"Hoi apasal kau ni? Dah2 pergi sana aku drive."
Faiq akur. Perutnya terlalu sakit untuk dia membantah. Keadaan nya terlalu lemah.
"Kau apesal sakit perut je? Kau ada sakit lain ke?" Soal Alisa straight to the point.
Faiq sudah gugup. Mana tidaknya dia tidak pandai berbohong.
"Saye..."
"Tu lah engkau tahu perut tu alah makan ini makan itu kau cuba jugak. Haa sekarang sape susah? Aku jugak kan? Nasib baik abang Is cakap kau ada alahan perut kalau tak dah lama aku sepak kau masuk hospital."
Faiq menghembus nafas lega. Abangnya selalu ada untuknya. Abangnya adalah hero baginya.
"Kau pun satu tak cakap kat aku kau takleh makan pedas haa aku dah bubuh banyak cili dengan lada kau jugak yang merana. Lain kali aku tak nak ikut kau makan. Hidup kau kalau satu hari tak menyakitkan hati aku tak dapat kan? Aku kalau boleh aku nak je sepak perut kau sekarang ni. Balik ni kau mandi terus. Kang aku yang mandi dulu kau tengok aku kau jerit macam orang nak rogol kau. Faham?"
Bunyi cengkerik pun kedengaran.
"Hoi! Kau de- ish buang air liur aku je."
Faiq sudah dibuai mimpi. Alisa renung wajah Faiq. Mengapa dia perlu menyalahkan Faiq? Bukan kah itu semua ketentuan Allah? Mengapa Faiq? Wajah itu, tenang luaran tetapi terseksa dalaman.
Telefon Alisa bedering minta diangkat.
"Hello? Oh abang!. Ye kenape?"
"Iq mane Sa?" Fais
"Iq dia..tadi Iq sakit perut pastu ni dah terbongkak sebelah Lisa ni."
"Dia makan makanan pedas ke tadi?" Fais.
"ye...lisa dah cu.."
"Bawa dia balik rumah dia sendiri ye Lisa. Jangan lupa suruh dia makan ubat. Maaf menyusahkan Lisa." -Fais
"Takpe lah bang. Dah tanggungjawab Lisa bang. Terima kasih bang."
Alisa terus memandu ke arah rumah Faiq.
"Hoi. Bangun. Dah sampai dah."
Faiq dengan perlahan cuba untuk bangun. Melihat Faiq yang tidak larat itu Lisa terus memapah Faiq. Masuk sahaja rumah Faiq terus berlari ke arah bilik air tingkat bawah rumah itu. Air dipasang. Lisa mendengar sayup2 bunyi Faiq sedang muntah.
Pintu bilik air diketuk.
"H-hoi. kau tak ape2 ke?"
"Saya o-okay."
Lisa mundar mandir di hadapan bilik air itu. Dia mulai risau. Entah kenapa hatinya kuat untuk membantu Faiq walaupun hakikatnya dia tidak suka.
"Iq..kau okay tak?"
Masih tiada jawapan. Sudah satu jam Faiq di dalam bilik air itu. Dia cuba buka akan tetapi terkunci. Lisa sudah bingung. Apakah harus dia pecahkan pintu itu?
Lisa mengundur beberapa tapak dan Lisa terus menendang pintu bilik air itu sekuat hatinya. Alisa sangat terkejut. Dia tergamam. Dia cemas. Apa harus dia lakukan?
Apa jadi kat Faiq? Maaf lambat update..
YOU ARE READING
Bahagia yang terakhir
Teen FictionKita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuanya. Ikatan yang dibina dari satu perkahwinan bukan kontrak tapi kerana ikatan yang sah. Hanya kerana...