Bab 41(Hari bahagia Faiq2)

7.7K 210 0
                                    

"Abang dah cakap jangan buat biar abang buat kenape Faiq degil? Ubat tak bawa. Nasib baik Yal call abang kalau tak apa jadi?"

Faiq hanya menundukkan kepalanya. Tangan si ibu yang duduk disebelahnya digenggam erat. Fais menghembus nafas kasar. Dia tahu berkasar caranya tidak berguna. Ibunya meninggalkan mereka berdua di bilik Faiq.

"Maaf bang Iq cuma nak-"

"Lain kali jangan buat lagi ye? Jangan buat abang risau."

Faiq menunduk. Ya memang sepenuhnya salah nya. Tidak seharusnya dia pergi keluar rumah tanpa membawa ubat. Niatnya hanya untuk menebus vitaminnya dan pain killernya yang sudah habis di farmasi. Tapi tanpa disangka penyakitnya menyerang di farmasi dan untung sahaja ada Danial yang menemuinya di farmasi setelah mendapat khabar dari Fais bahawa Faiq tiada di rumah.

"Dah jom." Ajak Fais tiba2.

Faiq memandang hairan.

"Buat kejutan buat Alisa." Fais tersenyum.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Okay table dh set. Bunga?"

"Set."

"Okay. Romantik jugak adik abang ni." Usik Fais.

Setelah dua jam menyiapkan meja makan di atas rooftop rumah mereka akhirnya dua beradik itu bisa duduk. Mereka tertawa dan saling bertukar cerita. Fais lah yang paling banyak bebicara. Melihat abangnya yang berbicara lepas dengan bahagia membuat Faiq bahagia.

Tanpa dipinta oleh Faiq sakit di bahagian perutnya menyerang. Sakit. Sangat sakit. Seakan ditusuk menggunakan pisau. Perutnya ditekan kuat menghalau rasa sakitnya. Akan tetapi nihil. Sekarang tulang belakang dan seluruh tubuhnya terasa ngilu. Sebaik mungkin dia tidak bersuara menahan sakitnya. Akan tetapi tubuhnya berkehendak lain. Darah banyak meluncur keluar dari hidungnya.
"A..abang.."

Mendengar panggilan si adik Fais membuka matanya yang terpejam. Pandangan pertama dilihatnya melihat si adik tangan kanannya memegang perut dan tangan kirinya menahan darah di hidungnya. Dengan segera Fais menahan tubuh si adik agar tidak tumbang. Dapat dirasakam getaran hebat tubuh Faiq.

"U..ubat? Mana? Mana ubat Faiq?"

"Baju-"

Segera Faiq menyeluk poket baju sweater yang dikenakan si adik. Dua butir dimasukkan ke dalam mulut si adik. Setelah yakin ubat ditelan Faiq dua butir dari ubat lain diberi lagi. Baju Fais sudah basah dinodai darah Faiq. Faiq masih menekan perutnya sambil berusaha tersenyum.

"Ma..masih sakit dek?" Soal Fais

Anggukan kecil si adik membuat Fais mengalirkan air mata.

"Apa patut abang buat dek?"

"Peluk bang?" Soal Faiq lemah.

Segera Faiq dipeluknya erat. Sangat erat.

"Lega bang." Faiq tersenyum.

"Jangan mengalah."

🌸🌸🌸🌸🌸
"Suit ni macam tak sesuai je Iq pakai." Faiq melihat dirinya di cermin yang sedang memakai suit hitam pemberian abangnya.

"Ya Allah. Handsome nya anak ibu." Puji si ibu.

Faiq tersenyum malu.

"Dah cepat sikit. Lisa dah datang."

"Laa tak tahu pulak awak lagi dress up daripada saya siap pakai suit lagi."

Alisa sudah berdiri di ambang pintu dengan mengenakan tudung shawl dan berbaju kurung. Sekali lagi Faiq tertegun dengan kecantikan Alisa.

Setelah bersiap Faiq membawa Alisa naik ke rooftop rumahnya. Alisa terkejut. Sangat terkejut. Dengan lampu yang berwarna warni tegantung. Kelopak bunga rose yang berteraburan. Meja makan yang dihiasi dengan candle light. Dan muzik bergema di sana. Sangat cantik dan indah. Tak terasa air mata Lisa jatuh. Tangan Faiq mengesat lembut air mata Lisa.

Mereka pun mula makan malam dan bertukar cerita sambil tertawa lepas dengan gurauan masing2.

"Lisa maafkan saya tak dapat jadi suami yang baik-"

"Awak suami yang sangat baik. Sangat saya idam dan kagumkan. Jangan cakap macam tu lagi. Awak buat saya rasa terok."

Lagu fight song bermain.

"Will you dance with me just for once?"

Alisa mengangguk. Kemudian mereka pun menari mengikut rentak. Alisa menangis. Di balik pintu rooftop Fais sedang melihat adiknya. Fais sudah ada idea untuk mengenakan sang adik. Perlahan Faiq memasuki rooftop dan menukar lagu despacito- louis fonsi. Faiq menoleh. Terlihat Fais sedang datang ke arahnya dan mula menari salsa. Alisa ketawa. Faiq hanya mengikut rentak abangnya. Dia sudah pecah perut ketawa. Tak disangka ibunya turut serta dalam tarian mereka. Ibunya menari bersama Alisa. Mereka tertawa bersama.

Ya Allah. Boleh kah aku penting diri saat ini. Boleh kah aku meminta sedikit lagi masa? Hanya tinggal dua lagi. Izinkan aku melaksanakannya. Hanya untuk kali ini. Aku mohon.
-tengku faiq al-quraisy-

Setelah menghantar Alisa ke pintu utama, Fais kembali ke ruang tamu melihat keadaan Faiq. Mata Faiq terpejam.

"Dek? Jom masuk bilik makan ubat." Ajak Fais.

Mata Faiq masih tertutup. Faiq tersenyum.

"Hari ni amat menyenangkan bang. Tinggal dua lagi kan?"

Fais duduk di samping adiknya. Merasa hal itu, Faiq terus menyandarkan kepalanya di bahu Fais. Fais mencium kepala Faiq.

"Penat?"

Anggukan dari Faiq membuat Faiq risau. Melihat Faiq yang sudah tak bermaya, Fais terus menggendong adiknya masuk ke bilik. Sungguh Fais terkilan melihat tubuh ringan adiknya. Melihat hal itu Tengku Irdina cemas.

"Dia cuma penat bu."

Tengu Irdina lega.

"Bu malam ni abang tidur dengan Iq."

"Ye ibu faham. Jaga adik ye abang."

Fais mengangguk faham. Alasan Fais untuk tidur bersama Faiq kerana...

Bahagia yang terakhirWhere stories live. Discover now