Semenjak kematian menyayat hati Hoseok, semuanya berubah sama sekali. Kehilangan Hoseok memberi impak yang besar bagi mereka.
Semuanya buat hal sendiri. Tiada lagi lepak lepak satu meja, tiada lagi gurau senda, tiada lagi gelak ketawa. Semuanya serba tak kena. Yoongi sampai hari ini masih belum okey dengan Taehyung. Taehyung hanya diam tak kata apa sebab tak nak keadaan jadi lebih teruk kalau dia masuk campur.
Namjoon berubah menjadi muram semenjak hari tu. Dia selalu tak fokus dalam kelas, keputusan ujian merosot, selalu sakit sakit, mungkin selalu sangat teringatkan Hoseok. Semua perasan akan hal itu. Namjoon kan budak pandai sekolah tu, sedikit sebanyak menarik perhatian semua orang.
Dulunya bertujuh, sekarang ni... Entahlah...
Jimin kerap jugak salahkan diri dia. Kalau tak dia kerana dia lembab dengar arahan Taehyung, mesti dia dapat kejar Hoseok dan Hoseok tak kan mati.
Sepulang sekolah, Taehyung terus berkurung di dalam biliknya, memikirkan bagaimana Hoseok boleh mati. Siapakah pelakunya ? Taehyung nak sangat cari pelaku dia. Selagi tak jumpa siapa punya angkara, hubungan dia dengan Yoongi tak akan jernih balik. Taehyung rindu mereka yang dulu.
Taehyung berbaring terlentang menghadap siling biliknya sambil tangannya berada di bawah kepalanya.
Tengah sakan berfikir, dia menguap. Taehyung tarik tangan dia untuk tutup mulut tiba tiba dia ternampak cincin yang berada di jarinya itu.Seketika bayangan antara dia dan perempuan itu muncul. Tentang perempuan itu, tentang cincin itu, dendamnya, dan keinginan perempuan itu.
"Aku rasa aku tahu angkara siapa!" Taehyung mengetap giginya geram.
Baru dia teringat yang perempuan tu pernah cakap dia sendiri yang akan bertindak kalau Taehyung duduk diam.
"Shit! Tak guna punya perempuan! Sial!" Taehyung menyumpah nyumpah perempuan tersebut. Kakinya berlari menuju ke atas loteng rumahnya. Berharap akan perempuan itu akan muncul.
"Hoi, tak guna ! Mana kau hah ? Apahal kau ganggu jugak kawan kawan aku hah ? Kena kau bunuh Hoseok ??!" Taehyung menjerit macam orang gila.
Tapi , perempuan tu tak muncul muncul jugak.
Taehyung berusaha lagi menarik cincin tersebut keluar dari jarinya walaupun dah banyak kali dia cuba . Usahanya tetap sia sia."Cubalah seribu kali sekalipun. Sampai kau mati sekalipun cincin tu tak akan terlucut dari jari kau.."
Yang ditunggu akhirnya datang. Perempuan tersebut menyembulkan mukanya tiba tiba di depan muka Taehyung sambil membeliakkan matanya yang semerah saga.
"Kau! Kau dah buat apa dekat Hoseok hah ? Aku tahu kau yang buat kan!!!" Taehyung ingin menolak kepala perempuan itu, tapi itu bukan manusia jadi dia pukul angin jelah.
"Hahaha! Memang aku! Sebab apa ? Aku dah cakap dekat kau, kau yang uruskan diorang tu sendiri kan? Tapi kau degil tak nak dengar cakap aku.." Perempuan itu mengusap usap rambut Taehyung.
Dia boleh pegang Taehyung, tapi Taehyung tak boleh langsung sentuh dia.
Taehyung mengelak daripada disentuh perempuan itu. Berasa jijik dengannya.
"Tapi aku dah cuba hindari diorang kan ? Apesal kau buat jugak hah, setan ?!"
"Hei bodoh! Walaupun kau hindari diorang, tapi diorang still jugak melekat cari kau kan ?" Dia menolak Taehyung sampai terkena dinding.
Taehyung mengaduh sakit. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Macam nak terbelah dua pinggang dia.
"Tolong... Ku merayu sangat pada kau.. Tolong jangan libatkan diorang dalam hal ni. Diorang tak salah.." Taehyung gunakan cara lembut untuk lenturkan hati besi perempuan itu.
"Tak bersalah ?? Kau belum kenal kawan kawan kau tu baik baik Taehyung... Takpe, kalau kau tak nak buat aku boleh tolong kau. Satu persatu aku akan bunuh dengan keadaan yang kau sendiri tak sanggup tengok." Dia tersenyum sinis.
Kemudian, perempuan itu menolak Taehyung sehingga dinding kayu loteng itu hampir patah.
Mulut Taehyung pecah, belakang dah sakit sakit tapi perempuan itu tetap dengan brutalnya menyerang Taehyung. Diambilnya barang barang lama lalu dihempuk ke atas Taehyung. Bummm ! Dia ketawa setan.
Lalu dengan senangnya dia mencekak leher Taehyung dan dihumban pula jatuh dari loteng.
Taehyung pengsan tak sedarkan diri. Dia tersenyum puas lalu menghilangkan diri...
Omma dan appa Taehyung yang kebetulan baru pulang dari kerja terus ke meluru masuk mencari benda yang berbunyi bising itu.
"Tae? Where are you, honey?" Omma Taehyung memanggil manggil nama anaknya tapi tiada jawapan.
Omma dan appanya melangkah masuk ke bilik stor tersebut dan.....
"Omona! Taehyungie sayang ? Macam mana boleh jadi macam ni??" Mrs Kim memangku kepala anak kesayangannya itu.
"Chagi, kita bawak Taehyung ke hospital sekarang ya ? " Mr Kim tenang menyelesaikan masalah.
Mereka pun membawa Taehyung ke hospital dan Taehyung masih tidak sedarkan diri...
P/S: Apa aku merepek ni....😱😱
Rasa rasanya sapa yang jadi mangsa seterusnya? Yoongi ? Jungkook? Namjoon? Or Jimin? Ataupun orang lain ? Hmm.. Sapa rasanya..
YOU ARE READING
⏩ | THE RING | ⏪
رعب"Bodoh! Cincin bodoh! Tak guna! Apa yang kau nak sebenarnya?? Sebab kau aku dah bunuh kawan-kawan aku! Diorang tak bersalah!". Dia, Taehyung cuba menanggalkan cincin itu dari jarinya. Orang cakap, kalau diberi nasihat tapi tak dengar akan membawa pa...