Hoseok mati .
Sebaik pulang dari sekolah, Taehyung dikejutkan dengan satu tulisan yang ditulis dengan menggunakan darah. Bau jangan cakap lah . Busuk sangat sangat.
Jantung Taehyung berdegup kencang rasa tak sedap hati. Pelbagai persoalan bermain main dalam fikirannya . Hoseok mati ?? Apa mksud dia ? Siapa yang buat ?
Tanpa banyak soal, nombor Hoseok segera didail laju. Panggilan pertama, tiada jawapan. Panggilan kedua, juga tiada hasilnya.
Jimin! Hanya Jimin yang dia harapkan sekarang. Didailnya pula nombor Jimin sambil berlari lari ke rumah Hoseok.
Dan, Jimin mengangkat panggilannya."Chim? Hoseok hyung ada dengan kau tak ?" Suara Taehyung tergesa-gesa membuat Jimin hairan.
"Tae? Hosiki hyung? Tadi dia ada datang rumah aku, tapi dia dah balik baru je. Kenapa ?" Jimin di seberang sana tertanya tanya.
"Herghh! Kau sempat tahan dia tak? Sekarang ! Hoseok hyung dalam bahaya!"
"Hah ? Bahaya? Apa kau cakap ni?"
"Aku cakap pergi tu, pergilah! Kalau takde kau pergi terus rumah dia. Aku lambat lagi ni." Soalan Jimin buat Taehyung stress mendadak.
"oo..oke oke. Aku pergi sekarang." Jimin bangun dari duduknya dan buat seperti yang disuruh Taehyung.
Taehyung POV
Aku mempercepatkan larian aku. Rumah Hoseok hyung memang jauh dari rumah aku. Semput jugak dibuatnya.
Agak agak Jimin sempat tak tahan Hoseok hyung tadi? Hati aku rasa tak sedap je dari tadi.
Rumah Hoseok hyung dah tak jauh, dah nampak depan mata . Makin dekat dengan rumah dia makin laju aku berlari.
Sampai sampai je, aku dengar suara orang menangis. Aku bersembunyi di belakang tembok rumah Hoseok. Lalu mengintai suara siapakah yang menangis itu. Aku tengok kasut Jimin je ada kat situ. Takde kasut lain melainkan Hoseok hyung .
Dalam 5 kemudian, aku tengok Jimin keluar sambil menangis nangis. Henfon di tangannya cuba mendail seseorang. Aku keluar dari belakang tembok itu dan menghampiri Jimin.
"Jiminie ? Waeyo? Gwaenchana ?" Aku bertanya kepadanya sedangkan dia seperti sudah tak mampu untuk bercakap.
"Ho...Hoseok hyung Tae.." Makin terisak tangisan Jimin.
Mendengar kata kata Jimin itu, kau meluru masuk ke dalam rumah Hoseok hyung. Aku mencarinya di segenap sudut dan akhirnya aku menemui Hoseok di dalam biliknya dalam keadaan yang agak .........
Tengkuknya diikat pada kipas yang tergantung dengan menggunakan kain. Matanya terjojol keluar. Sebelah matanya hilang entah ke mana seperti sudah dikorek korek oleh seseorang. Mukanya berubah warna menjadi hitam legam. Badannya tidak dilapisi dengan sebarang kain hanya seluar yang dipakainya.
Aku menutup mulut ku. Siapa punya angkara semua ni ? Kejamm ! Sangat kejam bagi aku!
Makin tak sanggup aku tengok apabila badannya ditoreh dengan menggunakan bend tajam sehingga perut Hoseok terburai segala isi isinya.
Aku tak sanggup tengok lagi. Aku mula menangis apabila Jin hyung meraung memanggil nama Hoseok hyung. Nampaknya, Jimin telah mengabarkan berita itu kepada mereka.
Terlihat Jin hyung dan Jungkook menangis sambil berpelukan manakala Namjoon dan Yoongi hyung berdiri kaku. Tak percaya dengan apa yang dilihat mereka.
Aku berjalan mendekati mereka. Semasa aku bertembung mata dengan Yoongi hyung, aku lihat yang dia sedang melihat aku dengan muka nya yang menyeramkan. Tak semena mena, Yoongi hyung mencengkak kolar leher aku.
"Kau ! Kau punca Hoseok mati ! Sejak kau datang sini, ada je benda nak jadi! Kau bawak sial kau tau tak ??! Kalau kau tak datang kampung ni, Hoseok tak akan mati!!" Yoongi hyung menjerit jerit depan muka aku sambil cekak kolar aku. Aku pucat lesi. Agak takut dengan Yoongi hyung yang serupa singa betina kelaparan.
"Aniyo Yoongi, Taehyung tak salah kat sini. Bukan dia tapi dia tu!" Jin hyung akhirnya bersuara. Dia ? Siapa dia tu ?
"Tetap je dia terlibat! Dia dah masuk dalam urusan Dia!!" Yoongi hyung habis habisan membela Hoseok hyung.
"....dia anak yatim hyung, dia takde sapa sapa dalam dunia ni." sambung Yoongi hyung. Air matanya tak dapat dibendung.
"Sudah! Kalau macam ni, benda ni tak akan selesai. Kita kena uruskan mayat dia." Namjoon hyung yang paling rasional kat sini.
Semua tersedar. Seorang demi seorang termasuk aku bergerak menguruskan mayat Hoseok hyung.
Taehyung POV End.
Acara pemakaman.
Semua penduduk kampung amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Hoseok. Semua penduduk kampung sedih atas pemergiannya.Manakan tidak, Hoseok memang terkenal dengan sikapnya yang ramah dengab orang kampung. Dia selalu membantu dan dia sangat ringan tulang. Oleh sebab itu dia disenangi dan disayangi oleh penduduk kampung.
Bunga bunga indah banyak menghiasi keranda Hoseok. Jin masih tidak dapat menahan air matanya dari tadi. Mungkin sebab dia mempunyai sikap keibuan dalam dirinya.
"Hoseok hyung, selamat tinggal hyung. Semoga aman di sana." Jimin menangis perlahan lahan.
"Aku akan tuntut bela ke atas kau Hoseok. Aku akan buat Dia bertanggungjawab atas semua ni." Yoongi menangis dalam hati. Tangannya dikepal kepalkan.
"Hoseok... Hyung sayang sangat dengan kau. Lepas ni, takde lagi lawak kau yang akan bagi kitorang gelak.. Tiada lagi suara kau ketawa, tiada lagi akal akal kau nak kacau orang lain.. Hyung tak akan pernah lupa kau Hoseok. Kau adik kesayangan aku.. Aku sayang kau.. Sangat sangat.." Jin terduduk lemah. Saraf saraf kakinya seakan akan pergi bersama Hoseok.
"Best friend ever.. Takde kata lain yang aku boleh cakap pasal kau. Kau kawan aku yang paling senget, paling happy, paling sakai. Lepas ni kau dah takde kat sisi aku lepas ni. Takde siapa nak jadi PA tak bertauliah aku dah.. Im gonna miss you Hoseok.." Air mata yang sedari tadi ditahan Namjoon, akhirnya jatuh juga mengenangkan sahabat terbaiknnya yang pergi tanpa ucapan selamat tinggal.
"Hyung.. Andai ini salah aku hyung, maafkan aku hyung. Aku akan dapatkan keadilan untuk kau hyung!" Taehyung mengepal tangannya.
"Hyung...hyung.." Jungkook sudah tak berdaya berkata apa apa lagi. Hanya air mata menjadi bicara.
Jimin memeluk adik kecilnya itu. Jimin tahu, Hoseok jugak merupakan hyung yang sangat dia sayangi.
Tiba- tiba..
"Dia! Dia! Dia dah kembali! Habislah kita semua!!" Tiba tiba ja seorang mak cik yang berdiri di depan pintu sambil menjerit jerit macam orang kena rasuk.
Semua orang tertunduk sayu. Seakan mengerti apa yang dicakap mak cik tersebut. Kecuali Taehyung.
Apa maksud mak cik tu ?
YOU ARE READING
⏩ | THE RING | ⏪
Horror"Bodoh! Cincin bodoh! Tak guna! Apa yang kau nak sebenarnya?? Sebab kau aku dah bunuh kawan-kawan aku! Diorang tak bersalah!". Dia, Taehyung cuba menanggalkan cincin itu dari jarinya. Orang cakap, kalau diberi nasihat tapi tak dengar akan membawa pa...