Bab 6

1K 27 3
                                    

  "HIKMAH..." sapa Harraz apabila melihat Hikmah jauh mengelamun. Entah sang putera mana yang dirinduinya, dia sendiri tidak tahu. Timbul rasa cemburu tiba-tiba.

  Hikmah tersedar dari lamunan. Dia tersenyum memandang Harraz. "Hai, dah lama sampai ofis ke?"

  Harraz mengangguk lantas menarik kerusi Adam dan duduk di sebelah Hikmah.

  Adam tidak datang ke ofis hari ni kerana MC.

  "Lamanya termenung? Teringat dekat siapa?" usik Harraz.

  "Takde siapa-siapa la!" tipu Hikmah.

  Takkan nak cerita pasal Haqiem dekat Harraz kot? Mahu panjang sedepa muncung mamat ni merajuk dengannya.

  Walaupun Haqiem tu abang tirinya tetapi, mereka tetap bukan mahram sebab mereka berlainan ibu dan ayah.

  Ayah Haqiem berkahwin dengan mama sewaktu mama dah janda dan ayah pula duda. Masing-masing cerai mati.

  "Rindu I, tak?" tanya Harraz.

  Hikmah ketawa.

  "Kenapa gelak?" Harraz tidak puas hati.

  "Harraz, awak tu dah ada awek... kan? Don't play play ha..." tegur Hikmah.

  Dia tak mahu berharap sangat hubungan mereka ini. Kalau ada jodoh, ada la. Tetapi, dia tidak menyangkal yang dia sudah jatuh cinta dengan Harraz kerana lelaki ini walaupun kadang-kadang agak baran namun, dia seorang lelaki yang sangat romantik.

  "Hmmmm...baru awek. Belum ada apa-apa ikatan lagi. Sedangkan kapal terbang pun boleh kena hijacked, nikan pulak pakwe orang. Betul tak?" Harraz bermadah pujangga.

  Hikmah ketawa. Hai, macam nak bagi hint aje tu?

  "Petang ni kita nak dinner dekat mana, sayang?" tanya Harraz. Tangannya mencapai tangan Hikmah lantas digenggamnya erat.

  Hikmah membiarkan sahaja.

  "Ikut awak la. Saya tak kisah," jawab Hikmah. Dia sebenarnya tak kisah sangat nak makan kat mana. Janji dapat bersama dengan Harraz, itu dah cukup.

  "Okey! Malam ni pakai cantik-cantik. Saya datang ambik awak dekat rumah."

  Rumah? Hikmah menarik tangannya.

  Harraz terpinga-pinga. "Kenapa ni sayang?"

  "Errr... malam ni saya tak duduk rumah sewa saya. Saya balik rumah parents..." beritahu Hikmah.

  Harraz tersengih. " Wow, okey la tu. Boleh I jumpa mak ayah you? Mana tahu, I ni layak jadi calon untuk future husband you ke?"

  Hikmah malu. Namun, dalam hatinya ada taman. Suka benar dia bila lelaki itu bergurau macam tu.

  "Dah bersedia ke nak jadi bakal suami I?" uji Hikmah.

  Harraz tersengih. Sebenarnya dia belum bersedia nak berkahwin. Masih panjang lagi masa untuk dia fikirkan kerjaya dan haluan hidup. Soal kahwin tu, dia tolak tepi. Malas nak fikir. Apa perlu kahwin? Dia dan Medina pun duduk satu rumah walaupun mereka belum berkahwin. Baginya karut aje kahwin-kahwin ni. Menghabiskan duit aje nak buat besar-besaran. Kalau buat free, tetap dapat anak juga...kan?

  "Ha ha... belum la! I malas la fikir kahwin ni... nonsense aje!" jawab Harraz dengan selamba.

  Jawapan Harraz betul-betul membuatkan Hikmah terdiam seketika. Kenapa dia cakap kahwin tu nonsense? Tahukah dia yang perkahwinan tu adalah satu sunnah nabi dan digalakkan dalam Islam? Dapat banyak pahala dalam sesebuah perhubungan yang halal di sisi agama.

Perfect Match!Where stories live. Discover now