6

209 28 1
                                    

Sejak dari hari tu, Taehyung bukan lagi Taehyung yang aku kenal.- Park Jimin.

Pagi itu, Taehyung datang ke sekolah tanpa bersarapan. Mrs.Kim pun hairan sebab lambat macam mana sekalipun, Taehyung tetap akan sarapan. Tapi, mintak diri pun tidak main blah camtu je.

Jimin menunggu Taehyung di dalam kelas seperti biasa. Sambil menunggu Taehyung, dia berfikir-fikir tentang perkara yang terjadi kelmarin. Jimin tak cukup tidur semalam semua sebab manusia nama Kim Taehyung.

Dalam 5 minit kemudian, Taehyung sampai depan pintu kelas. Jimin dah tak sabar-sabar nak serbu kawan dia tu.

"Hai Taehyung." Jimin dengan senyuman manis bak gula ke Taehyung sampai hilang bijik mata dia.

"Hai." tanpa membalas senyuman Jimin, Taehyung tarik kerusinya dan terus duduk.

Jimin garu-garu kepala seakan-akan kekok untuk terus bercakap dengan Taehyung. Hai.... terbantut lagi hajat aku nak tanya dia.

Taehyung mengeluarkan buku nota untuk menulis sesuatu. Sedang asyik dia menulis, tiba-tiba Jimin terperasan sesuatu pada jari telunjuk Taehyung. Ehh? Cincin? Sejak bila Taehyung pakai cincin? 

"Taehyung? Sejak bila kau pakai cincin?" Tanya Jimin sambil terus menatap cincin tersebut.

"Kawan aku belikan. Cantik kan?" Tiba-tiba Taehyung tersenyum sambil mengusap-usap cincin tersebut (bayangkan cara orang psiko senyum). Gaya macam sayang sangat kat cincin tu.

"Kawan? Sejak bila kau ada kawan lain?" Makin ditanya makin pening kepala Jimin.

"Ada... Kawan baru." Mata Taehyung seakan-akan tak nak menatap mata Jimin. Seketika, muka Taehyung kembali menjadi datar. *Bagi Jimin datar macam dinding konkrit.

Lagi... Taehyung buat Jimin betul-betul pening kepala dengan kerenah dia. Selalunya apa-apa hal pun Taehyung akan bagitau dia. Even boxer dia berlubang pun dia bagitau inikan pulak hal mcam tu -_-

Dan.. hari itu berlalu dengan Jimin yang kebosanan tahap dewa dan Taehyung yang seakan-akan dalam dunia dia sendiri.


SKIP

Taehyung naik ke loteng seperti biasanya. Tak siapa tahu apa yang dia selalu buat dalam tu. Taehyung seolah-olah dah jadi orang lain. Ramai orang perasan. Bukan, semua orang persan perubahan Taehyung termasuk appa dan ommanya.

Tiada lagi Taehyung yang nakal, tiada lagi Taehyung yang manja, tiada lagi Taehyung yang caria. Jimin sebagai kawan baiknya turut merasakan kehilangan. Setiap kali dia mengajak Taehyung berbual, ada saja alasan untuk mengelak. Diam-diam, Jimin sebenarnya kerap menangis sebab Taehyung. Jimin rasa macam separuh daripada diri dia dah hilang. Tapi, Jimin tak pernah cakap pada sesiapa.

Naik-naik ke loteng, Taehyung duduk di atas sebuah kerusi tua. Sambil menggoyang-goyangkan kakinya, Taehyung menyanyi-nyanyi kecil. 

'Taehyung......... Mari sini sayang..' Kedengaran suara yang selalu mengacaunya bersuara. 

'Aku ada benda nak bagitau kau ni. hahahahah.' Sambil ketawa mengilai-ngilai dia akhirnya menampakkan dirinya di hadapan Taehyung. Taehyung seakan-akan tidak boleh bergerak ke mana-mana. Badannya tiba-tiba rasa macam disimen.

Perempuan. Taehyung yakin depannya ini seorang perempuan dan dia roh!

"Kau...kau siapa?" 

'Jangan takut,, Aku bukan nak apa-apakan kau..' Mata perempuan tersebut merah menyala macam darah manusia. Bau jangan cakap, wangi sampai pedih hidung-hidung.

"Apa yang kau nak?" Taehyung berdiri.

'Kau yang dah membangunkan aku! Ingat! Ini rumah aku! Kau dan mak ayah kau yang buat semak dekat rumah aku ni! Jadi, kau kena ikut cakap aku!" Perempuan tersebut mencekak rahang Taehyung dan mengangkatnya tinggi-tinggi. Taehyung terkapai-kapai lemas di udara. Makin lama, makin galak perempuan tu gelak.

'Dengar cakap aku, dan aku akan lepaskan kau!' merah matanya merenung Taehyung dengan seluruh badannya terdapat darah yang berbau busuk.

"Ya... Ak..Aku ikut ca..Cakap kau!" Nak tak nak Taehyung terpaksa mengiyakannya.

Tapi, dah nama pun setan, tak semudah tu dia lepaskan Taehyung.

'Kau! Bunuh kawan-kawan kau yang tak guna tu! Tapi kau musnahkan dulu kawan kau yang nama Jimin tu! Aku tak suka dia! Dia boleh rosakkan semuanya! Aku tak suka! Aku tak suka!' Perempuan tersebut menghempaskan Taehyung ke lantai dan menjerit sambil memegang kepalanya dan menangis mengeluarkan air mata darah. Busuk. Sangat busuk.

"Tapi kenapa? Diorang tak buat apa pun! Jimin tak salah!" Taehyung bermati-matian membela kawan-kawannya.

'Kau tu bodoh! Kawan sendiri buat apa pun tak tahu! Bodoh! Kau tahu tak diorang pernah masuk rumah ni masa kau takde kat rumah! Tu! Cincin yang kau pakai tu, cincin tu lah puncanya! Diorang nak cincin aku tu! Tapi kau dah pakai! hahahahaha bodoh betul kau dengan kawan-kawan kau!' Habis disumpah seranahnnya Taehyung. Main kasar betul.

"Ap..Apa?? Diorang masuk rumah ni?? Aku tak tahu pun." Taehyung menatap wajah seram perempuan itu dengan muka tak percaya.

'Kan aku dah cakap! Kau tu bodoh! Kecik-kecik tak nak mampos! Haii... kesian dekat kau kan? Kena khianat dengan kawan sendiri. Sedihnya hidup kau...' Perempuan itu memasang wajah mengejeknya.

"Hah... " Taehyung kehabisan kata-kata. Antara nak percaya ataupun tak. Rasa dihempap dengan sebijik batu besar.

'Kau dengar sini! Kalau kau tak dengar cakap aku, aku sendiri yang akan uruskan diorang. Terpulang pada kau nak buat macam mana sekalipun! Yang penting, diorang mampus!' Perempuan tersebut menjegiilkan bijik matanya dan hampir saja matanya itu terkeluar.

"Tak! Tak! Kau gila! Gila!!!!" Macam orang kena rasuk, Taehyung menjerit-jerit.

Perempuan itu hanya ketawa mengilai-ngilai dan dia menghilangkan dirinya begitu sahaja.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Terdetik dalam hatinya menyesal tak nak dengar cakap Jimin.




P/S: Apa ni?? T^T

⏩ | THE RING | ⏪Where stories live. Discover now