang dari api.

  Haqiem tiba-tiba memeluk bahu mama.

  Hikmah agak terkejut.

  Mama hanya tersenyum sahaja. Dicuit hidung lelaki itu.

  Amboi, lawan tokey nampak? Ni mama siapa sekarang ni?

  "Mama nak masak apa nanti? Haqiem nak mama masak makanan kegemaran Haqiem boleh?" pinta Haqiem dengan manja.

  Mama hanya ketawa.

  Hah! Bebola mata Hikmah memandang ke atas. Meluat betul Hikmah melihatnya. Geli perut mak, nak!

  "Okey, sayang mama. Nanti ayah balik dari pasar kita masak sama-sama okey?" pujuk mama.

  Haqiem tersenyum gembira. Dipeluk lengan mama. Kepalanya dilentokkan di atas bahu mama.

Perfect Match!Where stories live. Discover now