Bunyi alunan Yassin kedengaran di setiap sudut rumah agam yang besar itu. Buku Yassin di tangan dibiar tidak dibaca. Air matanya jatuh seiringan dengan alunan Yassin yang dibaca. Pandangan matanya yang kosong tepat pada sekujur tubuh yang telah dikafankan dihadapannya. Tubuh yang selalu dipukulnya saat si dia sedang mengusik tubuh yang selalu dipeluk saat sedih tiada lagi bernafas.
Setelah bacaan surah Yassin selesai jenazah itu dibawa hingga ke tanah perkuburan islam. Talkin kedengaran akan tetapi tidak bagi gadis bertudung hitam itu. Matanya bengkak menangis tidak henti. Mama dan papa nya tidak henti2 menenangkan gadis itu. Setelah semuanya besurai dan kini tiba untuk menyiram air bunga di atas kubur. Dan saat itulah tangisan si gadis kedengaran. Tok imam yang tadinya hendak balik kembali lagi menemui si gadis.
"Tak mungkin. Tak mungkin. Kenapa abang tinggalkan alisa bang? Kenapa? Abang main2 kan alisa kan? Kan? Abang tak sayangkan alisa? Alisa-"
"Alisa. Kenapa alisa buat arwah macam ni? Alisa tak boleh buat dia macam tu. Tak tenang dia. Terseksa abang kamu dibuatnya. Alisa kena relakan abang alisa. Baru lah dia tenang kat sana."
Tangisan masih kedengaran. Kemudian kata2 tok imam menyedarkan alisa. Air mata dikesat. Batu nisan dipegang kemudian dicium dengan lama seakan tidak mahu melepaskannya.
"Abang, lisa relakan abang pergi. Lisa janji lisa akan jadi baik dan tak nakal lagi. Abang jangan lupakan lisa tau. Lisa sayang abang. Lisa balik dulu nanti lisa datang lagi. Assalamualaikum abang."
Mereka pun pergi meninggalkan tanah perkuburan itu. Dan begitu lah kisah dimana perubahan hidup gadis yang bernama Tengku Alisa Alina setelah kehilangan abangnya Tengku Aryan Affendi. Anak kepada Tengku Aryan dan Tengku Maria.
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Teen FictionKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...