21

147 25 0
                                    

Masuk hari ni, dah seminggu Jimin, Jungkook dan Yoongi hilang. Orang kampung pun sama sama mencari tapi hasilnya menemui jalan buntu. Ada diantara orang kampung percaya mereka disorokkan oleh roh Seol. Entahlah, ada yang tak percaya sebabnya benda tu dah lama jadi.

Taehyung juga sudah dibenarkan keluar hospital 2 hari yang lepas dan sedang berehat di rumah. Tangan Taehyung sekarang tak macam dulu. Lepas ni nk pegang barang pun susah, sebabnya dia dah kudung satu jari. Huhu..

Taehyung sekarang banyak diam dibandingkan macam selalu. Selalu berpeluh tanpa sebab, takut itu, takut ini, dah macam orang gila.

"Omma! Omma! Tolong Tae omma! Perempuan tu nak cekik Tae omma! Tae takut😭😭." Taehyung memeluk kedua lututnya sambil menangis nangis memanggil ommanya. Mrs Kim memang ambil cuti untuk jaga Taehyung hingga dia sihat sepenuhnya. Dia sakit baru gedik nak cuti😏.

"Tae? Tak lah sayang, takde sapa nak cekik sayang la. Omma kan ada ni.." Mrs Kim memeluk anak tunggalnya itu, erat. Seraya mengusap lembut rambut anak tunggalnya itu.

Taehyung balas pelukan ommanya. Manja. Maigattt😭

"Sekarang Tae tidur ya? Omma tak nak Tae fikir bukan bukan dah. Omma nak anak omma sihat macam selalu ya sayang?" Mrs Kim mengusap pipi anaknya penuh kasih sayang.

Dia menarik tubuh Taehyung supaya berbaring kemudian menyelimutkannya. Ketika dia hendak berpusing tangan Taehyung memegang tangannya erat.

"Omma, omma teman Tae sampai Tae tidur ya Omma?"

Hati ibu mana yang tak sebak bila anak yang selalu ceria, selalu gelak tiba tiba berubah 360 darjah macam ni. Mrs Kim menangis dalam hati.

"Ya sayang, omma teman Tae okey.." Mrs Kim kemudian mencium dahi dan pipi anaknya berulang kali.

SKIP

Malam itu, Taehyung mimpi lagi. Kali ni dia mimpi Jungkook yang meminta tolongnya. Sambil menangis lagi waktu tu. Belum lagi keadaan dia yang sangat menyedihkan sekali.

"Hyung, tolong kami hyung.. Kami tak nak mati hyung.. Selamatkan kami hyung." Tangan Jungkook terkapai kapai meminta tolong.

"Selamatkan kami dari sini hyung! Keluarkan kami dari neraka ni hyung. Cepat hyung sebelum terlambat." Jungkook menangis lagi.

"Esok malam, hyung mesti datang ke bangsal terbiar dekat hujung kampung tu hyung.. Jangan lambat hyung, kalau tak kami mungkin dah takde.."

"Hyung boleh buat! Kookie yakin tu!" kata Jungkook buat kali terakhir sebelum dia menghilang.

Taehyung terbangun. Tercungao cungap nafasnya. Peluh membasahi tubuhnya.

"Apa maksud Jungkook tadi? Apa mesti aku ikut cakap dia?" Taehyung memegang kepalanya. Sakit.

"Mimpi.. Mainan tidur je kot. Emm yaya betul tu." Taehyung kembali membaringkan tubuhnya kembali. Memerhatikan siling bilik tidurnya.

"Tapi, kalau betul macam mana??" Taehyung frust sendiri.

Esoknya selesai sarapan, Taehyung naik ke loteng dan duduk di tepi tingkap besar yang ada di loteng itu.

"Macam mana aku nak keluar malam ni? Kalau omma tanya apa aku nak jawab? Dia mesti tak kasi aku keluar punya." Taehyung memerhatikan pemandangan luar rumah.

"Boleh gila la aku macam ni!" Taehyung mengusak rambutnya kasar.

'Taehyung..'

Taehyung menoleh dan mendapati perempuan itu sedang berdiri di tepinya. Patutlah dari tadi meremang bulu roma aku ni.

"Kau??! Terkejut lah aku setan! Lain kali datang bagi salam dulu lah." buang tebiat ke apa. Hantu mana bagi salam.

Tapi, perempuan itu masih terus memerhatikannya dengan pandangan yang sukar di tafsirkan.

"Kau nak apa lagi? Tak puas lagi hidup kau menyeksa aku? Dah la aku akan pastikan benda ni settle dan kau boleh berambus dari hidup aku lepas ni." Taehyung buang muka. Menyampah dengan perempuan itu.

"Kalau kau nak tanya pasal cincin kau, ada dekat belakang rumah aku dah tanam. Baru puas hati aku! Kau dah tak boleh nak ugut ugut aku dah dengan cincin hodoh kau tu." Taehyung memandang muka perempuan itu.

"Nama kau Seol kan? Kau dah bisu ke apa?" Seol, perempuan itu hnya tetap memandang Taehyung tanpa sepatah kata.

"Ish! Sakit otak aku dengan kau lah!" Taehyung kembali duduk di tepi tingkap itu.

'Kebenaran akan terbongkar sikit je lagi. Jadi, bersabar.' Dengan kata itu selepas lama berdiam diri, Seol pergi macm tu saja.

Taehyung terpempam. Kebenaran? Kebenaran apa?

Kali ni Taehyung nekad, walau apa pun yang jadi, dia mesti pergi jugak bangsal tu malam ni. Mesti! Demi kawan kawan dia!

Malam akhirnya tiba. Sekarang dah pukul 12 tengah malam dan Taehyung masih belum tidur. Dia memastikan omma dan appanya dah tidur.

Dengan langkah berhati hati dan perlahan Taehyung melangkah mendekati pintu rumah. Dia hanya bawa pisau pelit dan lampu suluh. Pisau sebagai langkah berjaga jaga.

Dia hanya pakai jeans hitam dan tshirt lengan panjang juga berwarna hitam.

Taehyung keluar dengan perlahan dan menutup pintu rumahnya kembali dan segera berlari menuju bangsal itu. Jauh jugak doo hujung kampung lagi..

Dalam 15 minit dia berjalan akhirnya dia tiba di bangsal. Tapi dia tak terus masuk, dia perhatikn dlu keadaan sekeliling tengok apa yang pelik . Orang cerdik tak akan terburu buru bertindak. Aiseyh, macam James Bond versi Kim Taehyung.

Line clear! Taehyung keluar dari semak samun dan menuju ke depan bangsal. Ketika dia hendak membuka pintu bangsal, pintu tersebut dibuka oleh seseorang.

Taehyung panik. Dia berdiri kaku tak tau nak sorok kat mana.

Tapi lain pulak yang dia jumpa.

"Yoo..Yoongi hyung??"

Dan Taehyung betul betul kaku sekarang ni.




P/S: Apa jadi? Kenapa yoongi boleh ada kat situ?

Last chp maybe lepas ni. Kott hahaha.

Banyak yang mesti taehyung bongkarkan dan hanya taehyung yang boleh diharap. Yoongi siapa sebenarnya?

Yoongi... Yoongi...




Oh Yehet.

⏩ | THE RING | ⏪Where stories live. Discover now