"Yal.. jangan macam ni yal. Kau buat aku rasa teruk Yal. Jangan bagitahu Alisa yal. Aku mohon. Tiga bulan tu je dapat aku lakukan yal. Kalau aku mati kau orang pertama aku cekik."
Danial terus memeluk Faiq. Dia tidak mahu air matanya dilihat Faiq. Dia lemah. Dia malu. Sedangkan Faiq lebih sengsara daripadanya, dia masih boleh tersenyum.
"Apa lagi perjanjian tiga bulan kau Iq?"
"Aku buat dengan ibu dengan Alisa dengan kau. Dengan ibu dia bagi aku masa tiga bulan untuk aku minta keampunan dan kemaafan daripadanya. Kalau aku gagal dia minta aku berambus. Dia kata dia akan maafkan aku kalau aku mati. Jadi aku gembira. Aku gembira dia tak maafkan aku masa hidup. Aku cuma nak salam tangan dia je. Itu dah cukup. Alisa pulak aku tak kisah dia bencikan aku seumur hidup dia asalkan aku tunaikan permintaan arwah abang dia dan dapatkan kemaafan dari dia."
Danial masih memeluk Faiq. Hatinya terkilan mendengar Faiq.
"Kau terlalu naif." Hanya itu yang mampu Danial ucap.
"Dah lah. Jom balik. Kau buat aku rasa teruk yal."
Danial ketawa. Kereta dipandu terus ke perkarangan rumah agam itu.
"Dah balik dah korang?" Soal Mama Alisa.
"Dah ma. Iq masuk dulu ya ma."
Faiq terus masuk ke bilik Alisa. Tapi,tiada orang. Faiq terus melangkah masuk ke bilik itu dan menutup pintu bilik itu.
(ayat berterabur)😂Saat Faiq ingin melelapkan matanya pintu bilik air dibuka dan..
"Ahhhhhh-hmp hmp"
Mulut Faiq Alisa tutup.
"Hoi. Kau gila ke? Yang kau menjerit asal?"
Faiq bergegas angkat dari tindihan Alisa. Dia ke bilik air dan menutup pintu bilik air itu. Berterabur iman Faiq melihat Alisa yang hanya bertuala separuh dada hingga ke lutut itu. Faiq mengucap banyak kali.
Alisa pula ketawa tebahak-bahak mengenangkan kejadian tadi. Dilihatnya Faiq yang masih di bilik air.
"Hoi sengal. Keluarlah. Aku dah berbaju ni."
"Betul?"
"Aku tak bohong."
Faiq terus membuka pintu bilik air itu. Dia terus duduk di katil bersaiz queen milik Alisa.
"Awak tak cakap pun awak mandi."
"Yang kau jerit macam orang kena rogol tu apesal?"
"Terkejut lah. Ingat takde orang dalam bilik ni."
"Itu pun nak terkejut. Kau laki aku ape."
"Saya laki atas kertas awak je. So saya tak layak tengok yang bukan hak saya."
Alisa terdiam.
"Hoi awak."
"Ewah2 berani betul mamat ni hoi kan aku."
"Ape?" Soal Alisa malas
"Keluar jom."
"Pergi mana?"
"Jalan2. Bosan dok rumah. Hm jom lah awak."
"Ee kau ni ngadelah. Benci tol aku tengok muka kau."
Alisa akhirnya menurut.
Alisa dibawa ke tempat yang dia tidak pernah pergi. Warung mamak? Okay tak kisah pun sebenarnya sebab dressing dia pun simple je malam tu.
"Awak. Awak suka team bola yang mana?"
"Kita sebut sama2 lah malas nak sama dengan kau."
"Okay 1..2..3"
"German!!"
"Kita sama." Faiq dah smirk face.
"Asal kau tanya?"
"Nah pakai ni."
Faiq memberikan Alisa baju jersi German berlengan panjang. Alisa ambil tanpa sebarang bantahan.
"Mana tandas?" Soal Alisa.
"Belakang tu. Kenape?"
Alisa terus berjalan tidak menghiraukan Faiq. Faiq terus melihat permainan fifa world cup yang dilangsungkan di wayang besar itu.
(Kay diaorang ni kat warung mamak tengah tengok fifa world cup. Mohon faham.)
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Novela JuvenilKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...