Semua member meluru ke arah Jungkook serentak. Dia menalakan jari telunjuknya ke bawah. Ke arah satu objek yang sangat mereka kenali.
"Nam..Namjoon?!"
"Ta...Tak mungkin!"
Jin rebah di situ jugak.
Dugaan apa pulak kali ni ??------------------------------------------------
Tubuh Namjoon kaku. Tiada sebarang tindak balas yang ditunjukkan. Namjoon bunuh diri..
Semua berpusu pusu melihat mayat Namjoon yang berdarah. Kepalanya pecah sebab lompat dari tempat tinggi.
Jin hyung sedari tadi menangis sambil memeluk Jungkook. Mengenangkan nasib apabila seorang lagi rakannya maut tanpa diketahui motifnya.
Jimin duduk di sisi Namjoon. Memangku kepalanya dan tidak menghairankan baju sekolahnya yang terkena darah Namjoon. Yoongi menatap kosong tubuh Namjoon. Taehyung frust sendiri. Bila agaknya masalah akan selesai?
15 minit kemudian, polis datang dan menyuruh mereka meninggalkan kawasan tersebut kerana sudah ditanda sebagai kawasan larangan dan siasatan polis.
Jimin dengan berat hati terpaksa bangun dari duduknya dan meninggalkan hyung tersayangnya itu sambil di bantu Taehyung. Yoongi tak banyak bicara, hanya berlalu begitu sahaja.
Jin hyung dan Jungkook dibawa ke bilik kesihatan memandangkan Jin hyung audah terlalu lemah akibat banyak sangat menangis. Menangisi sahabat kedua yang telah meninggalkannya. Makin sepi hidupnya.
Pihak sekolah sudah memberi khabar sedih itu kepada ibu bapa Namjoon. Mereka diarah menuntut mayat anak mereka di hospital kerana mayat Namjoon dibawa ke sana untuk bedah siasat.
Salah seorang pelajar lelaki, Jongdae namanya, memberi keterangan bahawa memang dia ada terlihat Namjoon bercakap seolah olah ada orang di hadapannya sedangkan tiada siapa di situ. Tiba tiba saja dia nampak Namjoon mengundur ke belakang dan terjun ke bawah bangunan.
Other side.
"Chim, ni semua salah aku ke? Aku pun pelik sejak aku datang sini, ada aje benda nak jadi. Even makin menjadi jadi lagi. A..aku..aku.." Taehyung kehilangan kata kata. Menahan tangis.
Jimin melihat sayu kawan baiknya itu. Di usapnya bahu Taehyung agar bersabar dan tenang.
"Tak.. Bukan salah kau Tae. Semua ni jadi sebab takdir. Bukannya salah kau. Semuanya dah tertulis. Kita semua kena terima seadaanya. Mungkin dah sampai masanya.." Jimin menasihati Taehyung sedangkan matanya sudah mulai memerah dan berair.
"Tapi kenapa dengan cara tu diorang mesti pergi? Dan memang salah aku! Yoon hyung pun cakap macam tu. Aku lah yang bawak sial tu! Sebab cincin tak guna ni! Kalau tak kerana aku nak sangat pakai, tak dengar nasihat kau, semua ni takkan jadi.
Jimin senyap. Menyembunyikan sesuatu dari pengamatan Taehyung. Ada sesuatu dalam fikiran Jimin yang Taehyung tak tahu.
SKIP
Sebenarnya apa yang berlaku? Betul ke Namjoon bunuh diri? Tapi sebab apa?
Flashback
Namjoon menolak ajakan kawan kawannya untuk makan tengah hari bersama dengan alasan dia ada sedikit hal yang kena diuruskan. Tapi sebenarnya, dia hanya perlukan waktu dia berseorangan.
YOU ARE READING
⏩ | THE RING | ⏪
Horror"Bodoh! Cincin bodoh! Tak guna! Apa yang kau nak sebenarnya?? Sebab kau aku dah bunuh kawan-kawan aku! Diorang tak bersalah!". Dia, Taehyung cuba menanggalkan cincin itu dari jarinya. Orang cakap, kalau diberi nasihat tapi tak dengar akan membawa pa...