Bab 13

621 17 0
                                    

Hikmah melihat jam di tangan. Sudah pukul enam petang. Seperti yang dijanjikan dia kena tunggu abang tiri 'kesayangannya' untuk pulang.

Disebabkan kerja terlampau banyak untuk disiapkan, dia leka dan langsung tidak terfikir soal keretanya yang 'tersadai' di rumah. Seketika, ditepuk dahi apabila teringatkan keretanya itu. "Adoi, macam mana aku boleh lupa ni?"

"Hi dear, tak balik lagi ke?" sapa Harraz.

Hikmah tersengih. Kertas-kertas yang penuh dengan deraf flowchart bersepah di atas meja. Disusun kertas itu semual sambil menjawab pertanyaan Harraz. "Tunggu abang."

Rasa geli-geleman bila sebut perkataan abang tu. Karang bila cakap tunggu pakwe, macam ayat klise la pulak, kan?

Riak wajah Harraz berubah. Berkerut dahinya.

"Tunggu abang? Abang tiri you?" tanya Harraz sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

Hikmah mengangguk sahaja. Malas nak memanjangkan cerita.

"Kenapa abang you pulak nak ambil you? Mana kereta you?"

Bertindan-tindun pula soalan yang diberi oleh Harraz. Dah agak dah . Mamat depan dia ni bukan boleh tengok dia senang. Cemburu tak bertempat pun ada.

"Kereta saya rosak," balas Hikmah malas. Kertas-kertas yang berselerakan itu sudah siap disusun dan dimasukkan semula ke dalam fail. Sambung esok ajelah memandangkan dia masih ada seminggu untuk menyiapkan projek yang diberi.

Sejak mesyuarat hati itu, Mr Akmal semakin mempercayai kebolehannya. Dan sekarang projek kecil-kecilan ini diberikan kepadanya untuk diselesaikan. Sekarang ni, disebabkan terlalu banyak projek yang diterima oleh syarikat ExtremeSoft, setiap programmer diberi tanggungjawab untuk mengendalikan projek masing-masing.

Harraz meletakkan briefcasenya di atas meja Hikmah. Tali leher yang menjerut lehernya itu dilurutkan ke bawah. Dibuka sedikit butang bajunya sehingga menampakkan sedikit kulit dadanya yang cerah.

"Dia dah sampai ke? Kalau lambat lagi , jom la I hantar you balik," pelawa Harraz sambil matanya ralit memandang ke arah jam di tangan.

"Eh, takpelah! Dia dah on the way. Kejap lagi sampai la, " tolak Hikmah. Dia tak mahu susahkan Harraz. Banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan sementara menunggu kedatangan Haqiem untuk mengambilnya.

"Errr... nak I temankan ke?" Harraz memang tak mahu mengaku kalah.

"Takpe, Harraz. Awak balik aje la. Saya okey. Takde masalah pun. Lagipun tak elok kita tinggal berdua dekat ofis ni. Semua orang dah balik, kan?" kata Hikmah lantas menutup suis lap-topnya. Dia mengambil keputusan untuk tunggu di bawah sahaja memandangkan agak seram tinggal seorang di pejabat petang-petang macam ni.

"Kalau you dah cakap macam tu , I okey aje la. By the way, take care. Apa-apa , just call me okey?" ucap Harraz lalu mencapai briefcasenya dan bergerak menuju ke pintu.

TIBA-TIBA...

"Eh, Harraz. Tunggu!" jerit Hikmah. Seram sejuk pula ditinggalkan di situ.

Harraz kehairanan. Dia menoleh ke arah Hikmah. Tadi suruh balik dulu. "Kenapa Hikmah?"

"Saya turun dengan awak la. Saya takut tinggal sorang-sorang ni..." pinta Hikmah lalu mencapai beg tangan dan disandang beg lap-topnya ke bahunya. Dia berlari-lari anak mendekati Harraz. Ketara lelaki itu mentertawakannya.

Perfect Match!Where stories live. Discover now