Setelah 2 minggu semenjak pemergian hyung tersayang, hubungan Taehyung dan Jimin merenggang. Makin jauh. Ani, hanya Jimin yang menjauhkann diri daripada Taehyung. Memang dalam kelas duduk sebelah sebelah, tapi sebenarnya jauh.
Jimin hanya bercakap bila perlu sahaja. Itupun 2, 3 patah je. Nk pandang muka apatah lagi. Sekarang ni Taehyung makan sorang sorang je kalau waktu rehat. Kadang kadang dia tak keluar rehat pun, bosan.
Taehyung tahu kenapa Jimin sengaja jauhkan diri dari dia. Jungkook. Mesti sebab Jungkook. Entah Taehyung mesti rasa kecewa ataupun happy dengan keputusan Jimin. Jimin tak cakap, tapi dari perlakuannya, Taehyung tahu Jimin lebih utamakan Jungkook. Disebabkan Jimin suka mengelak, dia takde masa nak face to face dengan Jimin.
Taehyung rasa diri dia bawak sial. Dia jugak fikir bagus jugak Jimin jauhkan diri dari dia, takde sapa la yang jadi target pulak lepas ni. Jimin takut.
"Hyung, Taehyung hyung mana? Kenapa dia dah lama tak rehat sama sama dengan kita?" Jungkook bertanya kehairanan.
"Emm... Emm.. Dia bnyak kerja nak kena buat sekarang ni, banyak tugasan yng sosaengnim bagi yang nk kena selesaikan, Kook." Jimin memberi alasan. Alasan yang bagi dia boleh diterima akal.
"Kan korang sekelas? Kenapa hyung tak nampak sibuk pun?" Jungkook tak puas hati. Sekarang ni susah nampak Taehyung.
"erk... Hyung dah habis dah. Dia je yang tak siapkan lagi. Taehyung kan suka menangguh kerja?" Akal Jimin ligat berputar mencari alasan.
"Kenapa hyung tak tolong dia? Selalukan hyung tolong dia kalau dia sibuk?" polosnya dik...
Banyak tanya pulak biskut ni. Penat aku nak perah otak.
"Kook, kalau boleh makan diam diam tak? Nanti loceng dah bunyi kau tak habis makan lagi.ĺ Yoongi yang sedari tadi jadi pemerhati menyelamatkan keadaan. Hanya dia yang tahu sebab apa. Dan Jungkook tak perlu tahu.
Jungkook tunduk diam menghabiskan sisa makanannya selepas mendengar araham mandatori dari Yoongi.
Jimin pandang Yoongi dan Yoongi pandang Jimin balik.
SKIP
Selepas kematian Jin, Jungkook dan Jimin bertukar muram. Tiada lagi sosok emakable yang selalu risaukan diorang, yang selalu ambil berat, yang selalu cium cium pipi diorang kalau geram, yang sudi pinjamkan bahu bila sedih. Hmm, semuanya kenangan.
Sekarang ni, Jimin dan Jungkook duduk berdua di taman. Jimin mengambil keputusan untuk selalu berada di sisi adik kecil kesayangannya itu. Niat nak dengar isi hati si Jungkook, eh tapi last last dua dua hujan.
"Hyung.." Panggil Jungkook setelah lama mereka berdiam diri. Masing masing melayan perasaan sendiri.
"Nae? Ada apa Kook?" Jimin menoleh ke arah Jungkook.
"Sebenarnya, hyung dengan Tae hyung bergaduh lagi kan?"
Jimin sweatdrop di tempat 😪
"Emm, mana ada lah. Apa yang kau merepek ni Jungkook?" Jimin mengernyitkan dahi. Konon terkejut lah tu.
"Aniyo, Kook tak merepek la hyung. Betul kan korang gaduh? Tadi Kook jumpa Tae hyung, Kook senyum kat dia, tapi dia blah centu je macam tak nampak apa apa." Jungkook menunduk wajahnya muram. Dia rindu Taehyung. Dah lama rasanya tak tengok muka hyung dia yang sorang tu.
"Ehh, takde lah Kook. Dia memang tak nampak kut. Janganlah ambil hati, dia tak sengaja tu." Jimin mengusap pelan rambut Jungkook.
"Emm" Jungkook yang mampu menghela nafas. DIa dah hilang 3 hyung sekaligus, dia tak nak pulak hilang pulak Taehyung.
Keadaan sepi sekali lagi diantara mereka. Tetapi, sekali lagi Jungkook bersuara.
"Kook rindu hyung,, Kook rindu diorang sangat sangat." Suara Jungkook kedengaran bergema. Macam suara orang tahan nangis.
"Kook rindu nak gurau dengan diorang, Kook rindu nak outing sama sama sekali lagi walapun buat kli terakhir. Korang dah janji nak teman Kook sampai Kook berjaya kan? Susah sangat ke permintaan Kook ni hyung? Diorang tak nak tengok Kook berjaya ke?" Jimin yang mendengar rintihan Jungkook terasa bergenang air matanya. Jimin menggosok gosok belakang badan Jungkook sedangkan Jungkook dah tersedu sedu dari tadi.
'Kalau lah Jungkook tahu semua ni ada kaitan dengan Taehyung mesti dia kecewa.' batin Jimin sayu.
"Dah sampai masa diorang Kook, kita kena terima hakikatnya." Jimin cuba memberi nasihat kepada Jungkook, berharap Jungkook bersabar dan faham dengan apa yang terjadi.
"Tapi hyung, cara diorang mati tu tak masuk akal tahu tak?? Lagi lagi Jin hyung. Kook,, Kook,," Jungkook menyembamkan wajahnya ke lutut.
Makin lama makin tersedu sedu Jungkook menangis, sampai dah susah sangat nak bernafas.
"Hey,,hey Jungkook? Janganlah macam ni, syhhh.." Jimin menangkupkan muka Jungkook dengan kedua tapak tangannya. Dia membersihkan air mata Jungkook dengan ibu jarinya walaupun wajahnya sendiri dipenuhi air mata.
"Hyung kan ada Kook? Masih ada Yoongi hyung, Tae hyung yang akan sokong Kook sampai bila bila." Jimin menatap mata Jungkook.
'Walaupun hyung sendiri tak yakin, Kook' smbungnya lagi tapi yang ini dalam hati.
Tanpa banyak cakap, Jungkook meluru memeluk Jimin. Sebab dia anak tunggal, dia dah anggap Jimin macam abangnya sendiri. Dapat jugak dia rasa kasih sayng seorang abang. Sama jugak hyung hyung dia yang lain. Takde satu pun yang membeza bezakan dia. Semua hyung dia sayangkan dia, dia tahu semua tu.
Hyung, Kook tunggu hyung kat sana eh ?
P/S: Idea takdak jadi camni aaa. No feeling masa aku taip ni😒
Ingat aku nak unpublish work ni, idea aku dah tak dak sangat dah ni walaupun ada jalann ceritanya.Terpulang pada yang nak baca ka tak mau.
Oh Yehet.
YOU ARE READING
⏩ | THE RING | ⏪
Horror"Bodoh! Cincin bodoh! Tak guna! Apa yang kau nak sebenarnya?? Sebab kau aku dah bunuh kawan-kawan aku! Diorang tak bersalah!". Dia, Taehyung cuba menanggalkan cincin itu dari jarinya. Orang cakap, kalau diberi nasihat tapi tak dengar akan membawa pa...