Bab 8

769 18 1
                                    

Harraz membuang rokok yang dihisapnya ke dalam longkang. Bengang juga dia bila menunggu agak lama di situ. Kelihatan Medina sedang berborak dengan rakan-rakannya. Dia pula macam tunggul dekat situ. Langsung tidak dihiraukan oleh gadis yang disayanginya itu.

Medina perasan perubahan wajah Harraz. Dia segera meminta diri lalu mendekati Harraz yang sudah kebosanan. Dia sudah boleh agak dengan baran Harraz. Lelaki tu mana boleh tunggu sekejap. Mula la baran dan cemburu dia naik.

"Sayang, kenapa ni?" tanya Medina dengan nada yang manja lantas memeluk lengan Harraz.

Harraz mengeluh.

"Jom balik!" ajak lelaki itu lalu segera menarik tangan Medina tetapi, ditahan oleh gadis itu.

"Tapi, I belum habis lagi berborak dengan diorang..." pinta Medina berharap. Kalau boleh, dia mahu Harraz mengenali rakan-rakannya yang lain. Kawan dia kawan Harraz juga, kan?

"I ada banyak kerja, please!" rayu Harraz membuatkan Medina mendengus kasar.

"Okeylah, Encik Harraz! Please wait for a moment. I nak beritahu kawan-kawan I!" perli Medina lalu melangkah meninggalkan Harraz semula.

Mata Harraz mengekor langkah Medina. Dilihatnya gadis itu segera bersalam dan berlaga pipi dengan rakan-rakannya tidak kira lelaki mahupun perempuan. Raut wajah Harraz kembali berubah. Begitu berani Medina berlaga pipi dengan rakan lelaki di hadapannya. Dia menelan liur. Mukanya merah menahan marah.

Medina kembali semula ke arah Harraz.

"Let's go!" ajaknya lalu berjalan melalui Harraz.

Harraz mengeluh lalu mengekori Medina ke kereta mereka.

Dalam perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri.

Wajah Medina agak keruh.

Ekor mata Harraz mengerling ke arah gadis itu. Dia masih lagi fokus dengan pemanduannya. "Kenapa diam?"

Medina mengerling Harraz sekilas sebelum kembali menjeling ke luar tingkap.

Harraz tersenyum sinis. Dicapai tangan gadis itu lalu digenggam erat.

Medina terkejut. Dia menarik tangannya.

"Kenapa? Marah? Come on la! Jangan berperangai macam budak-budak boleh?" perli Harraz.

Dia sudah malas bertekak dengan Medina. Sudahlah jarang berjumpa. Bila berjumpa aje, mesti nak bergaduh. Bosan betul!

  "Why are we always fighting with each other? Fed up you tahu tak?"

  "Siapa yang mulakan dulu?"

  "Oh, sekarang you nak salahkan I? Okey! My bad!" Medina seakan-akan menyerah sahaja dari terus bertengkar.

  "I tak suka you berlaga-laga pipi dengan lelaki lain lepas ni," tegur Harraz membuatkan mata Medina membuntang memandangnya.

  "Wah, sejak bila you jadi ustaz ni? Sebelum ni you tak halang pun?"

  "So, you nak tunggu I halang baru you nak dengar? Sendiri mahu ingatlah! Jangan jadi perempuan yang takde maruah!" Suara Harraz semakin meninggi. Bengang juga bila Medina mula mempertikaikan diri dan perangainya dengan situasi mereka.

  "Hei, you jangan nak 'ceramah' kan I la! You tu pun bukannya baik sangat! Kalau you nak kata I ni sosial dan takde maruah, habis tu you pulak macam mana? You ingat I tak tahu apa yang you buat di belakang I?"

  Harraz terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Medina. "What do you mean?"

  Medina tersenyum sinis. "Who's that girl? Oh, berani you curang di belakang I..ye? Kalau tak kerana kawan I yang nampak you dengan girl lain, tentu sampai sekarang I tak tahu apa yang you dah buat di belakang I!"

  Suara Medina yang tadinya mendatar kini meninggi. Ketara gadis itu sudah lama menyimpan perasaan amarah yang melampau.

  Kereta yang tadinya meluncur laju kembali perlahan dan berhenti di tepi jalan. Harraz menarik signal tepi agar memberi amaran kepada pemandu lain. Dia memandang Medina dengan wajah yang resah. Apa la yang kawan Medina ni beritahu pasal dia dengan Hikmah?

  "Look! Let me tell you the truth. Girl yang you maksudkan tu, hanya kawan. Kawan sekerja  i. we are just friends, not more than that." Harraz cuba menceritakan perkara sebenar.

  Medina mendengus. "Whatever!'

  Matanya dijulingkan ke atas. Macam dia tak kenal dengan Harraz. Dah lama sangat dia terima aje kutukan daripada kawan-kawan dia. Benci, tahu tak!

  "Sayang...you tak percayakan I? Please...." Pujuk Harraz.

    Dia masih belum boleh menerima kehilangan Medina lagi. Peribahasa : Nasi sudah menjadi bubur. Sayangnya kepada Medina masih tebal. Lima tahun hubungan mereka. Takkan begitu mudah mereka nak putuskan begitu sahaja, kan? Tangan gadis itu ditarik semula. Sekilas, dia mengucup lembut tangan itu.

  Hati amarah Medina luntur tatkala tangannya dikucup. Harraz tahu kelemahannya, kan ?

  "Kita balik? I rindu la dekat you." Harraz tersenyum gatal.

  Medina ketawa. Malu dia dengan perangai Harraz. "Naughty!"

  Lelaki itu juga ketawa.

  Kereta kembali melujncur laju meninggalkan kawasan itu.

KRINGGGGG!!! Bunyi jam membingitkan telinga Harraz. Dia terjaga dari tidur. Medina di sebelahnya masih lagi lena diulit mimpi. Mata Harraz terpisat-pisat. Sudah pukul berapa? Dia mengambil jam di tepi meja. Oh, sudah pukul lapan pagi. Mata Harraz kembali tertutup. Dua saat kemudian dia kembali tersedar. Buntang matanya. Pukul lapan pagi? Alamak! Dia sudah lambat.

  Segera Harraz bangun dari baringan dan mencapai tuala untuk ke bilik air. Dia perlu cepat.


  Beberapa minit kemudian , Harraz keluar dari bilik air dan segera ke almari untuk mengambil baju pejabatnya. Sebaik sahaja siap, dia memandang ke arah Medina yang masih belum sedar. Segera dia bergerak mendekati gadis itu.

  "Sayang... I nak ke ofis ni. You take care okay?" Ucap Harraz lantas mengucup lembut pipi Medina.

  Medina hanya mengangguk lemah. Barangkali penatnya masih belum hilang. Gadis itu kembali tidur.

  Harraz tersenyum. Hal malam tadi masih hangat di fikirannya. Pintu bilik ditutup. Dia harus ke pejabat. Kalau tidak, tentu Mr. Akmal mengamuk.

  Tatkala dalam perjalanan ke keretanya, sempat lagi Harraz menghubungi Hikmah. "Helo, Hikmah. I masuk lambat sikit. Ada hal. Dalam pukul sembilan setengah pagi baru I masuk ofis ye?"

  Punat merah ditekan. Dia memboloskan diri ke dalam Kia Optimanya. Sebaik sahaja enjin dihidupkan, kereta meluncur laju memninggalkan pekarangan kondominium itu.

Perfect Match!Where stories live. Discover now