1

480 55 38
                                    

Flashback

Tahun 1988.

Seorang mayat  perempuan dalam lingkungan 20-an dijumpai dalam keadaan mengerikan di dalam rumah agam milik keluarganya. Yang diketahui mayat tersebut bernama Lee Seol.Mayat Seol tersebut dijumpai selepas orang ramai mencium bau yang tidak enak. Seperti bau bangkai. Atas dasar keprihatinan, seorang nenek cuba memberanikan dirinya memasuki rumah agam tersebut kerana bau tersebut berpunca dari rumah agam tersebut. Turut ditemui sebentuk cincin yang berlumuran darah di sisi kanan perempuan itu. 

Pihak polis gagal menemui punca kematian gadis tersebut. Sang ayah pula gagal memberikan keterangan berhubung kes kematian anaknya itu, kerana pada masa itu, dia ditugaskan menghadiri kursus kerja di luar daerah.

Akhirnya, kes tersebut ditutup kerana gagal mencari bukti kukuh berkenaan kes terbabit. Cincin perempuan malang itu disimpan oleh ayahnya di dalam sebuah kotak kecil dan disimpan di loteng rumah mereka.

Selang beberapa bulan, ayah Seol meninggal dunia kerana bunuh diri. Difahamkan, ayahnya membunuh diri disebabkan dia menyalahkan dirinya sendiri kerana membiarkan anak gadisnya tinggal seorang diri sewaktu dia menghadiri kursus tersebut. Akhirnya rumah tersebut dibiarkan tidak berpenghuni.

Pada pertengahan tahun 1989, Seol telah menggemparkan seluruh Kampung Teitan. Beberapa orang kampung tersebut kerap kali menjumpai mayat Seol berdiri diam di merayau-rayau di sekeliling kampung. Disebabkan perkara itu, penduduk Kampung Teitan menjadi takut. Setiap kali senja, mereka akan menutup tingkap dan menutup pintu rumah mereka rapat-rapat.

Para pekerja yang selalu pulang lewat malam, mengambil keputusan untuk balik awal. Kemunculan arwah Seol selalunya akan muncul apabila loceng di kuil kampung itu berbunyi pada tengah malam....


 Tahun 2017. - sekarang.

Keluarga Kim baru berpindah masuk ke rumah agam yang sangat besar dan cantik di Kampung Teitan. Seorang pemuda tampan yang bernama penuh Kim Taehyung melihat rumah tersebut dengan mulutnya yang ternganga luas tak kalah macam mulut tempayan.

"Uwah... Omma, kenapa kita tak pindah dari dulu je ke rumah ni? Tak sangka besar pulak rumah ni! Seronoknya!!" Sambil terlompat-lompat macam kera dapat bunga, Taehyung bertanya kepada Mrs. Kim.

"Nak buat macam mana? Kan appa baru kena tukar keje kat sini. Omma puntak sangka rumah ni cantik sangat. Rumah kita yang lama pun tak cantik macam ni kan." Macam tak nak kalah dengan Taehyung, Mrs. Kim juga kelihatan tersenyum-senyum seorang diri.

"Dah, dah! Taehyung, jom tolong appa angkat barang ni. Bukan terlompat-lompat macam orang tak betul tu!" Mr.Kim bercekak pinggang pada anak tunggalnya itu.

"Yela, yela. Orang nak tolong lah ni. Nak seronok sikit pun tak boleh." Dengan muka tak relanya, Taehyung membantu appa-nya mengangkat barang-barang mereka ke dalam rumah. Btw, bibik takde ke appa ??


Taehyung POV.

"Omma , Tae nak pegi pusing-pusing keliling rumah ni kejap tau." Aku menjerit dari arah blik aku. Memang aku dari kecik dah terbiasa dengan appa dengan omma suka cakap jerit-jerit ni. Mungkin sebab tu perangai aku ala-ala tarzan versi korea kan...

Sedang asyik pusing-pusing tengok-tengok apa yang menarik, seorang pak cik tua datang menghampiri aku.

"Hey, budak. Kau buat apa kat sini hah ? Ini bukan tempat korang, pergi sebelum terlambat!" Muka pak cik tu dah macam calon penghuni neraka aku tengok. Oke, aku merepek. Tapi siries muka dia memang bengis tahap dewa.

Dengan terketar-ketar, aku pun beranikan diri la nak tanya dia balik.

"Say...Saya dengan Om...Omma dan appa saya baru pindah si...sini.."

"Pindah?? Dah takde rumah lain ke yang korang nak tinggal hah?? Kalau jadi macam apa-apa sapa yang susah?? Takde dengar ke pasal rumah ni??" Soalan demi soalan pak cik  ni tanya aku. Pening jugak mana satu aku nak kena jawab.

"Err... maaf saya bertanya ni ahjusshi.. Ahjusshi ni siapa?" Aku beranikan diri nak bertanya orang tua bengis depan aku ni.

"Orang panggil aku ahjusshi Kang je. Aku yang jaga rumah ni daripada jadi terbiar." Tak habis-habis dengan muka bengis dia!

"Ooo.. Ahjusshi, kenapa dengan rumah ni ? Err.. maafkan saya, kalau saya bertanya ni." Tenang Tae, tenang...

"Kau kenapa ni? Aku garang sangat ke?" Perlahan-lahan kerut 14 yang kat atas muka pak cik tu pun hilang secara semula jadi -_-

"Ehh, taklah. Tak garang pun." Memang garang, ahjusshi !

"Rumah ni dulu ada orang duduk, tapi dah lama. Pemilik dia pun dah arwah. Aku agak lah dah nak dekat 29 tahun rumah ni takde penghuni lepas pemilik dia mati." Ahjusshi Kang mula nak bercerita.

"Ouh.... Sape diorang tu pak cik? Kenapa takde orang nak tinggal kat rumah ni?" Tiba-tiba berdiri bulu ketiak aku O.o

"Sebenarnya anak perempuan pemilik rumah ni mati kena bunuh. Kena bunuh sebab apa aku tak tau la pulak. Orang kampung pun tak tahu cite sebenar dia. Mayat dia jumpa kat dalam rumah kau tu lah!" Penuh emosi pulak ahjusshi ni bercerita. Btw, memang takde rumah lain ke yang ahjusshi ni nak cerita? Macam mana aku tido malam ni?? Ottoke??

"Sejak tu kematian budak tu, orang ramai selalu nampak perempuan tu berkeliaran dekat kawasan kampung ni."

"Ohh.. Ahjusshi ada kat mana time tu?"

"Time tu aku kecik lagi, jadi aku tak berapa tahu sangat. Tapi dulu memang satu kampung akan tutup tingkap dan pintu rumah masa senja. Memang teruk jugaklah masa tu. Kampung ni jadi macam tak berpenghuni sebab semua orang takut nak keluar malam."

"Ohh.. sampai bila benda tu jadi? Sekarang ni still berlaku jugak ke?" Yang aku tau ohh-ahh ohh-ahh je dari tadi.

"Sekarang ni dah tak berlaku. Tapi kemungkinan boleh berlaku balik kan? Asalkan kau jangan sentuh benda yang ada kat dalam loteng rumah tu sudah." Ahjusshi Kang jadi bengis balik muka dia. 

Ishh ahjusshi ni, nanti kang bukan sebab perempuan tu yang aku tak boleh tidur nanti, silap-silap muka dia lah puncanya aku tak boleh tidur nanti!

"Apa kebendanya yang ada dalam loteng tu?" Curious jugak aku lama-lama.

"Itu, kau tak perlu tahu. Yang kau perlu tahu, kau jangan cuba-cuba nak sentuh benda dalam loteng tu, paham??" 

"Oo...Ooke ahjusshi, okey" Omma !! Garangnya ahjusshi ni!!

"Taehyung! Taehyung!" Ehh, macam suara omma. Aku menolah ke arah sumber suara. Suara omma nak suruh aku buat something la tu.. Kena pegi ni,.

Tapi, pusing-pusing je aku nak mintak diri kat ahjusshi Kang, dia dah hilang. OMG! Ni yang buat aku rasa nak balik rumah lama nih!

Aku pun jalan la cepat-cepat masuk dalam rumah, muka aku jangan tanyalah, pucat lesi habis!

Hmm,, loteng atas rumah ye... Macam menarik...

Bukan Kim Taehyung namanya kalau tak makan saman -_-



P/S: Cut untuk chapter 1! This is my first horror fanfic T^T Hope you guys enjoy it, and thanks to all of you that keep supporting me.

Kalau ada yang nak kritik ka, suggest apa-apa ka, dia alu-alukan. Tak ambek hati pun ^^.

Hehe, thanks again 

By: OhYehet__

⏩ | THE RING | ⏪Where stories live. Discover now